41 kisah benar

Golongan minoriti iaitu homoseksual di Beirut, Lebanon kini memberanikan diri menentang tanggapan tabu terhadap mereka.

SEKALIPUN hidup dalam kegelapan, namun suara lantang mereka dapat didengar terutamanya dalam menentang undang-undang dan kehidupan sosial di Lebanon. Mereka bersuara menerusi sebuah buku berwarna merah jambu dan putih. Mereka yang disebutkan itu ialah kumpulan lesbian, biseksual dan sebagainya.

Bareed Mista3jil yang bermaksud surat segera dalam bahasa Arab mempunyai 41 kisah benar mengenai wanita-wanita yang menghadapi masa yang sukar. Antaranya, ia mendedahkan identiti yang terpaksa dipalsukan dan berpindah ke tempat lain kerana tanggapan serong keluarga dan pandangan agama. Salah satu kupasan tersebut menceritakan tentang seorang wanita yang tidak dapat membela nasibnya dalam agama yang dianuti. Seorang lagi membongkar kisah hidupnya yang mengalami pelbagai cabaran dan dugaan daripada masyarakat Lebanon dan risiko diperkosa.

Buku tersebut merupakan bahan bacaan yang pertama sebegitu rupa di negara Arab yang konservatif. Ia diterbitkan oleh Meem, sebuah kumpulan sokongan kepada golongan lesbian, biseksual dan seumpamanya. Kerap dipinggirkan daripada masyarakat umum dan diadili secara berat sebelah oleh pihak media massa, buku itu berjaya menarik perhatian wanita tempatan sekalipun dari luar negara. Sejak set buku pertama diterbitkan dan laris di pasaran, set buku kedua pula diterbitkan.

"Idea untuk menghasilkan buku ini tercetus pada suatu malam dalam musim bunga 2006. Ketika itu, saya sedang memandu kereta menuju ke Jalan Hamra, Beirut," kata Shant, koordinator Meem.

Tiga tahun selepas diterbitkan, buku setebal 223 muka surat itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Arab yang mana ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada kedai-kedai buku. Cerita yang dikumpulkan di dalam buku ini dirujuk sebagai surat-surat yang dihantar secara rahsia untuk pendedahan luar. Ia mengambil masa yang lama untuk diolah agar tidak menggugat agama, kewarganegaraan, perbezaan jantina dan tujuan penghijrahan.

Bagaimanapun, Meem yang bermula sebagai kumpulan penyokong dengan empat orang ahli dan kini mencecah kepada 3,000 ahli masih berjaga-jaga dalam memastikan siapa yang harus didedahkan kepada umum. Kumpulan ini merupakan sebuah cabang daripada Helem iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak golongan minoriti kumpulan lesbian, biseksual dan lain-lain di negara Arab.

Berbanding Helem yang memenangi anugerah berprestij 2009 iaitu Felipa de Souza bagi perjuangan hak asasi gay, Meem lebih selesa untuk menjauhi daripada sebarang publisiti. Lagipun, komuniti Lebanon tidak mesra kumpulan gay. "Sebagai sebuah kumpulan bawah tanah, kami berhati-hati dengan apa yang diketahui orang luar dan kekuatan dalam saluran utama (media)," ujar Shant.

Shant seperti ahli kumpulan lain, hanya menggunakan nama samaran untuk melindungi kehidupan peribadi di Lebanon. Di negara itu, kaum wanita tidak mempunyai hak untuk menurunkan kewarganegaraannya kepada anak-anak dan aktiviti heteroseksual adalah satu jenayah besar. Artikel 534 menyenaraikan bahawa perbuatan seks di luar tabii adalah satu jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun.

Apa pun, Meem dan Helem menerbitkan majalah, risalah dan artikel yang disiarkan di laman sesawang. Mereka juga menawarkan khidmat perlindungan. Biarpun wujud pergolakan politik dan peningkatan kes jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Beirut tetap berkembang memajukan kehidupan kumpulan minoriti itu.

SEORANG wanita Lebanon asyik membaca buku tentang golongan lesbian dan bioseksual bertajuk Bareed Mista3jil di Beirut.

Sementara itu, sekarang Helem bertindak sebagai tuan rumah kepada sambutan Hari Antarabangsa Menentang Homofobia dan ratusan warga Lebanon hadir untuk menunjukkan sokongan atas perbuatan mengasari dua lelaki gay.

"Kami masih mempunyai kebebasan tetapi perlu bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang," ujar Natalie, seorang wanita yang duduk di kelab malam mesra gay. "Keluarga kami tahu identiti kami tetapi mereka hanya mendiamkan diri. Namun, selagi isu keagamaan bertelagah dengan politik, kami tidak akan memperoleh hak asasi yang adil di Lebanon," katanya.

Tindakan berhijrah ke negara lain adalah sesuatu yang agak kerap berlaku dan menurut Meem, ramai yang berbuat demikian terutamanya apabila mencapai umur 30-an. Steven Seidman, seorang profesor sosiologi di Universiti New York, Albany, Amerika Syarikat berkata, ramai menghadapi keadaan yang getir setelah mendirikan rumah tangga. Dalam keadaan sebegini, mereka sama ada perlu berpindah ke negara lain atau menjalankan kehidupan palsu.

"Perkahwinan ini adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan wanita tanpa mengira darjat," kata Seidman yang melakukan kajian dan penyelidikan meluas terhadap komuniti itu di Beirut.

"Kebanyakan wanita yang meluahkan perasaan terdiri daripada wanita muda yang berusia bawah 30 tahun. Persoalannya, apa akan terjadi apabila mereka mencecah umur 30 tahun?."

Shant bersetuju dan yakin dengan perkembangan positif yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu.

"Ia telah menterjemahkan maksud yang baik dalam memberikan pemahaman kepada masyarakat. Kami harus memastikan agar cerita-cerita ini tersebar ke dunia luar," katanya.

Sumber: AFP

Lembu berada di atas bumbung rumah

GAMBAR menunjukkan seekor lembu berada di atas bumbung sebuah rumah di Blagdon, England.

BLAGDON, England - Seekor lembu melompat di atas bumbung sebuah rumah di sini sekali gus menyelesaikan kes beberapa bumbung rumah rosak yang disangka sebelum ini dilakukan oleh perompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang remaja berumur 17 tahun, William de Cothi menyatakan dia melihat lembu itu berada di atas bumbung sebuah rumah menerusi tingkapnya.

"Pada mulanya, ia merupakan satu ilusi. Namun, selepas saya melihatnya dengan teliti, lembu yang berada di atas bumbung itu memang satu realiti," katanya.

Remaja itu menyatakan dia pernah mendengar bahawa lembu boleh melompat.

Cothi turut memberitahu keluarganya supaya melihat lembu itu.

Dia turut merakamkan gambar tersebut.

Sebelum ini, pemilik rumah itu telah menghubungi polis selepas menganggap kemungkinan perompak cuba pecah masuk kerana bumbung rumahnya rosak.

Namun, seorang pegawai polis, Ray Bradley berkata: "Pada awalnya, ia direkodkan sebagai satu rompakan tetapi saya gembira kerana saya boleh membuangnya (kes itu)."

Sumber: Agensi

Azizul dihukum gantung sampai mati

MARIAM MAULUD (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga selepas anaknya, Azizul dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Azizul Aznal Mohamad Jalalani, 26, yang didapati bersalah bulan lalu bersama dua yang lain kerana membunuh bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bakarudin Busu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

AZIZUL

Pada 13 November lalu, Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab. Wahab, 31, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi yang sama setelah mereka didapati bersalah membunuh bekas pensyarah itu.

Pada hari sama, Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee turut menyabitkan Azizul, bekas pelajar Institut Kemahiran Bina Negara sebagai bersalah dan menetapkan semalam mendengar laporan akhlak tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman kerana pada tarikh kejadian bekas pelajar itu hanya berumur 18 tahun dua bulan.

Ketika menjatuhkan hukuman semalam, Muhamad Ideres memberitahu tertuduh, bahawa dia akan dibawa ke satu penjara yang sah dan dihukum gantung sampai mati.

Bekas pelajar UiTM, Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama. Siti Rahmah merupakan teman wanita Sulkarnain.

Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya pada pukul 9.30 malam 12 Februari 2002.

Wajib pamer notis diskaun tiket bas

KUALA LUMPUR - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mewajibkan setiap kaunter tiket bas di negara ini mempamerkan notis pemberian diskaun 25 peratus kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, ia bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai potongan diskaun yang ditawarkan kepada golongan terbabit.

NAIMAH

"Pada masa yang sama, kita juga akan meletakkan notis pemberitahuan di beberapa lokasi strategik dan papan elektronik yang terdapat di seluruh terminal bas di negara ini.

"Selepas ini, petugas kaunter tiket tidak mempunyai alasan lagi seperti tidak tahu atau hanya mengikut arahan pengurusan atasan manakala bagi penumpang bas, mereka berpeluang mendapat keistimewaan itu tanpa perlu berasa ragu-ragu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin menyiarkan keluhan orang ramai berikutan keengganan petugas kaunter tiket memberi diskaun sebanyak 25 peratus kepada golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas dan OKU di negara ini biarpun kerajaan sudah mengumumkan kadar baru itu pada 1 Ogos lalu.

Friday, December 18, 2009

41 kisah benar

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/18/2009 06:57:00 AM 0 comments

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/18/2009 06:55:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan seekor lembu berada di atas bumbung sebuah rumah di Blagdon, England.

BLAGDON, England - Seekor lembu melompat di atas bumbung sebuah rumah di sini sekali gus menyelesaikan kes beberapa bumbung rumah rosak yang disangka sebelum ini dilakukan oleh perompak, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang remaja berumur 17 tahun, William de Cothi menyatakan dia melihat lembu itu berada di atas bumbung sebuah rumah menerusi tingkapnya.

"Pada mulanya, ia merupakan satu ilusi. Namun, selepas saya melihatnya dengan teliti, lembu yang berada di atas bumbung itu memang satu realiti," katanya.

Remaja itu menyatakan dia pernah mendengar bahawa lembu boleh melompat.

Cothi turut memberitahu keluarganya supaya melihat lembu itu.

Dia turut merakamkan gambar tersebut.

Sebelum ini, pemilik rumah itu telah menghubungi polis selepas menganggap kemungkinan perompak cuba pecah masuk kerana bumbung rumahnya rosak.

Namun, seorang pegawai polis, Ray Bradley berkata: "Pada awalnya, ia direkodkan sebagai satu rompakan tetapi saya gembira kerana saya boleh membuangnya (kes itu)."

Sumber: Agensi

Azizul dihukum gantung sampai mati

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/18/2009 06:52:00 AM 0 comments

MARIAM MAULUD (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga selepas anaknya, Azizul dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Azizul Aznal Mohamad Jalalani, 26, yang didapati bersalah bulan lalu bersama dua yang lain kerana membunuh bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bakarudin Busu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

AZIZUL

Pada 13 November lalu, Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab. Wahab, 31, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi yang sama setelah mereka didapati bersalah membunuh bekas pensyarah itu.

Pada hari sama, Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee turut menyabitkan Azizul, bekas pelajar Institut Kemahiran Bina Negara sebagai bersalah dan menetapkan semalam mendengar laporan akhlak tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman kerana pada tarikh kejadian bekas pelajar itu hanya berumur 18 tahun dua bulan.

Ketika menjatuhkan hukuman semalam, Muhamad Ideres memberitahu tertuduh, bahawa dia akan dibawa ke satu penjara yang sah dan dihukum gantung sampai mati.

Bekas pelajar UiTM, Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama. Siti Rahmah merupakan teman wanita Sulkarnain.

Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya pada pukul 9.30 malam 12 Februari 2002.

Wajib pamer notis diskaun tiket bas

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/18/2009 06:50:00 AM 0 comments

KUALA LUMPUR - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mewajibkan setiap kaunter tiket bas di negara ini mempamerkan notis pemberian diskaun 25 peratus kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, ia bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai potongan diskaun yang ditawarkan kepada golongan terbabit.

NAIMAH

"Pada masa yang sama, kita juga akan meletakkan notis pemberitahuan di beberapa lokasi strategik dan papan elektronik yang terdapat di seluruh terminal bas di negara ini.

"Selepas ini, petugas kaunter tiket tidak mempunyai alasan lagi seperti tidak tahu atau hanya mengikut arahan pengurusan atasan manakala bagi penumpang bas, mereka berpeluang mendapat keistimewaan itu tanpa perlu berasa ragu-ragu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin menyiarkan keluhan orang ramai berikutan keengganan petugas kaunter tiket memberi diskaun sebanyak 25 peratus kepada golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, warga emas dan OKU di negara ini biarpun kerajaan sudah mengumumkan kadar baru itu pada 1 Ogos lalu.

Pendapatan

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget