Mayat mangsa lemas kedua ditemui

KUALA TERENGGANU - Mayat mangsa kedua yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Lipat, Sura Tengah, Dungun Ahad lalu ditemui selepas lebih 38 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mayat Ahmad Amirul Haikal Jaafar (gambar), 9, ditemui terdampar oleh orang awam berhampiran stesen janakuasa Paka, kira-kira 30 kilometer dari tempatnya hilang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, orang awam yang melalui kawasan itu ternampak satu objek terdampar di tepi pantai tersebut pada pukul 7.15 pagi sebelum ia didapati mayat seorang kanak-kanak.

Nat ditinggal dalam perut

SELEPAS setahun dibedah, nat yang digunakan dalam pembedahan implan tulang belakang Khai Yien masih tertinggal di dalam tubuhnya.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila sebiji nat berukuran 0.5 sm tertinggal dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan keretakan tulang belakang di sebuah hospital swasta di sini tahun lepas.

Tan Khai Yien, 29, yang juga seorang pereka dalaman mendakwa pembedahan menggunakan teknik implan logam yang disokong dengan nat itu dilakukan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dilakukan, dia dikejutkan dengan kenyataan doktor terbabit bahawa salah satu nat yang dipasang telah tertanggal dan jatuh dalam bahagian tubuhnya yang dibedah.

Pembunuh ke hospital gila

Bashrah yang dibebas dan dilepaskan daripada hukuman gantung atas tuduhan merogol dan membunuh Syazwani dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang lelaki terlepas daripada hukuman mati di tali gantung dan sebat apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan merogol dan membunuh Siti Syazwani Ahmad Dasuki lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Mohd. Bashrah Akbar, 40, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakiman tersebut, Hakim Mohd. Sofian menyatakan, walaupun tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan dan rogol, namun ketika kejadian itu berlaku, Mohd. Bashrah bertindak di luar batasan kerana hilang akal.

"Mahkamah memang mendapati orang kena tuduh (OKT) bersalah kerana melakukan pembunuhan selepas merogol Siti Syazwani pada 21 Disember 2004.

"Tetapi ketika melakukan perbuatan itu, OKT hilang akal kerana tertuduh mempunyai rekod pesakit mental sebelum ini," kata beliau.

Pemandu mengaku tak bersalah

RASHID dibawa ke Mahkamah Khas Trafik Ipoh semalam dan didakwa atas tuduhan menyebabkan 10 orang terbunuh dalam kemalangan Sabtu lalu.

KERATAN Kosmo! 27 Disember.

IPOH - Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, didakwa di Mahkamah Khas Trafik di sini semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam kemalangan ngeri di sini Sabtu lalu.

Mohd. Kamil, 38, dari Yan, Kedah yang lengkap berpakaian uniform pemandu syarikat bas syarikat tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu.

Dia didakwa memandu secara melulu atau dengan kelajuan sehingga menyebabkan kematian Shaharin Mohd. Nor, 61, isterinya, Supiah Adam, 46, Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, Mohd. Bilal Osman, 22, dan Noor Jasmi Noordin, 25.

Turut terbunuh dua adik beradik iaitu Ng Kah Kit, 14, dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23, serta Sharifah Hasanah Al-Junid Syed Garun , 15, dan kakaknya, Sharifah Raheel, 21, dan Musa atau Ismail Abdullah.

Anak jutawan didakwa mahu letup pesawat AS

GAMBAR stesen CNN menunjukkan Umar ditangkap polis di sebuah lapangan terbang di Detroit pada Jumaat lalu.

ANN ARBOR, Amerika Syarikat (AS) - Seorang hakim persekutuan kelmarin memberitahu pemuda Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab bahawa dia didakwa cuba meletupkan sebuah pesawat syarikat Northwest Airlines pada hari Jumaat lalu.

Hakim Daerah AS, Paul Borman membacakan dakwaan terhadap Umar, 23, di sebuah bilik persidangan Pusat Rawatan Universiti Michigan di sini iaitu tempat dia dirawat kerana melecur.

Borman turut bertanya sama ada Umar faham dengan dakwaan yang dikenakan terhadapnya dan pemuda itu menjawab dalam Bahasa Inggeris: "Ya, saya faham."

Umar didakwa oleh sebuah akhbar Britain sebagai anak seorang jutawan Nigeria yang pernah tinggal di sebuah pangsapuri mewah berharga (RM16.4 juta) semasa dia menjadi pelajar jurusan kejuruteraan di London.

Bapanya, Umaru Mutallab ialah bekas pengerusi sebuah rangkaian bank utama di Nigeria, ahli perniagaan dan akauntan.

Pentadbiran AS mendakwa Umar selepas dia membawa bahan letupan ke dalam pesawat yang membawa 279 penumpang ke Detroit, AS dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.

Namun, semasa pesawat itu menghampiri lapangan terbang Detroit, peledak bahan letupan itu cuma terbakar dan gagal meletupkan bahan letupan yang dibawanya.

Dia kemudian ditangkap oleh seorang penumpang sebelum polis memasuki pesawat tersebut di sebuah lapangan terbang di Detroit.

Umar sebelum ini berada dalam senarai individu yang diawasi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selama dua tahun.

Agensi Sempadan Britain menolak permohonannya bagi mendapatkan visa pelajar pada Mei lepas apabila dia cuba masuk semula ke negara berkenaan untuk belajar di sebuah kolej yang sebenarnya tidak wujud.

Sumber: Agensi

Janin nyaris dimakan gagak

TEMPAT dibulatkan menunjukkan lokasi bungkusan berisi janin yang ditemui di Sungai Klang

dekat Jalan Jelatek, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita yang mahu membuang air kecil di kawasan sungai terbantut apabila dia menemui satu janin perempuan yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat dipercayai dibuang di Sungai Klang di Jalan Jelatek berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sini semalam.

Janin tersebut ditemui wanita itu dalam bungkusan beg plastik yang diletakkan di atas pelantar konkrit antara dua tiang jejambat Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada pukul 1 petang.

Terkejut dengan penemuan itu, wanita yang bekerja di sebuah gerai di situ terus pulang semula ke gerainya dan memaklumkan perkara itu kepada pelanggan yang berada di gerai tempatnya bekerja.

Van terbakar: 4 beranak maut

KEADAAN van dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit
Bunga-Tangkak, Johor kelmarin.

JOHOR BAHRU - Empat beranak maut dan dua lagi cedera parah apabila van yang dinaiki terbakar dan meletup dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak di Tangkak kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, tiga daripada mangsa mati rentung akibat tersepit di dalam van yang dinaiki manakala seorang lagi maut akibat cedera parah.

Tiga mangsa yang rentung ialah Ong Buu Siong, 46, dua anak lelakinya, Ong Zhen Hui, 7, dan Ong Zhen Zhee, 6.

ANGGOTA polis mengeluarkan satu daripada tiga mayat yang rentung dalam van yang terbakar.

Seorang lagi, Ong Zhen Jie, 3, yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Isteri Buu Siong, Tan Yee Kiang, 32, dan anak bongsunya, Ong Zhen Ki, berusia satu setengah tahun, berjaya diselamatkan oleh orang ramai.

Kedua-dua beranak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Fatimah Muar dan mereka dikatakan stabil.

Kemalangan tersebut berlaku ketika keluarga malang itu yang berasal dari Jalan Kim Kee, Muar dalam perjalanan ke arah Tangkak dengan menaiki van Nissan Vanette.

'Kami dihujani lebih 200 peluru'

DARI kiri, Musa, Akhmadi, Mohd. Arif dan Ahmad Faizul bersama ibu masing-masing ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.

KERATAN Kosmo! 16 November 2009.

KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang."

Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

"Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa.

Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri.

"Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya.

Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.

Sumber: Kosmo

Polis tahan gadis pakai seluar ketat

SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki. - AFP

KAFA keluarkan produk sendiri

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak lagi dibelenggu masalah kewangan menjelang musim depan apabila mereka dijangka meraih jutaan ringgit hasil jualan barangan keluaran persatuan tersebut, lapor RIZALMAN NOR.

Bagi mengukuhkan sumber kewangan, KAFA telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek untuk mengeluarkan barangan sendiri yang mempamerkan logo KAFA dan tulisan The Red Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Barangan dan Pemasaran KAFA, Azlan Mohd. Yusoff berkata, semua barangan yang akan dipasarkan nanti menjadi hak milik terpelihara persatuan itu.

"Kita akan mendapat sumber kewangan yang kukuh dengan penjualan barangan seperti jersi, baju-T, topi, beg, pelekat kenderaan dan pelbagai lagi barangan cenderahati untuk dimiliki oleh penyokong setia bola sepak Kelantan.

"KAFA kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan barangan tersebut kepada orang ramai," katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Menurutnya, tindakan KAFA berdaftar dengan perbadanan tersebut bertujuan menjamin kualiti semua barangan yang akan berada di pasaran nanti.

Azlan memberitahu, tidak akan ada lagi jualan barangan cenderahati yang dicetak rompak di pasaran pada musim depan.

"Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak yang menjual barangan menggunakan logo KAFA sesuka hati tanpa mendapat kebenaran sekali gus menjejaskan pendapatan persatuan ini.

"Selain itu, penggunaan logo terutama pada jersi dan baju-T yang tidak mengikut standard KAFA juga telah menjejaskan imej persatuan itu," ujar beliau.

Beliau berkata, peniaga yang mendapatkan barangan daripada pengeluar yang tidak sah sebelum ini tidak perlu bimbang kerana KAFA memberi jaminan bahawa ejennya akan mendapat keuntungan yang lumayan hasil jualan barangan tersebut.

Setakat ini, lebih 20 peniaga telah berdaftar dengan KAFA dan semua barangan akan berada di pasaran awal bulan depan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang sebagai ejen di Wisma KAFA, Kubang Kerian.

Padah bergambar di perangkap buaya

GAMBAR dari laman Facebook menunjukkan seorang pemuda berdiri di atas perangkap buaya di Mantom Dam, Australia.

DARWIN - Pihak berkuasa menganggap tiga pemuda melakukan perbuatan yang amat bodoh apabila mereka mempertaruhkan nyawa dengan bergambar di perangkap buaya, lapor sebuah akhbar di Australia semalam.

Imej ketiga-tiga lelaki bergambar di Manton Dam, 73 kilometer dari sini, disiarkan di laman Facebook kelmarin.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki berdiri di atas satu kurungan terapung yang direka untuk menangkap buaya air masin sepanjang 3.96 meter.

Dua lagi rakan pemuda itu berada di dalam kurungan tersebut dengan membuat mimik muka yang menggelikan hati.

Namun, seorang renjer di Taman Hidupan Liar Northern Territory, Peter Phillips menganggap perbuatan ketiga-tiga pemuda itu sebagai amat bodoh.

"Kita tidak akan bertolak ansur lagi (mengenai perbuatan itu).

"Kami akan menyiasat kes itu dan jika kami dapat mengenal pasti pemuda itu, mereka bakal didenda.

"Pihak kami tidak mempunyai tolak ansur terhadap mereka yang menganggu perangkap buaya," katanya.

Menurut akta pemuliharaan taman dan hidupan liar di wilayah itu, denda sebanyak A$55,000 (RM167,017) akan dikenakan ke atas pemuda itu jika dia didapati bersalah mengganggu perangkap buaya.

Sumber: Agensi

Belum ada bukti ada kaitan Al-Qaeda

GAMBAR menunjukkan pesawat yang dinaiki Umar mendarat di sebuah lapangan terbang di Detroit pada Jumaat lalu.

WASHINGTON - Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Janet Napolitano memberi amaran bahawa tidak wajar untuk membuat spekulasi bahawa serangan dalam sebuah pesawat AS oleh seorang pengganas warga Nigeria mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

"Buat masa sekarang, insiden itu sedang disiasat.

"Justeru tidak wajar untuk membuat spekulasi sama ada suspek mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda atau sebaliknya," kata Napolitano dalam wawancara dengan rangkaian berita CNN semalam.

Beliau merujuk kepada Umar Farouk Abdulmutallab yang didakwa cuba meletupkan pesawat milik syarikat Northwest Airlines pada Jumaat lalu semasa ia menghampiri Detroit.

Saudara mara warga Nigeria berumur 23 tahun itu yang terkejut dengan perbuatannya, menyatakan bahawa dia seorang pemuda yang taat pada ajaran Islam dan sudah beberapa minggu tidak menghubungi keluarganya.

"Umar seorang yang bijak dan tiada sesiapa pun dalam keluarga ini pernah terfikir bahawa dia akan melakukan kerja gila seperti itu," kata seorang saudaranya di bandar Kaduna, utara Nigeria.

Pada Julai lepas, Umar menyatakan bahawa dia mahu mengikuti kursus Bahasa Arab di Yemen dan bapanya, Umaru Mutallab yang merupakan seorang jutawan industri perbankan memberi kebenarannya berbuat demikian.

Namun, keluarganya mula bimbang apabila pemuda itu mengumumkan bahawa dia mahu terus tinggal di Yemen dan melupakan pelajarannya dalam program sarjana pentadbiran perniagaan di Universiti Dubai.

Kebimbangan mereka meningkat apabila dia menghantar satu pesanan ringkas (SMS) kepada keluarganya beberapa hari kemudian untuk memaklumkan bahawa dia memutuskan semua bentuk perhubungan dengan mereka.

Sejak itu keluarga Umar gagal menghubunginya.

Bapa pemuda itu kemudian memutuskan untuk memberitahu Kedutaan AS di Nigeria dan Agensi Perisikan Nigeria tentang kebimbangannya mengenai perbuatan Umar.

Keluarganya kemudian dikejutkan dengan berita percubaan Umar untuk meletupkan penerbangan Northwest Airlines yang membawa 270 penumpang ke Detroit. Dia menaiki pesawat itu di Amsterdam setelah berlepas dari Lagos, Nigeria.

Sumber: Agensi

Pelancong Belanda tangkap Umar

SCHURINGA ditemu ramah oleh wartawan stesen televisyen CNN kelmarin.

DETROIT - Pelancong Belanda, Jasper Schuringa menyatakan dia terdengar bunyi letupan kecil dan melihat kepulan asap sebelum memanjat beberapa kerusi ke arah seorang lelaki untuk menghalangnya daripada meletupkan sebuah pesawat Northwest Airlines yang menuju ke sini, Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara dengan rangkaian penyiaran CNN kelmarin, Schuringa memberitahu, dia merampas satu objek yang terbakar daripada suspek dan segera memadamkan api dengan menggunakan tangannya.

Satu pergelutan kemudian berlaku tetapi dia berjaya menangkap lelaki tersebut, Umar Farouk Abdul Mutallab, seorang warga Nigeria.

Schuringa berkata, penumpang-penumpang lain menjerit tetapi suspek berdiam diri semasa insiden itu berlaku pada Jumaat lepas.

Dia menggambarkan Umar sebagai 'amat takut'.

Menurutnya tiada pergelutan berlaku semasa beberapa penumpang lain dan krew penerbangan turut berkejar untuk menghalang suspek.

Schuringa berkata, dia tidak pernah terfikir tentang keselamatan dirinya dan bertindak spontan untuk cuba menyelamatkan pesawat daripada meletup.

Sumber: AP

Ratu Britain jadi rakyatbiasa?

‘RATU Elizabeth II’ keluar dari sebuah pasar raya selepas membeli-belah.

WARGA London minggu lalu gempar apabila melihat Ratu Elizabeth II ‘mencemar duli’ dengan pergi membeli-belah dan menaiki kereta api bersempena cuti perayaan Krismas.

Baginda dilihat menghabiskan masa membeli pelbagai barangan harian di sebuah pasar raya besar di Sandringham dengan membawa dua ekor anjing peliharaannya.

Tanpa pengawal peribadi dan tahap keselamatan yang ketat, ratu itu turut dilihat mengeluarkan wang tunai di sebuah mesin teler automatik dan makan tengah hari di sebuah restoran.

Namun, apa yang disaksikan itu hanyalah rakaman oleh seorang jurugambar ternama, Alison Jackson yang popular dengan foto-foto selebriti wajah seiras termasuk kenamaan terkenal.

Kehadiran ‘Ratu England’ itu di khalayak ramai termasuk ketika menaiki sebuah komuter awam ke Norfolk baru-baru ini memberi gambaran bagaimana kehidupan harian baginda jika diberi peluang menjadi rakyat biasa.

Sumber: Agensi

Tinggal tepi loji nuklear

KEDUDUKAN rumah pasangan Gillett dan Durling hanya dipisahkan 91 meter dari stesen tenaga nuklear.

SEPASANG suami isteri di England sanggup membeli sebuah banglo di Dungeness yang bernilai £247,000 (RM1.4 juta) walaupun bersebelahan dengan sebuah loji tenaga nuklear.

Pasangan warga emas yang baru berkahwin itu, Roger Gillett, 57, dan isterinya Anne Durling, 57, dipercayai berbuat demikian kerana kawasan sekitar tepi pantai di situ amat menarik.

Kediaman tiga bilik itu terletak 66 kilometer dari London dan hanya dipisahkan sejauh 91 meter dari tapak stesen janakuasa nuklear yang menempatkan tiga loji reaktor berasingan.

“Sejak melihat rumah ini, kami tahu yang kami meminati kediaman ini dan jika kami tidak dapat, hidup kami tiada erti lagi,” kata Durling, pesara di Kementerian Pertahanan Britain.

Suaminya, Gillett, yang pernah bekerja sebagai jurutera selama 32 tahun di sebuah stesen tenaga elektrik berkata, banglo itu sesuai kerana bersebelahan dengan laut.

Sumber: Agensi

Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut

MAYAT penumpang disusun di hadapan bas dua tingkat Sani Express selepas nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang awal pagi semalam.

IPOH - Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.

Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam.

Pemandu bas mengaku terlelap

BAS ekspres dua tingkat Sani Express yang remuk tertusuk besi penghadang jalan dalam nahas yang mengorbankan 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) awal pagi semalam.

IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.

Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.

Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.

Lima artis berpesta diserbu polis

SEBAHAGIAN daripada pengunjung lelaki Rootz Club di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang ditahan dan dibawa ke balai polis semalam.

KUALA LUMPUR - Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan.

Daripada mereka yang ditahan, 20 positif ujian air kencing, dua ditahan kerana memaki hamun polis dan dua lagi ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Sumber: Kosmo

Taliban siar imej askar AS ditahan

Imej video yang disiarkan Taliban semalam menunjukkan wajah Bergdahl yang ditahan sejak lebih lima bulan lalu.

KABUL - Kumpulan Taliban menyiarkan satu rakaman video semalam bagi menunjukkan seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang ditawan lebih lima bulan lepas di timur Afghanistan.

Kenyataan dalam video itu menyebut lelaki tersebut sebagai 'Tahanan Perang: Bowe Robert Bergdahl'.

Prebet Kelas Pertama Bowe Bergdahl merupakan satu-satunya askar AS yang ditawan di Afghanistan.

Dia ditawan oleh pihak Taliban di wilayah Paktika pada 30 Jun lepas.

Lelaki dalam klip video tersebut dilihat sedang duduk di hadapan kamera dan memakai cermin mata hitam serta pakaian dan topi askar AS.

Pada sisi imej itu terdapat mesej iaitu: "Seorang askar AS yang dipenjarakan kumpulan Mujahidin Emiriyah Islam Afghanistan".

Dalam video itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menyatakan pihaknya mahu sejumlah tahanan Afghanistan dibebaskan sebagai pertukaran dengan Bergdahl.

Sumber: AP

Sejadah gambar buah mahjong

SHAHRIL menunjukkan sejadah yang terdapat tenunan buah dadu di Parit Besar, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejadah yang digunakan di sebuah surau berhampiran kawasan Parit Besar dekat sini baru-baru ini mempunyai tenunan berupa buah dadu yang digunakan dalam permainan mahjong.

Lelaki terbabit, Shahril Abdullah, 52, berkata, ketika hendak menunaikan solat, dia mengambil sehelai sejadah yang kelihatan agak baru.

"Namun, sebaik nampak sesuatu yang pelik, saya guna sejadah lain untuk solat.

"Sejadah itu kemudian saya bawa balik bagi mengelak orang lain menggunakannya," katanya.

Tetapi, katanya, selepas beberapa hari, dia berasa terpanggil untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak akhbar kerana khuatir terdapat lagi sejadah sama di negara ini.

Jelasnya, sejadah yang mempunyai tenunan berbentuk buah dadu itu dipercayai diimport dari luar negara berdasarkan cebisan notis buatan Turki yang terdapat pada sejadah terbabit.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau penjualan sejadah di pasaran agar sejadah dengan hiasan seperti itu tidak dijual oleh mana-mana pihak.

Indonesia tahan bapa mentua Noordin

JAKARTA - Polis Indonesia menahan Baharudin Latief, bapa mentua pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top (gambar) yang ditembak mati empat bulan lalu.

Lelaki itu yang merupakan seorang guru agama ditangkap semalam dalam satu serbuan polis di Garut, sebuah bandar di Jawa Barat, 85 kilometer ke barat laut Jakarta.

Berita penangkapan itu diumumkan seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Nanan Sukarna di sini, Baharudin menyembunyikan menantunya itu selama beberapa tahun.

Salah seorang anak perempuan Baharudin, Arina Rahmah berkahwin dengan Noordin yang berasal dari Johor, Malaysia pada 2005.

Semasa hidup, Noordin didakwa bertanggungjawab merancang siri pengeboman berdarah di Indonesia dengan membunuh lebih 250 orang, kebanyakannya pelancong asing di Pulau Bali sejak 2002.

Noordin berjaya dibunuh dalam satu serangan oleh pasukan khas polis Indonesia di Jawa Tengah pada 17 September lalu. Baharudin and Noordin berjaya melarikan diri daripada serbuan polis pada Julai lalu.

Sumber: AP

Bekas model pengsan di mahkamah

LONDON - Seorang bekas model majalah Playboy, Louise Glover (gambar), 26, didapati bersalah oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini kerana menyerang seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menyerang mangsa, Maxine Hardcastle, anak kepada seorang pemuzik terkenal 80-an, Paul Hardcastle, dengan membelasah sebanyak 10 kali dan cuba memasukkan kepala wanita itu ke dalam mangkuk tandas di sebuah resort di East Sussex.

Hakim mahkamah di Hove itu diberitahu, Glover melancarkan serangan ganas itu setelah menuduh Hardcastle sengaja melihat suaminya.

Mangsa yang dipukul berdarah di muka, calar di tangan dan kaki serta kehilangan rambutnya.

Model glamor itu pengsan dan kemudian menangis teresak-esak selepas Hakim Charles Kemp mendapati dia bersalah setelah mengambil kira semua hujah sepanjang perbicaraan.

Glover juga meraung agak kuat di dalam kandang tertuduh dan mendakwa seluruh hidupnya kini terumbang-ambing namun hakim itu tetap berkata, hukuman akan dijatuhkan pada 4 Februari depan.

Sumber: Agensi

Wanita, kekasih ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini Selasa lalu.

Penahanan pasangan yang kedua-duanya berumur 34 tahun itu dibuat malam kelmarin dan semalam.

Suspek wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu ditahan pada pukul 8 malam selepas dia datang membuat laporan berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Wanita itu dalam laporannya mendakwa, dia kehilangan seorang anak perempuan dikenali sebagai Venusha Rita, 9.

Dia yang merupakan seorang penganggur datang ke balai polis dalam keadaan mabuk.

Wanita itu membawa bersamanya sekeping gambar yang didakwa sebagai anaknya, Venusha berserta sijil kelahiran.

Bagaimanapun, wanita itu ditahan selepas laporan yang dibuatnya didapati mencurigakan.

Ekoran itu, polis menahan pasangannya pada pukul 4 petang semalam selepas lelaki itu memberi keterangan di Balai Sentul.

Suspek lelaki itu bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat mengangkut sampah di ibu negara.

Pasangan yang ditahan itu didakwa tinggal serumah di kawasan Dang Wangi tanpa mempunyai ikatan perkahwinan.

Berikutan penahanan pasangan itu, polis sedang melakukan siasatan secara terperinci dengan dibantu sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur dan polis Bukit Aman.

Mengikut laporan wanita itu, dia mendakwa anaknya, Venusha hilang pada 21 Disember lalu.

Sehari selepas kehilangan Venusha, polis menemui mayat seorang kanak-kanak di dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan.

Mayat kanak-kanak itu ketika ditemui hanya memakai baju dan hasil bedah siasat kelmarin, polis mengesahkan mangsa dirogol sebelum lehernya dijerut.

Laporan wanita itu turut mendakwa, teman lelakinya telah membawa lari Venusha pada hari tersebut sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM2,000 jika tidak mahu mangsa diapa-apakan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis menahan wanita itu selepas mendapati laporan dan keterangan yang diberi mencurigakan.

"Polis telah memadankan gambar seorang kanak-kanak yang dibawa wanita itu dengan gambar kanak-kanak yang ditemui mati namun ia kelihatan sedikit berbeza.

"Sebaik dibawa mengecam mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Lumpur wanita itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anaknya yang hilang berdasarkan pakaian dan fizikalnya," kata Khairi ketika dihubungi di sini semalam.

Berikutan itu, menurut beliau, polis akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan kesahihan dakwaan wanita itu sebagai ibu kepada kanak-kanak yang ditemui mati.

Dalam pada itu, Khairi memberitahu, polis sedang melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan wanita itu telah menjual anaknya kepada pihak tertentu dengan harga RM2,000.

"Kita sedang memperincikan siasatan dengan menyoal siasat pasangan tersebut termasuk menyiasat sama ada wanita itu menjual anaknya sebelum anaknya ditemui mati," katanya.

Wanita itu direman selama enam hari bermula semalam manakala bagi suspek lelaki polis akan memohon reman terhadapnya hari ini.

Pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Khairi bagaimanapun menegaskan, penemuan mayat kanak-kanak itu tiada kaitan dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 16 September 2007.

Pasangan ditahan dera bayi sindrom Down

BAYI perempuan yang dipercayai mangsa dera dirawat di ICU, HTAA, Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kelmarin selepas dia disyaki didera dan diabaikan oleh ibu bapanya.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anak pasangan suami isteri berusia 20 dan 19 tahun dari Lorong Perdana, Bukit Setongkol di sini mengalami pendarahan dalam otak, mata, sawan dan banyak kesan lebam lama di beberapa bahagian badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, laporan mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak itu dibuat oleh doktor yang merawat bayi itu ketika dia dibawa menjalankan pemeriksaan kesihatan oleh ibu bapanya kelmarin.

"Ibu bapa bayi itu dipercayai menghantar anak mereka ke HTAA pada pukul 10 pagi semalam (kelmarin) selepas mendapati bayi itu sakit," kata beliau di sini semalam.

Bagaimanapun, apabila pemeriksaan ke atas bayi itu dilakukan, doktor itu mendapati bayi terbabit mempunyai banyak kecederaan dipercayai akibat didera.

"Bapa bayi itu, seorang pembantu kedai makan, mendakwa anaknya sakit selepas terjatuh ketika didukung," katanya.

Namun doktor yang merawat bayi itu mengesyaki bayi itu mungkin didera dan diabaikan sebelum membuat laporan polis.

Kamaruzzaman memberitahu, hasil laporan doktor itu, polis menahan reman selama tujuh hari pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan mengenai bayi itu.

Sesi persekolahan tangguh, 16 sekolah gagal disiapkan

PASIR PUTEH - Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut amatlah mengecewakan.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual.

"Sebagai tindakan, semua kontraktor terlibat akan disenarai hitam sebagai pengajaran dan mereka tidak akan diberikan projek di bawah Kementerian Pelajaran selepas ini," katanya.

Tiga beranak maut tersepit

Keadaan kereta Proton Wira yang mengorbankan tiga beranak dalam kemalangan di Jitra semalam.

Siti Bedah (dua dari kanan) ditenteramkan oleh saudara- mara selepas menerima berita kematian anak, menantu dan cucunya di Hospital Jitra semalam.

JITRA - Menemui ajal pada ulang tahun kedua perkahwinan.

Demikian malang yang menimpa pasangan suami isteri, Benyamin Yaakub, 30, dan Normah Md. Isa, 29, serta anak mereka Ilnur Balqis, sembilan bulan yang maut dirempuh lori tanah dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di simpang tiga lampu isyarat Jalan Ibrahim-Kodiang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Proton Wira mereka yang hampir hancur keseluruhannya.

Othman Bakar, 50, penumpang kereta Naza Sutera koma manakala isteri Othman yang memandu kereta Naza Sutera itu dan pemandu lori terbabit cedera ringan.

Sementara itu, pemandu serta penumpang dua buah lagi kereta lain pula tidak cedera. Dua buah kereta tersebut ialah kereta Perodua Kancil dan sebuah lagi juga merupakan kereta Proton Wira.

Ibu Normah, Siti Bedah Hussain, 48, berkata, semalam merupakan genap dua tahun perkahwinan anaknya, Normah dengan Benyamin pada tahun 2007.

"Saya sedih melihat dua batang gigi Ilnur Balqis ketika menziarah jenazahnya di bilik mayat tadi," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Jitra di sini.

Menurut Siti Bedah, Normah, menantu serta cucunya itu menetap di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.

"Ketika kejadian, menantu saya yang bekerja sebagai pemborong kain mahu menghantar kain ke Pekan Jitra sebelum mereka merancang untuk keluar makan bersama isteri serta anak," katanya.

Bagaimanapun, katanya, hajat ketiga-tiga beranak itu tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, lori tanah itu yang dipercayai mengalami masalah brek datang dari arah Changlun menuju ke pekan Jitra.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan Proton Wira (bukan kereta mangsa) di depannya sebelum memasuki jalan bertentangan," katanya.

Menurut beliau, pemandu lori itu kemudian yang cuba mengelak daripada merempuh sebuah balai polis merempuh Proton Wira (kereta mangsa) dan Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Akibat perlanggaran itu, kereta Naza Sutera itu tercampak kira-kira 10 meter manakala Proton Wira itu diheret lori sejauh 20 meter sebelum kedua-dua kenderaan itu melanggar pula sebuah Perodua Kancil dan merempuh kedai makan di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.

Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

Sawaluddin memberitahu, ekoran kejadian itu, pemandu lori yang berusia 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang saksi, Nor Azelin Mansor, 42, berkata, sebelum kejadian dia bersama beberapa rakan sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Dia kemudian bergegas ke arah bunyi di situ dan melihat sebuah lori merempuh belakang kedai manakala Naza Sutera pula berada berhampiran lori tersebut.

"Di depan lori pula saya dapat lihat tiga mangsa tersepit dalam keadaan yang menyayat hati," katanya.

Dua maut, bangunan runtuh

BEBERAPA pekerja menyelamat mencari mangsa runtuhan sebuah kompleks beli-belah di Jakarta semalam.

JAKARTA - Para pekerja penyelamat Indonesia menggunakan pengesan haba untuk mencari beberapa mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan sebuah bangunan tambahan kompleks beli-belah terkenal di Tanah Abang di sini semalam.

Dua orang disahkan maut manakala 12 lagi cedera apabila bangunan tambahan yang bersambung dengan pusat tekstil ternama yang sibuk di tengah Jakarta itu runtuh.

Menurut beberapa saksi, lima pekerja pembinaan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Polis segera menutup kawasan pengesan haba gagal menemui sebarang tanda kemungkinan ada mangsa yang masih terperangkap dan menyoal siasat beberapa saksi kejadian.

"Daripada maklumat awal yang diterima daripada pihak datuk bandar, projek pembangunan ini tidak mempunyai permit," kata Ketua Polis Jakarta, Hamidin.

Sumber: Agensi

Ancaman gempa sekuat 8.6 skala Richter

JIKA gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Kenapa sekejam ini?

Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

Sumber: Utusan

Kesan aplikasi sosial maya

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Impak pada masyarakat

Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster.

Rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting yang lain.

Ciri asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial.

LAMAN sosial Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing itu merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai.

Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).

Selain itu, syarikat perisian antivirus F-Secure turut melaporkan tentang peningkatan risiko perisian berbahaya (malware) dalam perkhidmatan rangkaian sosial berikutan peningkatan serangan sebanyak 100 peratus pada tahun 2007.

Terdapat juga perisian berbahaya yang menyamar seperti tampalan keselamatan (security patch) untuk memperdayakan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial agar memuat turun dan memasangnya.

Hampir kesemua aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah untuk mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, melainkan dinyatakan secara sukarela oleh golongan pengguna yang mendaftarkan diri.

Ini mendedahkan golongan kanak-kanak kepada risiko masalah fidofilia iaitu salah laku seksual antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia berlaku apabila pengguna dewasa boleh menyamar sebagai kanak-kanak dan menjalin hubungan dengan mereka.

Kebanyakan aplikasi rangkaian sosial membenarkan pengguna meninggalkan komen pada catatan atau gambar pengguna lain. Kemudahan itu telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.

Keselamatan

Kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja, terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Misalnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twitter telah terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer ribanya ketika berendam di bilik mandi.

Aplikasi rangkaian sosial turut dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah disiplin terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer.

Budaya itu akan membawa kepada masalah kesihatan mata, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak ergonomik dan sebagainya.

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, kata laluan pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya di mana-mana aplikasi rangkaian sosial.

Selain itu, setiap pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.

Pengguna perkhidmatan rangkaian sosial diingatkan agar tidak mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali. Ini boleh membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

Pengguna juga dinasihatkan agar tidak sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.

Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu daripada melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan.

Hati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

Ilmu hitam di Selangor

PENGUAT KUASA JAIS menyerbu premis seorang bomoh ekor di Klang baru-baru ini. Selangor dipercayai antara negeri paling ramai bomoh.

MUNGKINKAH negeri paling maju di Malaysia, Selangor, sedang bergelut untuk membersihkan minda rakyatnya daripada pemikiran mundur iaitu mempercayai bomoh yang ramai bilangannya di negeri itu?

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan sedang giat memburu 20 orang bomoh yang dikesan menawarkan pelbagai khidmat seperti menilik nombor ekor, menjual tangkal pelaris perniagaan dan ubat pengasih untuk memikat wanita.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani memberitahu Jurnal, 20 bomoh itu akan terus dipantau oleh pihaknya dan tindakan keras pasti diambil jika terbukti mereka melakukan penyelewengan.

"Selangor negeri maju yang menjadi tumpuan golongan perantau termasuk dari Indonesia. Mereka mungkin sudah memiliki ilmu itu sebelum sampai ke sini.

"Selain itu, faktor persekitaran dan permintaan juga memainkan peranan. Mereka tidak akan bergiat aktif kalau perkhidmatan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

"Lagipun bomoh juga mengikut perkembangan semasa terutama dari segi alatan dan khidmat yang ditawarkan bagi meyakinkan pelanggan," katanya.

Hukum pengamalnya

Selasa lalu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid pula berkata, negeri itu sedang menimbangkan untuk mewujudkan satu enakmen bagi menyekat amalan sihir dan ilmu hitam.

"Ilmu sihir bercanggah dengan kehendak syarak. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bukti bagi tujuan perundangan memandangkan ilmu sihir tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

"Maka, kita harapkan cadangan yang dibincangkan di peringkat pakar membolehkan pembuktian dilakukan bagi melaksanakan apa-apa hukuman," katanya selepas merasmikan Muzakarah Pakar: Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis di Shah Alam.

Tambah Tamyes, enakmen sedemikian perlu diwujudkan di negeri itu bagi membanteras penggunaan ilmu hitam yang semakin berleluasa terutama dalam perkahwinan dan aktiviti jenayah.

Jelasnya, sekiranya tiada enakmen tersebut, ia akan membolehkan pasangan suami isteri, bomoh atau penjenayah yang mengamalkan ilmu sihir dan melakukan jenayah serta menganiayai orang lain terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang.

Berdasarkan pengalaman penulis menemui beberapa 'pengamal perubatan tradisional' di Selangor, mereka dikenali kerana kepakaran tertentu seperti mampu mencari jodoh, merawat gangguan jin, urutan seksual lelaki malah mengubati sakit jantung.

Alatan-alatan yang digunakan untuk menjalankan upacara perbomohan itu pula agak pelik. Ini termasuk limau nipis, beras kunyit, daun sirih, pinang, kain kuning, keris kecil, gunting, pisau, tuala, telur dan bunga.

Persoalannya, bagaimanakah benda-benda tersebut mampu memberi manfaat apatah lagi mengubati orang yang sakit?

Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berpendapat, sesuatu yang ada pada alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis adalah amalan yang mirip kepada nujum.

"Rasulullah sendiri melarang sesiapa daripada menggunakan khidmat nujum kerana mempercayai kata-kata mereka bagaikan mendustai ajaran Nabi Muhammad sendiri.

Ayat al-Quran diharuskan

"Malah ia membawa kepada amalan sihir yang merupakan tujuh amalan dosa besar yang membinasakan," kata Mahmood Zuhdi tegas.

Bicaranya lagi, Allah telah menjelaskan bahawa iblis dan syaitan itu tidak berupaya menguasai manusia, kecuali mereka yang tunduk menurut kehendak makhluk ini, yang terdiri daripada orang yang sesat.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh mereka yang melibatkan diri dalam rawatan tradisional tidak membuktikan amalan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Dalam jampi serapah Melayu yang sebahagian daripadanya dituturkan ketika melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, menyebut nama nabi, nama khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut," jelasnya.

Katanya lagi, lebih malang, mereka yang tidak mengetahui bahasa Arab meyakini orang yang menggunakan ayat-ayat al-Quran itu, pada hal sesetengah ayat itu telah diseleweng daripada ayat yang sebenar, pada barisnya atau kalimah tertentu.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan. Namun, sekiranya ia disertai dengan sihir, iaitu melibatkan jin, perbuatan tersebut adalah salah kerana amalan itu termasuk dalam kategori dosa besar iaitu sihir," terang beliau.

Mahmood Zuhdi juga menegaskan, sesuatu penyakit atau masalah berlaku disebabkan oleh faktor fizikal, mental juga saintifik.

"Lakukan semuanya dahulu. Demam bukan disebabkan gangguan jin tetapi ia terjadi disebabkan faktor fizikal badan yang lemah seperti perubahan cuaca.

"Seseorang juga harus berusaha sebaik mungkin dan diselarikan dengan tawakal sejak awal dan bukannya berserah semata-mata pada bomoh dan pawang," ujarnya.

Polis siasat doktor hilang

GAMBAR bertarikh 17 Disember lalu menunjukkan Weinberger (tengah) melutut semasa dia ditangkap di kaki gunung Mont Blanc, Itali. Gambar kecil Weinberger

TURIN - Doktor-doktor di Itali kelmarin memberikan kebenaran kepada polis untuk menyoal siasat seorang doktor Amerika Syarikat (AS), Mark Weinberger yang ditemui tinggal dalam khemah di kaki Gunung Mont Blanc pada minggu lalu.

Menurut seorang jurucakap sebuah hospital, keadaan kesihatan Dr. Weinberger kini semakin baik selepas dia cuba membunuh dirinya dengan menikam leher sejurus diberkas pihak polis pada 15 Disember lalu di Val Ferret, di utara Itali bersempadan dengan Perancis.

Dia ditahan di sebuah khemah yang dibina pada ketinggian 1,828 meter di gunung tersebut.

Kecederaan yang dialaminya akibat menikam diri sendiri itu tidak membahayakan dirinya.

Doktor-doktor yang memeriksa keishatannya kelmarin memberikan kebenaran untuk polis menyoal siasatnya.

Weinberger yang berumur 46 tahun dan berasal dari Merrillville, Indiana menghilangkan diri dari klinik pembedahannya sejak lima tahun lalu.

Dia menghilangkan diri semasa terdapat banyak dakwaan penipuan dan kesilapan diagnosis dikemukakan terhadapnya.

Doktor hidung itu menghilangkan diri semasa membawa bekas isterinya, Michele Kramer bercuti ke Pulau Mykonos, Greece pada 2004.

Dia meninggalkan isterinya yang sedang tidur di dalam sebuah bot dengan melarikan pasport dan sejumlah wang.

Kramer kemudian memohon cerai tanpa kehadiran suaminya itu pada 2006 setelah menyedari penipuan Weinberger yang tidak membayar bil marina berjumlah AS$40,000 (RM137,391).

Bekas peguam Weinberger, James Hough berkata, lelaki itu berdepan 300 tuntutan saman daripada sejumlah pesakit yang mendakwa silap didiagnosis atau tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

Weinberger didakwa pernah mengenakan caj sehingga AS$40,000 untuk satu pembedahan hidung malah pernah menjalankan sebanyak 15 pembedahan dalam masa seminggu.

Pada 2006, juri tertinggi persekutuan AS mendakwa doktor itu dengan 22 pertuduhan penipuan kerana mengenakan bil kepada syarikat insurans untuk rawatan yang tidak dibuat.

Para penyiasat mendapati, klinik Weinberger di Merrillville, Indiana hanya memiliki AS$7,000 (RM24,043) dalam akuan bank tetapi berhutang sebanyak AS$7 juta (RM24 juta).

Sumber: Agensi

Remaja tikam lelaki rebut parkir

SPRINGFIELD - Seorang remaja perempuan Amerika Syarikat (AS) didakwa menikam seorang lelaki dengan alat pemecah ais kerana bergaduh mengenai kawasan letak kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Caitlen

Remaja itu, Caitlen Watkins, 18, dari Springfield, Missouri kelmarin didakwa dengan tuduhan serangan kelas pertama dan tindakan jenayah bersenjata.

Menurut dokumen mahkamah, dia bergaduh dengan seorang pemandu di sebuah kawasan letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Ahad lalu.

Saksi-saksi memberitahu polis apabila melihat pergaduhan itu. Lelaki itu, Lonnie Sowersby ditikam sebanyak enam kali dengan alat pemecah ais yang sepanjang 13 sentimeter.

Sowersby memberitahu polis bahawa dia yang keluar dari sebuah kenderaan dimaki hamun oleh dua orang.

"Dia (Sowersby) berjalan dekat dengan kereta suspek (penyerangnya) dan suspek itu merentap kotnya," kata laporan mahkamah.

Selepas ditikam, Sowersby menoleh ke belakang dan menumbuk muka Caitlen bagi melepaskan dirinya.

Sumber: Agensi

Israel akui ambil organ penduduk Palestin

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.

Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.

Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.

Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.

"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.

Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.

Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.

"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi.

Sumber: AP

Tinggalan zaman Nabi Isa ditemui

GAMBAR menunjukkan lokasi tinggalan rumah yang wujud pada zaman Nabi Isa di Nazareth.

SEORANG ahli arkeologi mengkaji tinggalan sebuah desa yang dipercayai pernah wujud pada zaman Nabi Isa di Nazareth semalam.

NAZARETH - Sekumpulan ahli arkeologi Israel menyatakan mereka menemui tinggalan rumah di sini yang mungkin wujud pada zaman Nabi Isa.

Mereka berkata, penemuan itu boleh memberi petunjuk suasana di bandar Nazareth semasa Nabi Isa hidup.

Kawasan yang ditemui itu mungkin sebuah desa yang mempunyai kira-kira 50 buah rumah milik penduduk miskin Yahudi.

Seorang ahli arkeologi, Yarden Alexandre dari Pihak Berkuasa Antikuiti menyatakan tinggalan sebuah dinding, satu tempat persembunyian dan satu tangki itu ditemui selepas satu perkarangan lama digali di bandar tersebut.

Dia memberitahu pemberita semalam bahawa kumpulan ahli arkelologi tersebut turut menemui tanah liat dan bekas kapur yang digunakan oleh penduduk Yahudi pada waktu itu.

Alexandre menyatakan Nabi Isa dan rakan-rakan pada zaman kanak-kanaknya dipercayai mungkin mengetahui kewujudan rumah itu.

Sumber: AP

33 pasangan kahwin serentak

MERIAH. Seramai 33 pasangan pengantin baru bergambar kenangan selepas majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 33 pasangan pengantin baru diraikan pada majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Negeri Johor 2009 di Pusat Islam Iskandar di sini semalam.

Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) itu merupakan salah satu program bersempena sambutan Maal Hijrah 1431.

Pengarah JAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, majlis tersebut adalah untuk membantu memudahkan urusan dan mengurangkan kos perkahwinan.

"Selain itu, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim di antara keluarga pasangan.

"Ini merupakan tahun kedua penganjuran seumpama ini dilakukan dan kami bercadang untuk jadikan program tahunan," katanya.

Menurut A. Rahman, daripada jumlah keseluruhan pasangan tersebut, 13 daripadanya merupakan masyarakat Orang Asli dan saudara baru.

Kamera rakam interaksi polis

BEBERAPA anggota polis memakai kamera dekat dengan telinga mereka di San Jose kelmarin.

SAN JOSE - Polis di California kini menguji kamera yang diletakkan dekat telinga bagi merakamkan interaksi anggota-anggotanya dengan orang awam.

Ujian yang melibatkan 18 orang itu dibuat selepas kumpulan-kumpulan hak asasi penduduk mengkritik jabatan tersebut kerana terlalu menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan.

Beberapa anggota polis kini menggunakan kamera itu setiap kali mereka berbual dengan orang awam.

Bandar San Jose merupakan yang pertama menggunakan kamera itu yang dibuat oleh syarikat Taser International.

Syarikat itu membiayai eksperimen itu buat masa ini.

Harga sebenar peralatan itu ialah AS$1,700 (RM5,843) termasuk AS$99 (RM340) bagi yuran bulanan. - AP

Kereta remuk: Dua sahabat maut

KERETA Toyota Corolla yang meragut dua nyawa di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang semalam.

IPOH - Dua sahabat termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Jelapang di sini semalam.

Dua mangsa yang terkorban ialah Meor Mohammad Azlan Meor Ahmad Sabri, 21, pelajar tahun dua jurusan Perakaunan, UiTM Shah Alam, Selangor dan Mohd. Zul Akmar Ali, juga 21 tahun.

Dua lagi sahabat mereka yang hanya dikenali sebagai Farid dan Zul cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta Toyota Corolla dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Gugusan Manjoi di sini.

Kumpulan empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Sitiawan dekat sini.

"Sampai di persimpangan Puncak Jelapang kira-kira lima kilometer dari Gugusan Manjoi, tiba-tiba sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan lain terbabas memasuki laluan empat sahabat itu.

"Azlan yang memandu kereta itu cuba mengelak tetapi ia merempuh pembahagi jalan," kata beliau di sini semalam.

Dua korban pisau 'Rambo'

MAYAT dua lelaki mangsa bunuh rakan serumah dibawa ke Hospital

Sultanah Aminah, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda dari Kelantan tiba-tiba mengamuk sehingga sanggup membunuh rakan serumahnya juga dari negeri yang sama serta seorang lagi rakan warga Thailand di sebuah rumah di Kempas Baru di sini awal pagi semalam.

Kedua-dua mangsa maut akibat tikaman pisau 'Rambo' suspek pada awal pagi Maal Hijrah yang sepatutnya disambut dengan penuh keinsafan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa, Mokhtar Md. Zain, 35, dan rakannya warganegara Thailand berusia 30-an dikatakan baru pulang ke rumah sewa mereka.

Menurut beliau, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua mangsa dengan suspek sebelum suspek yang bersenjatakan pisau 'Rambo' menikam kedua-dua mangsa.

"Akibat tikaman tersebut, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di perut dan dada mati di tempat kejadian.

"Suspek berusia 27 tahun yang berasal dari Kelantan itu bagaimanapun menyerah diri di Balai Polis Kempas setengah jam kemudian,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

INILAH rumah sewa dua lelaki yang mati dibunuh oleh rakan serumah mereka di Kempas, Johor Bahru semalam.

Ruslan berkata, siasatan awal mendapati punca pertengkaran hingga membawa maut itu disebabkan oleh masalah peribadi di antara tiga rakan itu tetapi punca sebenar kejadian masih disiasat.

Katanya, polis turut menjumpai pisau 'Rambo' yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.

Wednesday, December 30, 2009

Mayat mangsa lemas kedua ditemui

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/30/2009 07:11:00 PM 0 comments

KUALA TERENGGANU - Mayat mangsa kedua yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Lipat, Sura Tengah, Dungun Ahad lalu ditemui selepas lebih 38 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mayat Ahmad Amirul Haikal Jaafar (gambar), 9, ditemui terdampar oleh orang awam berhampiran stesen janakuasa Paka, kira-kira 30 kilometer dari tempatnya hilang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, orang awam yang melalui kawasan itu ternampak satu objek terdampar di tepi pantai tersebut pada pukul 7.15 pagi sebelum ia didapati mayat seorang kanak-kanak.

Nat ditinggal dalam perut

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/30/2009 07:10:00 PM 0 comments

SELEPAS setahun dibedah, nat yang digunakan dalam pembedahan implan tulang belakang Khai Yien masih tertinggal di dalam tubuhnya.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila sebiji nat berukuran 0.5 sm tertinggal dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan keretakan tulang belakang di sebuah hospital swasta di sini tahun lepas.

Tan Khai Yien, 29, yang juga seorang pereka dalaman mendakwa pembedahan menggunakan teknik implan logam yang disokong dengan nat itu dilakukan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dilakukan, dia dikejutkan dengan kenyataan doktor terbabit bahawa salah satu nat yang dipasang telah tertanggal dan jatuh dalam bahagian tubuhnya yang dibedah.

Pembunuh ke hospital gila

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/30/2009 07:08:00 PM 0 comments

Bashrah yang dibebas dan dilepaskan daripada hukuman gantung atas tuduhan merogol dan membunuh Syazwani dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang lelaki terlepas daripada hukuman mati di tali gantung dan sebat apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan merogol dan membunuh Siti Syazwani Ahmad Dasuki lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Mohd. Bashrah Akbar, 40, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakiman tersebut, Hakim Mohd. Sofian menyatakan, walaupun tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan dan rogol, namun ketika kejadian itu berlaku, Mohd. Bashrah bertindak di luar batasan kerana hilang akal.

"Mahkamah memang mendapati orang kena tuduh (OKT) bersalah kerana melakukan pembunuhan selepas merogol Siti Syazwani pada 21 Disember 2004.

"Tetapi ketika melakukan perbuatan itu, OKT hilang akal kerana tertuduh mempunyai rekod pesakit mental sebelum ini," kata beliau.

Pemandu mengaku tak bersalah

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/30/2009 07:06:00 PM 0 comments

RASHID dibawa ke Mahkamah Khas Trafik Ipoh semalam dan didakwa atas tuduhan menyebabkan 10 orang terbunuh dalam kemalangan Sabtu lalu.

KERATAN Kosmo! 27 Disember.

IPOH - Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, didakwa di Mahkamah Khas Trafik di sini semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam kemalangan ngeri di sini Sabtu lalu.

Mohd. Kamil, 38, dari Yan, Kedah yang lengkap berpakaian uniform pemandu syarikat bas syarikat tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu.

Dia didakwa memandu secara melulu atau dengan kelajuan sehingga menyebabkan kematian Shaharin Mohd. Nor, 61, isterinya, Supiah Adam, 46, Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, Mohd. Bilal Osman, 22, dan Noor Jasmi Noordin, 25.

Turut terbunuh dua adik beradik iaitu Ng Kah Kit, 14, dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23, serta Sharifah Hasanah Al-Junid Syed Garun , 15, dan kakaknya, Sharifah Raheel, 21, dan Musa atau Ismail Abdullah.

Monday, December 28, 2009

Anak jutawan didakwa mahu letup pesawat AS

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 05:08:00 AM 0 comments

GAMBAR stesen CNN menunjukkan Umar ditangkap polis di sebuah lapangan terbang di Detroit pada Jumaat lalu.

ANN ARBOR, Amerika Syarikat (AS) - Seorang hakim persekutuan kelmarin memberitahu pemuda Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab bahawa dia didakwa cuba meletupkan sebuah pesawat syarikat Northwest Airlines pada hari Jumaat lalu.

Hakim Daerah AS, Paul Borman membacakan dakwaan terhadap Umar, 23, di sebuah bilik persidangan Pusat Rawatan Universiti Michigan di sini iaitu tempat dia dirawat kerana melecur.

Borman turut bertanya sama ada Umar faham dengan dakwaan yang dikenakan terhadapnya dan pemuda itu menjawab dalam Bahasa Inggeris: "Ya, saya faham."

Umar didakwa oleh sebuah akhbar Britain sebagai anak seorang jutawan Nigeria yang pernah tinggal di sebuah pangsapuri mewah berharga (RM16.4 juta) semasa dia menjadi pelajar jurusan kejuruteraan di London.

Bapanya, Umaru Mutallab ialah bekas pengerusi sebuah rangkaian bank utama di Nigeria, ahli perniagaan dan akauntan.

Pentadbiran AS mendakwa Umar selepas dia membawa bahan letupan ke dalam pesawat yang membawa 279 penumpang ke Detroit, AS dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.

Namun, semasa pesawat itu menghampiri lapangan terbang Detroit, peledak bahan letupan itu cuma terbakar dan gagal meletupkan bahan letupan yang dibawanya.

Dia kemudian ditangkap oleh seorang penumpang sebelum polis memasuki pesawat tersebut di sebuah lapangan terbang di Detroit.

Umar sebelum ini berada dalam senarai individu yang diawasi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selama dua tahun.

Agensi Sempadan Britain menolak permohonannya bagi mendapatkan visa pelajar pada Mei lepas apabila dia cuba masuk semula ke negara berkenaan untuk belajar di sebuah kolej yang sebenarnya tidak wujud.

Sumber: Agensi

Janin nyaris dimakan gagak

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 05:06:00 AM 0 comments

TEMPAT dibulatkan menunjukkan lokasi bungkusan berisi janin yang ditemui di Sungai Klang

dekat Jalan Jelatek, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita yang mahu membuang air kecil di kawasan sungai terbantut apabila dia menemui satu janin perempuan yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat dipercayai dibuang di Sungai Klang di Jalan Jelatek berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sini semalam.

Janin tersebut ditemui wanita itu dalam bungkusan beg plastik yang diletakkan di atas pelantar konkrit antara dua tiang jejambat Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada pukul 1 petang.

Terkejut dengan penemuan itu, wanita yang bekerja di sebuah gerai di situ terus pulang semula ke gerainya dan memaklumkan perkara itu kepada pelanggan yang berada di gerai tempatnya bekerja.

Van terbakar: 4 beranak maut

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 05:04:00 AM 0 comments

KEADAAN van dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit
Bunga-Tangkak, Johor kelmarin.

JOHOR BAHRU - Empat beranak maut dan dua lagi cedera parah apabila van yang dinaiki terbakar dan meletup dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak di Tangkak kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, tiga daripada mangsa mati rentung akibat tersepit di dalam van yang dinaiki manakala seorang lagi maut akibat cedera parah.

Tiga mangsa yang rentung ialah Ong Buu Siong, 46, dua anak lelakinya, Ong Zhen Hui, 7, dan Ong Zhen Zhee, 6.

ANGGOTA polis mengeluarkan satu daripada tiga mayat yang rentung dalam van yang terbakar.

Seorang lagi, Ong Zhen Jie, 3, yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Isteri Buu Siong, Tan Yee Kiang, 32, dan anak bongsunya, Ong Zhen Ki, berusia satu setengah tahun, berjaya diselamatkan oleh orang ramai.

Kedua-dua beranak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Fatimah Muar dan mereka dikatakan stabil.

Kemalangan tersebut berlaku ketika keluarga malang itu yang berasal dari Jalan Kim Kee, Muar dalam perjalanan ke arah Tangkak dengan menaiki van Nissan Vanette.

'Kami dihujani lebih 200 peluru'

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 05:01:00 AM 0 comments
DARI kiri, Musa, Akhmadi, Mohd. Arif dan Ahmad Faizul bersama ibu masing-masing ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.

KERATAN Kosmo! 16 November 2009.

KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang."

Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

"Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa.

Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri.

"Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya.

Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.

Sumber: Kosmo

Polis tahan gadis pakai seluar ketat

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 04:59:00 AM 0 comments

SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki. - AFP

KAFA keluarkan produk sendiri

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 04:57:00 AM 0 comments

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak lagi dibelenggu masalah kewangan menjelang musim depan apabila mereka dijangka meraih jutaan ringgit hasil jualan barangan keluaran persatuan tersebut, lapor RIZALMAN NOR.

Bagi mengukuhkan sumber kewangan, KAFA telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek untuk mengeluarkan barangan sendiri yang mempamerkan logo KAFA dan tulisan The Red Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Barangan dan Pemasaran KAFA, Azlan Mohd. Yusoff berkata, semua barangan yang akan dipasarkan nanti menjadi hak milik terpelihara persatuan itu.

"Kita akan mendapat sumber kewangan yang kukuh dengan penjualan barangan seperti jersi, baju-T, topi, beg, pelekat kenderaan dan pelbagai lagi barangan cenderahati untuk dimiliki oleh penyokong setia bola sepak Kelantan.

"KAFA kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan barangan tersebut kepada orang ramai," katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Menurutnya, tindakan KAFA berdaftar dengan perbadanan tersebut bertujuan menjamin kualiti semua barangan yang akan berada di pasaran nanti.

Azlan memberitahu, tidak akan ada lagi jualan barangan cenderahati yang dicetak rompak di pasaran pada musim depan.

"Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak yang menjual barangan menggunakan logo KAFA sesuka hati tanpa mendapat kebenaran sekali gus menjejaskan pendapatan persatuan ini.

"Selain itu, penggunaan logo terutama pada jersi dan baju-T yang tidak mengikut standard KAFA juga telah menjejaskan imej persatuan itu," ujar beliau.

Beliau berkata, peniaga yang mendapatkan barangan daripada pengeluar yang tidak sah sebelum ini tidak perlu bimbang kerana KAFA memberi jaminan bahawa ejennya akan mendapat keuntungan yang lumayan hasil jualan barangan tersebut.

Setakat ini, lebih 20 peniaga telah berdaftar dengan KAFA dan semua barangan akan berada di pasaran awal bulan depan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang sebagai ejen di Wisma KAFA, Kubang Kerian.

Padah bergambar di perangkap buaya

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 04:56:00 AM 0 comments

GAMBAR dari laman Facebook menunjukkan seorang pemuda berdiri di atas perangkap buaya di Mantom Dam, Australia.

DARWIN - Pihak berkuasa menganggap tiga pemuda melakukan perbuatan yang amat bodoh apabila mereka mempertaruhkan nyawa dengan bergambar di perangkap buaya, lapor sebuah akhbar di Australia semalam.

Imej ketiga-tiga lelaki bergambar di Manton Dam, 73 kilometer dari sini, disiarkan di laman Facebook kelmarin.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki berdiri di atas satu kurungan terapung yang direka untuk menangkap buaya air masin sepanjang 3.96 meter.

Dua lagi rakan pemuda itu berada di dalam kurungan tersebut dengan membuat mimik muka yang menggelikan hati.

Namun, seorang renjer di Taman Hidupan Liar Northern Territory, Peter Phillips menganggap perbuatan ketiga-tiga pemuda itu sebagai amat bodoh.

"Kita tidak akan bertolak ansur lagi (mengenai perbuatan itu).

"Kami akan menyiasat kes itu dan jika kami dapat mengenal pasti pemuda itu, mereka bakal didenda.

"Pihak kami tidak mempunyai tolak ansur terhadap mereka yang menganggu perangkap buaya," katanya.

Menurut akta pemuliharaan taman dan hidupan liar di wilayah itu, denda sebanyak A$55,000 (RM167,017) akan dikenakan ke atas pemuda itu jika dia didapati bersalah mengganggu perangkap buaya.

Sumber: Agensi

Belum ada bukti ada kaitan Al-Qaeda

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 04:53:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan pesawat yang dinaiki Umar mendarat di sebuah lapangan terbang di Detroit pada Jumaat lalu.

WASHINGTON - Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Janet Napolitano memberi amaran bahawa tidak wajar untuk membuat spekulasi bahawa serangan dalam sebuah pesawat AS oleh seorang pengganas warga Nigeria mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

"Buat masa sekarang, insiden itu sedang disiasat.

"Justeru tidak wajar untuk membuat spekulasi sama ada suspek mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda atau sebaliknya," kata Napolitano dalam wawancara dengan rangkaian berita CNN semalam.

Beliau merujuk kepada Umar Farouk Abdulmutallab yang didakwa cuba meletupkan pesawat milik syarikat Northwest Airlines pada Jumaat lalu semasa ia menghampiri Detroit.

Saudara mara warga Nigeria berumur 23 tahun itu yang terkejut dengan perbuatannya, menyatakan bahawa dia seorang pemuda yang taat pada ajaran Islam dan sudah beberapa minggu tidak menghubungi keluarganya.

"Umar seorang yang bijak dan tiada sesiapa pun dalam keluarga ini pernah terfikir bahawa dia akan melakukan kerja gila seperti itu," kata seorang saudaranya di bandar Kaduna, utara Nigeria.

Pada Julai lepas, Umar menyatakan bahawa dia mahu mengikuti kursus Bahasa Arab di Yemen dan bapanya, Umaru Mutallab yang merupakan seorang jutawan industri perbankan memberi kebenarannya berbuat demikian.

Namun, keluarganya mula bimbang apabila pemuda itu mengumumkan bahawa dia mahu terus tinggal di Yemen dan melupakan pelajarannya dalam program sarjana pentadbiran perniagaan di Universiti Dubai.

Kebimbangan mereka meningkat apabila dia menghantar satu pesanan ringkas (SMS) kepada keluarganya beberapa hari kemudian untuk memaklumkan bahawa dia memutuskan semua bentuk perhubungan dengan mereka.

Sejak itu keluarga Umar gagal menghubunginya.

Bapa pemuda itu kemudian memutuskan untuk memberitahu Kedutaan AS di Nigeria dan Agensi Perisikan Nigeria tentang kebimbangannya mengenai perbuatan Umar.

Keluarganya kemudian dikejutkan dengan berita percubaan Umar untuk meletupkan penerbangan Northwest Airlines yang membawa 270 penumpang ke Detroit. Dia menaiki pesawat itu di Amsterdam setelah berlepas dari Lagos, Nigeria.

Sumber: Agensi

Pelancong Belanda tangkap Umar

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/28/2009 04:51:00 AM 0 comments

SCHURINGA ditemu ramah oleh wartawan stesen televisyen CNN kelmarin.

DETROIT - Pelancong Belanda, Jasper Schuringa menyatakan dia terdengar bunyi letupan kecil dan melihat kepulan asap sebelum memanjat beberapa kerusi ke arah seorang lelaki untuk menghalangnya daripada meletupkan sebuah pesawat Northwest Airlines yang menuju ke sini, Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara dengan rangkaian penyiaran CNN kelmarin, Schuringa memberitahu, dia merampas satu objek yang terbakar daripada suspek dan segera memadamkan api dengan menggunakan tangannya.

Satu pergelutan kemudian berlaku tetapi dia berjaya menangkap lelaki tersebut, Umar Farouk Abdul Mutallab, seorang warga Nigeria.

Schuringa berkata, penumpang-penumpang lain menjerit tetapi suspek berdiam diri semasa insiden itu berlaku pada Jumaat lepas.

Dia menggambarkan Umar sebagai 'amat takut'.

Menurutnya tiada pergelutan berlaku semasa beberapa penumpang lain dan krew penerbangan turut berkejar untuk menghalang suspek.

Schuringa berkata, dia tidak pernah terfikir tentang keselamatan dirinya dan bertindak spontan untuk cuba menyelamatkan pesawat daripada meletup.

Sumber: AP

Sunday, December 27, 2009

Ratu Britain jadi rakyatbiasa?

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/27/2009 06:22:00 AM 0 comments

‘RATU Elizabeth II’ keluar dari sebuah pasar raya selepas membeli-belah.

WARGA London minggu lalu gempar apabila melihat Ratu Elizabeth II ‘mencemar duli’ dengan pergi membeli-belah dan menaiki kereta api bersempena cuti perayaan Krismas.

Baginda dilihat menghabiskan masa membeli pelbagai barangan harian di sebuah pasar raya besar di Sandringham dengan membawa dua ekor anjing peliharaannya.

Tanpa pengawal peribadi dan tahap keselamatan yang ketat, ratu itu turut dilihat mengeluarkan wang tunai di sebuah mesin teler automatik dan makan tengah hari di sebuah restoran.

Namun, apa yang disaksikan itu hanyalah rakaman oleh seorang jurugambar ternama, Alison Jackson yang popular dengan foto-foto selebriti wajah seiras termasuk kenamaan terkenal.

Kehadiran ‘Ratu England’ itu di khalayak ramai termasuk ketika menaiki sebuah komuter awam ke Norfolk baru-baru ini memberi gambaran bagaimana kehidupan harian baginda jika diberi peluang menjadi rakyat biasa.

Sumber: Agensi

Tinggal tepi loji nuklear

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/27/2009 06:19:00 AM 0 comments

KEDUDUKAN rumah pasangan Gillett dan Durling hanya dipisahkan 91 meter dari stesen tenaga nuklear.

SEPASANG suami isteri di England sanggup membeli sebuah banglo di Dungeness yang bernilai £247,000 (RM1.4 juta) walaupun bersebelahan dengan sebuah loji tenaga nuklear.

Pasangan warga emas yang baru berkahwin itu, Roger Gillett, 57, dan isterinya Anne Durling, 57, dipercayai berbuat demikian kerana kawasan sekitar tepi pantai di situ amat menarik.

Kediaman tiga bilik itu terletak 66 kilometer dari London dan hanya dipisahkan sejauh 91 meter dari tapak stesen janakuasa nuklear yang menempatkan tiga loji reaktor berasingan.

“Sejak melihat rumah ini, kami tahu yang kami meminati kediaman ini dan jika kami tidak dapat, hidup kami tiada erti lagi,” kata Durling, pesara di Kementerian Pertahanan Britain.

Suaminya, Gillett, yang pernah bekerja sebagai jurutera selama 32 tahun di sebuah stesen tenaga elektrik berkata, banglo itu sesuai kerana bersebelahan dengan laut.

Sumber: Agensi

Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/27/2009 06:08:00 AM 0 comments

MAYAT penumpang disusun di hadapan bas dua tingkat Sani Express selepas nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang awal pagi semalam.

IPOH - Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.

Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam.

Pemandu bas mengaku terlelap

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/27/2009 06:06:00 AM 0 comments

BAS ekspres dua tingkat Sani Express yang remuk tertusuk besi penghadang jalan dalam nahas yang mengorbankan 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) awal pagi semalam.

IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.

Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.

Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.

Saturday, December 26, 2009

Lima artis berpesta diserbu polis

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/26/2009 07:36:00 AM 0 comments

SEBAHAGIAN daripada pengunjung lelaki Rootz Club di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang ditahan dan dibawa ke balai polis semalam.

KUALA LUMPUR - Lima artis adalah antara 361 pengunjung pusat hiburan eksklusif Rootz Club di pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini yang terkedu apabila premis tersebut diserbu secara tiba-tiba oleh polis semalam.

Serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan di tingkat lapan ruang bumbung pusat beli-belah Lot 10 yang menempatkan pub yang didakwa popular di kalangan artis dan orang kenamaan.

Daripada mereka yang ditahan, 20 positif ujian air kencing, dua ditahan kerana memaki hamun polis dan dua lagi ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Sumber: Kosmo

Taliban siar imej askar AS ditahan

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/26/2009 07:35:00 AM 0 comments

Imej video yang disiarkan Taliban semalam menunjukkan wajah Bergdahl yang ditahan sejak lebih lima bulan lalu.

KABUL - Kumpulan Taliban menyiarkan satu rakaman video semalam bagi menunjukkan seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang ditawan lebih lima bulan lepas di timur Afghanistan.

Kenyataan dalam video itu menyebut lelaki tersebut sebagai 'Tahanan Perang: Bowe Robert Bergdahl'.

Prebet Kelas Pertama Bowe Bergdahl merupakan satu-satunya askar AS yang ditawan di Afghanistan.

Dia ditawan oleh pihak Taliban di wilayah Paktika pada 30 Jun lepas.

Lelaki dalam klip video tersebut dilihat sedang duduk di hadapan kamera dan memakai cermin mata hitam serta pakaian dan topi askar AS.

Pada sisi imej itu terdapat mesej iaitu: "Seorang askar AS yang dipenjarakan kumpulan Mujahidin Emiriyah Islam Afghanistan".

Dalam video itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menyatakan pihaknya mahu sejumlah tahanan Afghanistan dibebaskan sebagai pertukaran dengan Bergdahl.

Sumber: AP

Sejadah gambar buah mahjong

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/26/2009 05:45:00 AM 0 comments

SHAHRIL menunjukkan sejadah yang terdapat tenunan buah dadu di Parit Besar, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejadah yang digunakan di sebuah surau berhampiran kawasan Parit Besar dekat sini baru-baru ini mempunyai tenunan berupa buah dadu yang digunakan dalam permainan mahjong.

Lelaki terbabit, Shahril Abdullah, 52, berkata, ketika hendak menunaikan solat, dia mengambil sehelai sejadah yang kelihatan agak baru.

"Namun, sebaik nampak sesuatu yang pelik, saya guna sejadah lain untuk solat.

"Sejadah itu kemudian saya bawa balik bagi mengelak orang lain menggunakannya," katanya.

Tetapi, katanya, selepas beberapa hari, dia berasa terpanggil untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak akhbar kerana khuatir terdapat lagi sejadah sama di negara ini.

Jelasnya, sejadah yang mempunyai tenunan berbentuk buah dadu itu dipercayai diimport dari luar negara berdasarkan cebisan notis buatan Turki yang terdapat pada sejadah terbabit.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau penjualan sejadah di pasaran agar sejadah dengan hiasan seperti itu tidak dijual oleh mana-mana pihak.

Friday, December 25, 2009

Indonesia tahan bapa mentua Noordin

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/25/2009 06:59:00 AM 0 comments

JAKARTA - Polis Indonesia menahan Baharudin Latief, bapa mentua pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top (gambar) yang ditembak mati empat bulan lalu.

Lelaki itu yang merupakan seorang guru agama ditangkap semalam dalam satu serbuan polis di Garut, sebuah bandar di Jawa Barat, 85 kilometer ke barat laut Jakarta.

Berita penangkapan itu diumumkan seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Nanan Sukarna di sini, Baharudin menyembunyikan menantunya itu selama beberapa tahun.

Salah seorang anak perempuan Baharudin, Arina Rahmah berkahwin dengan Noordin yang berasal dari Johor, Malaysia pada 2005.

Semasa hidup, Noordin didakwa bertanggungjawab merancang siri pengeboman berdarah di Indonesia dengan membunuh lebih 250 orang, kebanyakannya pelancong asing di Pulau Bali sejak 2002.

Noordin berjaya dibunuh dalam satu serangan oleh pasukan khas polis Indonesia di Jawa Tengah pada 17 September lalu. Baharudin and Noordin berjaya melarikan diri daripada serbuan polis pada Julai lalu.

Sumber: AP

Bekas model pengsan di mahkamah

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/25/2009 06:58:00 AM 0 comments

LONDON - Seorang bekas model majalah Playboy, Louise Glover (gambar), 26, didapati bersalah oleh seorang hakim sebuah mahkamah di sini kerana menyerang seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menyerang mangsa, Maxine Hardcastle, anak kepada seorang pemuzik terkenal 80-an, Paul Hardcastle, dengan membelasah sebanyak 10 kali dan cuba memasukkan kepala wanita itu ke dalam mangkuk tandas di sebuah resort di East Sussex.

Hakim mahkamah di Hove itu diberitahu, Glover melancarkan serangan ganas itu setelah menuduh Hardcastle sengaja melihat suaminya.

Mangsa yang dipukul berdarah di muka, calar di tangan dan kaki serta kehilangan rambutnya.

Model glamor itu pengsan dan kemudian menangis teresak-esak selepas Hakim Charles Kemp mendapati dia bersalah setelah mengambil kira semua hujah sepanjang perbicaraan.

Glover juga meraung agak kuat di dalam kandang tertuduh dan mendakwa seluruh hidupnya kini terumbang-ambing namun hakim itu tetap berkata, hukuman akan dijatuhkan pada 4 Februari depan.

Sumber: Agensi

Wanita, kekasih ditahan

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/25/2009 06:56:00 AM 0 comments

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini Selasa lalu.

Penahanan pasangan yang kedua-duanya berumur 34 tahun itu dibuat malam kelmarin dan semalam.

Suspek wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu ditahan pada pukul 8 malam selepas dia datang membuat laporan berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Wanita itu dalam laporannya mendakwa, dia kehilangan seorang anak perempuan dikenali sebagai Venusha Rita, 9.

Dia yang merupakan seorang penganggur datang ke balai polis dalam keadaan mabuk.

Wanita itu membawa bersamanya sekeping gambar yang didakwa sebagai anaknya, Venusha berserta sijil kelahiran.

Bagaimanapun, wanita itu ditahan selepas laporan yang dibuatnya didapati mencurigakan.

Ekoran itu, polis menahan pasangannya pada pukul 4 petang semalam selepas lelaki itu memberi keterangan di Balai Sentul.

Suspek lelaki itu bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat mengangkut sampah di ibu negara.

Pasangan yang ditahan itu didakwa tinggal serumah di kawasan Dang Wangi tanpa mempunyai ikatan perkahwinan.

Berikutan penahanan pasangan itu, polis sedang melakukan siasatan secara terperinci dengan dibantu sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur dan polis Bukit Aman.

Mengikut laporan wanita itu, dia mendakwa anaknya, Venusha hilang pada 21 Disember lalu.

Sehari selepas kehilangan Venusha, polis menemui mayat seorang kanak-kanak di dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan.

Mayat kanak-kanak itu ketika ditemui hanya memakai baju dan hasil bedah siasat kelmarin, polis mengesahkan mangsa dirogol sebelum lehernya dijerut.

Laporan wanita itu turut mendakwa, teman lelakinya telah membawa lari Venusha pada hari tersebut sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM2,000 jika tidak mahu mangsa diapa-apakan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis menahan wanita itu selepas mendapati laporan dan keterangan yang diberi mencurigakan.

"Polis telah memadankan gambar seorang kanak-kanak yang dibawa wanita itu dengan gambar kanak-kanak yang ditemui mati namun ia kelihatan sedikit berbeza.

"Sebaik dibawa mengecam mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Lumpur wanita itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anaknya yang hilang berdasarkan pakaian dan fizikalnya," kata Khairi ketika dihubungi di sini semalam.

Berikutan itu, menurut beliau, polis akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan kesahihan dakwaan wanita itu sebagai ibu kepada kanak-kanak yang ditemui mati.

Dalam pada itu, Khairi memberitahu, polis sedang melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan wanita itu telah menjual anaknya kepada pihak tertentu dengan harga RM2,000.

"Kita sedang memperincikan siasatan dengan menyoal siasat pasangan tersebut termasuk menyiasat sama ada wanita itu menjual anaknya sebelum anaknya ditemui mati," katanya.

Wanita itu direman selama enam hari bermula semalam manakala bagi suspek lelaki polis akan memohon reman terhadapnya hari ini.

Pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Khairi bagaimanapun menegaskan, penemuan mayat kanak-kanak itu tiada kaitan dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 16 September 2007.

Pasangan ditahan dera bayi sindrom Down

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/25/2009 06:55:00 AM 0 comments

BAYI perempuan yang dipercayai mangsa dera dirawat di ICU, HTAA, Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kelmarin selepas dia disyaki didera dan diabaikan oleh ibu bapanya.

Difahamkan, mangsa yang merupakan anak pasangan suami isteri berusia 20 dan 19 tahun dari Lorong Perdana, Bukit Setongkol di sini mengalami pendarahan dalam otak, mata, sawan dan banyak kesan lebam lama di beberapa bahagian badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, laporan mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak itu dibuat oleh doktor yang merawat bayi itu ketika dia dibawa menjalankan pemeriksaan kesihatan oleh ibu bapanya kelmarin.

"Ibu bapa bayi itu dipercayai menghantar anak mereka ke HTAA pada pukul 10 pagi semalam (kelmarin) selepas mendapati bayi itu sakit," kata beliau di sini semalam.

Bagaimanapun, apabila pemeriksaan ke atas bayi itu dilakukan, doktor itu mendapati bayi terbabit mempunyai banyak kecederaan dipercayai akibat didera.

"Bapa bayi itu, seorang pembantu kedai makan, mendakwa anaknya sakit selepas terjatuh ketika didukung," katanya.

Namun doktor yang merawat bayi itu mengesyaki bayi itu mungkin didera dan diabaikan sebelum membuat laporan polis.

Kamaruzzaman memberitahu, hasil laporan doktor itu, polis menahan reman selama tujuh hari pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan mengenai bayi itu.

Thursday, December 24, 2009

Sesi persekolahan tangguh, 16 sekolah gagal disiapkan

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/24/2009 05:38:00 AM 0 comments

PASIR PUTEH - Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut amatlah mengecewakan.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual.

"Sebagai tindakan, semua kontraktor terlibat akan disenarai hitam sebagai pengajaran dan mereka tidak akan diberikan projek di bawah Kementerian Pelajaran selepas ini," katanya.

Tiga beranak maut tersepit

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/24/2009 04:57:00 AM 0 comments

Keadaan kereta Proton Wira yang mengorbankan tiga beranak dalam kemalangan di Jitra semalam.

Siti Bedah (dua dari kanan) ditenteramkan oleh saudara- mara selepas menerima berita kematian anak, menantu dan cucunya di Hospital Jitra semalam.

JITRA - Menemui ajal pada ulang tahun kedua perkahwinan.

Demikian malang yang menimpa pasangan suami isteri, Benyamin Yaakub, 30, dan Normah Md. Isa, 29, serta anak mereka Ilnur Balqis, sembilan bulan yang maut dirempuh lori tanah dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di simpang tiga lampu isyarat Jalan Ibrahim-Kodiang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Proton Wira mereka yang hampir hancur keseluruhannya.

Othman Bakar, 50, penumpang kereta Naza Sutera koma manakala isteri Othman yang memandu kereta Naza Sutera itu dan pemandu lori terbabit cedera ringan.

Sementara itu, pemandu serta penumpang dua buah lagi kereta lain pula tidak cedera. Dua buah kereta tersebut ialah kereta Perodua Kancil dan sebuah lagi juga merupakan kereta Proton Wira.

Ibu Normah, Siti Bedah Hussain, 48, berkata, semalam merupakan genap dua tahun perkahwinan anaknya, Normah dengan Benyamin pada tahun 2007.

"Saya sedih melihat dua batang gigi Ilnur Balqis ketika menziarah jenazahnya di bilik mayat tadi," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Jitra di sini.

Menurut Siti Bedah, Normah, menantu serta cucunya itu menetap di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.

"Ketika kejadian, menantu saya yang bekerja sebagai pemborong kain mahu menghantar kain ke Pekan Jitra sebelum mereka merancang untuk keluar makan bersama isteri serta anak," katanya.

Bagaimanapun, katanya, hajat ketiga-tiga beranak itu tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, lori tanah itu yang dipercayai mengalami masalah brek datang dari arah Changlun menuju ke pekan Jitra.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan Proton Wira (bukan kereta mangsa) di depannya sebelum memasuki jalan bertentangan," katanya.

Menurut beliau, pemandu lori itu kemudian yang cuba mengelak daripada merempuh sebuah balai polis merempuh Proton Wira (kereta mangsa) dan Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Akibat perlanggaran itu, kereta Naza Sutera itu tercampak kira-kira 10 meter manakala Proton Wira itu diheret lori sejauh 20 meter sebelum kedua-dua kenderaan itu melanggar pula sebuah Perodua Kancil dan merempuh kedai makan di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.

Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

Sawaluddin memberitahu, ekoran kejadian itu, pemandu lori yang berusia 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang saksi, Nor Azelin Mansor, 42, berkata, sebelum kejadian dia bersama beberapa rakan sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

Dia kemudian bergegas ke arah bunyi di situ dan melihat sebuah lori merempuh belakang kedai manakala Naza Sutera pula berada berhampiran lori tersebut.

"Di depan lori pula saya dapat lihat tiga mangsa tersepit dalam keadaan yang menyayat hati," katanya.

Dua maut, bangunan runtuh

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/24/2009 04:54:00 AM 0 comments

BEBERAPA pekerja menyelamat mencari mangsa runtuhan sebuah kompleks beli-belah di Jakarta semalam.

JAKARTA - Para pekerja penyelamat Indonesia menggunakan pengesan haba untuk mencari beberapa mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan sebuah bangunan tambahan kompleks beli-belah terkenal di Tanah Abang di sini semalam.

Dua orang disahkan maut manakala 12 lagi cedera apabila bangunan tambahan yang bersambung dengan pusat tekstil ternama yang sibuk di tengah Jakarta itu runtuh.

Menurut beberapa saksi, lima pekerja pembinaan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Polis segera menutup kawasan pengesan haba gagal menemui sebarang tanda kemungkinan ada mangsa yang masih terperangkap dan menyoal siasat beberapa saksi kejadian.

"Daripada maklumat awal yang diterima daripada pihak datuk bandar, projek pembangunan ini tidak mempunyai permit," kata Ketua Polis Jakarta, Hamidin.

Sumber: Agensi

Ancaman gempa sekuat 8.6 skala Richter

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/24/2009 04:51:00 AM 0 comments

JIKA gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa sekejam ini?

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/23/2009 06:55:00 AM 0 comments

Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

Sumber: Utusan

Kesan aplikasi sosial maya

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/23/2009 06:46:00 AM 0 comments

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.

Impak pada masyarakat

Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster.

Rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting yang lain.

Ciri asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial.

LAMAN sosial Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing itu merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai.

Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).

Selain itu, syarikat perisian antivirus F-Secure turut melaporkan tentang peningkatan risiko perisian berbahaya (malware) dalam perkhidmatan rangkaian sosial berikutan peningkatan serangan sebanyak 100 peratus pada tahun 2007.

Terdapat juga perisian berbahaya yang menyamar seperti tampalan keselamatan (security patch) untuk memperdayakan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial agar memuat turun dan memasangnya.

Hampir kesemua aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah untuk mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, melainkan dinyatakan secara sukarela oleh golongan pengguna yang mendaftarkan diri.

Ini mendedahkan golongan kanak-kanak kepada risiko masalah fidofilia iaitu salah laku seksual antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia berlaku apabila pengguna dewasa boleh menyamar sebagai kanak-kanak dan menjalin hubungan dengan mereka.

Kebanyakan aplikasi rangkaian sosial membenarkan pengguna meninggalkan komen pada catatan atau gambar pengguna lain. Kemudahan itu telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.

Keselamatan

Kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja, terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Misalnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twitter telah terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer ribanya ketika berendam di bilik mandi.

Aplikasi rangkaian sosial turut dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah disiplin terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer.

Budaya itu akan membawa kepada masalah kesihatan mata, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak ergonomik dan sebagainya.

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, kata laluan pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya di mana-mana aplikasi rangkaian sosial.

Selain itu, setiap pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.

Pengguna perkhidmatan rangkaian sosial diingatkan agar tidak mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali. Ini boleh membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

Pengguna juga dinasihatkan agar tidak sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.

Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu daripada melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan.

Hati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

Ilmu hitam di Selangor

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/23/2009 06:44:00 AM 0 comments

PENGUAT KUASA JAIS menyerbu premis seorang bomoh ekor di Klang baru-baru ini. Selangor dipercayai antara negeri paling ramai bomoh.

MUNGKINKAH negeri paling maju di Malaysia, Selangor, sedang bergelut untuk membersihkan minda rakyatnya daripada pemikiran mundur iaitu mempercayai bomoh yang ramai bilangannya di negeri itu?

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilaporkan sedang giat memburu 20 orang bomoh yang dikesan menawarkan pelbagai khidmat seperti menilik nombor ekor, menjual tangkal pelaris perniagaan dan ubat pengasih untuk memikat wanita.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani memberitahu Jurnal, 20 bomoh itu akan terus dipantau oleh pihaknya dan tindakan keras pasti diambil jika terbukti mereka melakukan penyelewengan.

"Selangor negeri maju yang menjadi tumpuan golongan perantau termasuk dari Indonesia. Mereka mungkin sudah memiliki ilmu itu sebelum sampai ke sini.

"Selain itu, faktor persekitaran dan permintaan juga memainkan peranan. Mereka tidak akan bergiat aktif kalau perkhidmatan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

"Lagipun bomoh juga mengikut perkembangan semasa terutama dari segi alatan dan khidmat yang ditawarkan bagi meyakinkan pelanggan," katanya.

Hukum pengamalnya

Selasa lalu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid pula berkata, negeri itu sedang menimbangkan untuk mewujudkan satu enakmen bagi menyekat amalan sihir dan ilmu hitam.

"Ilmu sihir bercanggah dengan kehendak syarak. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bukti bagi tujuan perundangan memandangkan ilmu sihir tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

"Maka, kita harapkan cadangan yang dibincangkan di peringkat pakar membolehkan pembuktian dilakukan bagi melaksanakan apa-apa hukuman," katanya selepas merasmikan Muzakarah Pakar: Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis di Shah Alam.

Tambah Tamyes, enakmen sedemikian perlu diwujudkan di negeri itu bagi membanteras penggunaan ilmu hitam yang semakin berleluasa terutama dalam perkahwinan dan aktiviti jenayah.

Jelasnya, sekiranya tiada enakmen tersebut, ia akan membolehkan pasangan suami isteri, bomoh atau penjenayah yang mengamalkan ilmu sihir dan melakukan jenayah serta menganiayai orang lain terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang.

Berdasarkan pengalaman penulis menemui beberapa 'pengamal perubatan tradisional' di Selangor, mereka dikenali kerana kepakaran tertentu seperti mampu mencari jodoh, merawat gangguan jin, urutan seksual lelaki malah mengubati sakit jantung.

Alatan-alatan yang digunakan untuk menjalankan upacara perbomohan itu pula agak pelik. Ini termasuk limau nipis, beras kunyit, daun sirih, pinang, kain kuning, keris kecil, gunting, pisau, tuala, telur dan bunga.

Persoalannya, bagaimanakah benda-benda tersebut mampu memberi manfaat apatah lagi mengubati orang yang sakit?

Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berpendapat, sesuatu yang ada pada alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis adalah amalan yang mirip kepada nujum.

"Rasulullah sendiri melarang sesiapa daripada menggunakan khidmat nujum kerana mempercayai kata-kata mereka bagaikan mendustai ajaran Nabi Muhammad sendiri.

Ayat al-Quran diharuskan

"Malah ia membawa kepada amalan sihir yang merupakan tujuh amalan dosa besar yang membinasakan," kata Mahmood Zuhdi tegas.

Bicaranya lagi, Allah telah menjelaskan bahawa iblis dan syaitan itu tidak berupaya menguasai manusia, kecuali mereka yang tunduk menurut kehendak makhluk ini, yang terdiri daripada orang yang sesat.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh mereka yang melibatkan diri dalam rawatan tradisional tidak membuktikan amalan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Dalam jampi serapah Melayu yang sebahagian daripadanya dituturkan ketika melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, menyebut nama nabi, nama khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut," jelasnya.

Katanya lagi, lebih malang, mereka yang tidak mengetahui bahasa Arab meyakini orang yang menggunakan ayat-ayat al-Quran itu, pada hal sesetengah ayat itu telah diseleweng daripada ayat yang sebenar, pada barisnya atau kalimah tertentu.

"Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan. Namun, sekiranya ia disertai dengan sihir, iaitu melibatkan jin, perbuatan tersebut adalah salah kerana amalan itu termasuk dalam kategori dosa besar iaitu sihir," terang beliau.

Mahmood Zuhdi juga menegaskan, sesuatu penyakit atau masalah berlaku disebabkan oleh faktor fizikal, mental juga saintifik.

"Lakukan semuanya dahulu. Demam bukan disebabkan gangguan jin tetapi ia terjadi disebabkan faktor fizikal badan yang lemah seperti perubahan cuaca.

"Seseorang juga harus berusaha sebaik mungkin dan diselarikan dengan tawakal sejak awal dan bukannya berserah semata-mata pada bomoh dan pawang," ujarnya.

Polis siasat doktor hilang

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/23/2009 06:37:00 AM 0 comments

GAMBAR bertarikh 17 Disember lalu menunjukkan Weinberger (tengah) melutut semasa dia ditangkap di kaki gunung Mont Blanc, Itali. Gambar kecil Weinberger

TURIN - Doktor-doktor di Itali kelmarin memberikan kebenaran kepada polis untuk menyoal siasat seorang doktor Amerika Syarikat (AS), Mark Weinberger yang ditemui tinggal dalam khemah di kaki Gunung Mont Blanc pada minggu lalu.

Menurut seorang jurucakap sebuah hospital, keadaan kesihatan Dr. Weinberger kini semakin baik selepas dia cuba membunuh dirinya dengan menikam leher sejurus diberkas pihak polis pada 15 Disember lalu di Val Ferret, di utara Itali bersempadan dengan Perancis.

Dia ditahan di sebuah khemah yang dibina pada ketinggian 1,828 meter di gunung tersebut.

Kecederaan yang dialaminya akibat menikam diri sendiri itu tidak membahayakan dirinya.

Doktor-doktor yang memeriksa keishatannya kelmarin memberikan kebenaran untuk polis menyoal siasatnya.

Weinberger yang berumur 46 tahun dan berasal dari Merrillville, Indiana menghilangkan diri dari klinik pembedahannya sejak lima tahun lalu.

Dia menghilangkan diri semasa terdapat banyak dakwaan penipuan dan kesilapan diagnosis dikemukakan terhadapnya.

Doktor hidung itu menghilangkan diri semasa membawa bekas isterinya, Michele Kramer bercuti ke Pulau Mykonos, Greece pada 2004.

Dia meninggalkan isterinya yang sedang tidur di dalam sebuah bot dengan melarikan pasport dan sejumlah wang.

Kramer kemudian memohon cerai tanpa kehadiran suaminya itu pada 2006 setelah menyedari penipuan Weinberger yang tidak membayar bil marina berjumlah AS$40,000 (RM137,391).

Bekas peguam Weinberger, James Hough berkata, lelaki itu berdepan 300 tuntutan saman daripada sejumlah pesakit yang mendakwa silap didiagnosis atau tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

Weinberger didakwa pernah mengenakan caj sehingga AS$40,000 untuk satu pembedahan hidung malah pernah menjalankan sebanyak 15 pembedahan dalam masa seminggu.

Pada 2006, juri tertinggi persekutuan AS mendakwa doktor itu dengan 22 pertuduhan penipuan kerana mengenakan bil kepada syarikat insurans untuk rawatan yang tidak dibuat.

Para penyiasat mendapati, klinik Weinberger di Merrillville, Indiana hanya memiliki AS$7,000 (RM24,043) dalam akuan bank tetapi berhutang sebanyak AS$7 juta (RM24 juta).

Sumber: Agensi

Remaja tikam lelaki rebut parkir

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/23/2009 06:35:00 AM 0 comments

SPRINGFIELD - Seorang remaja perempuan Amerika Syarikat (AS) didakwa menikam seorang lelaki dengan alat pemecah ais kerana bergaduh mengenai kawasan letak kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Caitlen

Remaja itu, Caitlen Watkins, 18, dari Springfield, Missouri kelmarin didakwa dengan tuduhan serangan kelas pertama dan tindakan jenayah bersenjata.

Menurut dokumen mahkamah, dia bergaduh dengan seorang pemandu di sebuah kawasan letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Ahad lalu.

Saksi-saksi memberitahu polis apabila melihat pergaduhan itu. Lelaki itu, Lonnie Sowersby ditikam sebanyak enam kali dengan alat pemecah ais yang sepanjang 13 sentimeter.

Sowersby memberitahu polis bahawa dia yang keluar dari sebuah kenderaan dimaki hamun oleh dua orang.

"Dia (Sowersby) berjalan dekat dengan kereta suspek (penyerangnya) dan suspek itu merentap kotnya," kata laporan mahkamah.

Selepas ditikam, Sowersby menoleh ke belakang dan menumbuk muka Caitlen bagi melepaskan dirinya.

Sumber: Agensi

Tuesday, December 22, 2009

Israel akui ambil organ penduduk Palestin

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/22/2009 08:36:00 PM 0 comments

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.

Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.

Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.

Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.

"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.

Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.

Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.

"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi.

Sumber: AP

Tinggalan zaman Nabi Isa ditemui

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/22/2009 07:27:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan lokasi tinggalan rumah yang wujud pada zaman Nabi Isa di Nazareth.

SEORANG ahli arkeologi mengkaji tinggalan sebuah desa yang dipercayai pernah wujud pada zaman Nabi Isa di Nazareth semalam.

NAZARETH - Sekumpulan ahli arkeologi Israel menyatakan mereka menemui tinggalan rumah di sini yang mungkin wujud pada zaman Nabi Isa.

Mereka berkata, penemuan itu boleh memberi petunjuk suasana di bandar Nazareth semasa Nabi Isa hidup.

Kawasan yang ditemui itu mungkin sebuah desa yang mempunyai kira-kira 50 buah rumah milik penduduk miskin Yahudi.

Seorang ahli arkeologi, Yarden Alexandre dari Pihak Berkuasa Antikuiti menyatakan tinggalan sebuah dinding, satu tempat persembunyian dan satu tangki itu ditemui selepas satu perkarangan lama digali di bandar tersebut.

Dia memberitahu pemberita semalam bahawa kumpulan ahli arkelologi tersebut turut menemui tanah liat dan bekas kapur yang digunakan oleh penduduk Yahudi pada waktu itu.

Alexandre menyatakan Nabi Isa dan rakan-rakan pada zaman kanak-kanaknya dipercayai mungkin mengetahui kewujudan rumah itu.

Sumber: AP

Monday, December 21, 2009

33 pasangan kahwin serentak

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/21/2009 05:31:00 AM 0 comments

MERIAH. Seramai 33 pasangan pengantin baru bergambar kenangan selepas majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 33 pasangan pengantin baru diraikan pada majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Negeri Johor 2009 di Pusat Islam Iskandar di sini semalam.

Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) itu merupakan salah satu program bersempena sambutan Maal Hijrah 1431.

Pengarah JAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, majlis tersebut adalah untuk membantu memudahkan urusan dan mengurangkan kos perkahwinan.

"Selain itu, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim di antara keluarga pasangan.

"Ini merupakan tahun kedua penganjuran seumpama ini dilakukan dan kami bercadang untuk jadikan program tahunan," katanya.

Menurut A. Rahman, daripada jumlah keseluruhan pasangan tersebut, 13 daripadanya merupakan masyarakat Orang Asli dan saudara baru.

Kamera rakam interaksi polis

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/21/2009 05:15:00 AM 0 comments

BEBERAPA anggota polis memakai kamera dekat dengan telinga mereka di San Jose kelmarin.

SAN JOSE - Polis di California kini menguji kamera yang diletakkan dekat telinga bagi merakamkan interaksi anggota-anggotanya dengan orang awam.

Ujian yang melibatkan 18 orang itu dibuat selepas kumpulan-kumpulan hak asasi penduduk mengkritik jabatan tersebut kerana terlalu menggunakan kekerasan semasa membuat tangkapan.

Beberapa anggota polis kini menggunakan kamera itu setiap kali mereka berbual dengan orang awam.

Bandar San Jose merupakan yang pertama menggunakan kamera itu yang dibuat oleh syarikat Taser International.

Syarikat itu membiayai eksperimen itu buat masa ini.

Harga sebenar peralatan itu ialah AS$1,700 (RM5,843) termasuk AS$99 (RM340) bagi yuran bulanan. - AP

Kereta remuk: Dua sahabat maut

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/21/2009 04:43:00 AM 0 comments

KERETA Toyota Corolla yang meragut dua nyawa di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang semalam.

IPOH - Dua sahabat termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Jelapang di sini semalam.

Dua mangsa yang terkorban ialah Meor Mohammad Azlan Meor Ahmad Sabri, 21, pelajar tahun dua jurusan Perakaunan, UiTM Shah Alam, Selangor dan Mohd. Zul Akmar Ali, juga 21 tahun.

Dua lagi sahabat mereka yang hanya dikenali sebagai Farid dan Zul cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta Toyota Corolla dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Gugusan Manjoi di sini.

Kumpulan empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Sitiawan dekat sini.

"Sampai di persimpangan Puncak Jelapang kira-kira lima kilometer dari Gugusan Manjoi, tiba-tiba sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan lain terbabas memasuki laluan empat sahabat itu.

"Azlan yang memandu kereta itu cuba mengelak tetapi ia merempuh pembahagi jalan," kata beliau di sini semalam.

Saturday, December 19, 2009

Dua korban pisau 'Rambo'

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/19/2009 03:19:00 PM 0 comments

Pendapatan