Bakar mayat dalam tong sampah

SEORANG warga emas dipapah dengan kereta sorong ke sebuah hospital manakala penduduk terpaksa menahan daripada menghidu bau kuat mayat.

SELEPAS dikritik masyarakat antarabangsa kerana terlalu lambat dalam menyalurkan bantuan, Haiti semalam menyerahkan urusan kawalan lapangan terbang utama negara pulau Carribean itu kepada Amerika Syarikat (AS).
Ini membolehkan semua penerbangan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tiba dan mempercepatkan usaha membangunkan semula Haiti yang langsung lumpuh akibat gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter pada Selasa lalu.

PASUKAN penyelamat Amerika Syarikat berjaya membawa keluar seorang mangsa di Hotel Montana kelmarin yang musnah akibat gempa.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton semalam turut bertemu dengan Presiden Haiti, Rene Preval di lapangan terbang yang datang untuk menghantar bekalan keperluan dan membawa pulang ribuan rakyat AS yang terkandas di negara itu.
Pihak berkuasa Haiti menganggarkan angka mangsa terkorban ialah 200,000 manakala Menteri Dalam Negeri, Paul Antoine Bien-Aime berkata, mereka berjaya mengumpul 50,000 mayat namun jumlah sebenar yang maut belum dipastikan.
Sebanyak 40,000 mayat dikebumikan dalam satu kubur besar, kata Setiausaha Negara bagi Keselamatan Awam Haiti, Aramick Louis sementara Menteri Kesihatan, Alex Larsen memberitahu, tiga perempat bandar Port-au-Prince perlu dibina semula.
Di selatan ibu negara, pekerja terpaksa membakar lebih 2,000 mayat di dalam sebuah tong sampah kerana terlalu ramai dan pihak Palang Merah menganggarkan satu pertiga daripada sembilan juta rakyat Haiti amat memerlukan bantuan.

PULUHAN khemah didirikan di sebuah padang bola sepak sebagai tempat perlindungan sementara penduduk.

Dalam pada itu, kerja menyelamat oleh pasukan kecemasan antarabangsa yang mula datang membanjiri Haiti semakin rancak dijalankan apabila harapan untuk menemui mangsa masih hidup kembali cerah di beberapa kawasan runtuhan.

PENDUDUK berlindung di luar sebuah hospital yang langsung musnah manakala semua hospital di Haiti juga runtuh selepas gempa Selasa lalu.

Seorang krew TV Australia, David Celestino kelmarin menemui seorang budak perempuan berusia 16 bulan, Winnie Tilin yang menangis terperangkap di rumahnya yang runtuh, 68 jam selepas gempa bumi namun, ibu bapanya gagal diselamatkan.
Kisah tuah juga menyebelahi beberapa lagi mangsa termasuk dua pelajar Universiti Port-au-Prince, Mikila Foster, 25, dan Billy Clerge, 27, yang terselamat walaupun 72 jam berada di bawah runtuhan bangunan kampus mereka.

SEORANG budak lelaki yang cedera terpaksa dibawa dengan sebuah besen untuk mendapatkan rawatan.

Ia memberi harapan kemungkinan ramai lagi mangsa dapat diselamatkan namun, pihak berkuasa Haiti kini diselubungi kebimbangan ekoran peningkatan jenayah setelah dua juta banduan terlepas dari sebuah penjara.
Sumber: Agensi

Gunung tercantik di dunia

DUA tahun lalu, gunung berapi itu pernah dimasukkan untuk pencalonan sepuluh kawasan semula jadi dalam senarai terbaru Tujuh Keajaiban Dunia sebelum 'disingkirkan' oleh jirannya sendiri, Puerto Princesa Subterranean.

Bagaimanapun, ramai melihat kegagalan Mayon di wilayah Albay di Bicol, selatan pulau Luzon di tengah Filipina itu akibat kebimbangan pihak berkuasa berikutan kemunculan tanda-tanda amaran ia akan aktif dan mengganas semula.

Hakikatnya, Mayon tidak pernah meragut mangsa sejak 16 tahun lalu selepas ia membunuh 77 orang pada 1993, itu pun disebabkan kedegilan penduduk terbabit mengikut arahan pihak berkuasa supaya mereka berpindah. Sebaliknya mereka masih leka bercucuk tanam di kebun.

Di sebalik persepsi negatif, Mayon tidak memiliki sejarah kejam, bahkan penduduk menggelarnya Magayon sempena kisah legenda seorang srikandi Filipina, dikenali sebagai Daragong Magayon yang bererti wanita cantik dalam dialek tempatan.

Tidak hairanlah, sesuai dengan namanya, Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia. Termasuk dalam kategori stratovolcano iaitu memiliki banyak lapisan bertingkat, ia turut dirujuk kerana bentuk kon simetrik paling sempurna.

Dari segi geografi, Mayon yang mencatat ketinggian 2,462 meter dari paras laut itu ialah sebahagian daripada lingkaran api Lautan Pasifik dan disifatkan gunung berapi paling aktif di Filipina berbanding Pinatubo, Taal, Canlaon dan Ragang.

Ironinya, Mayon yang terletak hanya sepuluh kilometer dari Teluk Albay itu dikelilingi pula oleh banyak zon perbandaran yang padat penduduk iaitu Legazpi, Daraga, Camalig, Guinobatan, Ligao, Tabaco, Malilipot dan Santo Domingo.

Bayangkan rekod 49 kali letusan, ia mencipta rekod sebagai gunung paling kerap memuntahkan lahar berbanding saingan terdekat, Taal yang setinggi 400 meter. Taal sudah meletus sebanyak 33 kali sejak 1572 hingga 1977.

GUNUNG Berapi Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia kerana memiliki banyak lapisan bertingkat.

Mereka yang hidup di sekitar Mayon boleh dianggap lali malah bosan dengan arahan kerajaan untuk bersiap siaga dipindahkan tetapi kesudahannya, ia menjadi 'pembaziran' apabila gunung itu tidak pula meletup.
Dilema

Kali terakhir pemindahan besar-besaran melibatkan lebih 73,000 penduduk apabila Mayon meletus pada 1984 dan sejak itu, jumlah mereka yang diarahkan berpindah semakin berkurangan dan ramai lebih rela mati di rumah sendiri.

Ada yang mempertikaikan ramalan Institut Kajian Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) yang disifatkan sebagai kurang berpengalaman dan mudah gelabah apabila baru ternampak asap kecil berkepul di puncak gunung berapi itu.

Ini dapat dilihat pada pertengahan 2006 apabila agensi itu mengerah 20,000 penduduk berpindah kononnya Mayon akan meletup pada bila-bila masa dan selepas lima bulan, ternyata gunung itu sebenarnya belum lagi tiba waktu untuk meletus.

Sebaliknya, jika dilihat sejarah ramai penduduk yang maut bukan kerana letusan Mayon tetapi faktor lain seperti bencana Taufan Durian pada akhir 2006. Ia mengakibatkan banjir lumpur dan lebih 1,300 orang yang mati ditimbus hidup-hidup.

Malapetaka dahsyat itu juga meragut nyawa ramai pelajar Universiti Aquinas di Legazpi City yang sedang tidur di asrama selain menyebabkan banjir besar dan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar raya berdekatan untuk tempoh yang lama.

Angka itu kurang separuh daripada jumlah yang maut ketika Mayon mengganas pada 1 Februari 1814 tetapi ia tidak dapat menandingi letusan pada 1766 apabila lahar gunung tersebut mampu mencecah puncak menara loceng sebuah gereja.

Ketika itu, lahar Mayon bukan sekadar memadam pekan Cagsawa daripada peta Filipina, malah mencapai paras semua pokok yang setinggi sembilan meter dan langsung menghilangkan rangkaian sungai di sekitar kawasan tersebut.

JOSEFA CALLOSl, 35, dan anak perempuannya Giselle, 8, menganyam serat abaca untuk dijadikan tali di pusat pemindahan sementara di bandar Tabaco, Albay, di selatan Luzon.

Lebih seabad kemudian iaitu pada 23 Jun 1897, Mayon kembali menggegarkan bumi dengan hujan lahar selama tujuh hari tanpa henti dalam lingkungan 160 kilometer persegi. Ia menimbus ratusan penduduk dan pekan sehingga ketinggian 15 meter.

Kini, penduduk Teluk Albay hidup dalam dilema apabila Pengarah Phivolcs, Renato Solidum pada 28 Disember 2009 lalu menyifatkan Mayon belum 'berehat' walaupun status amaran diturunkan kepada paras sederhana rendah.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega apabila kajian agensi itu awal tahun ini menunjukkan jika berlaku letusan, dianggarkan antara 20 juta hingga 23 juta meter padu lahar sahaja yang akan dimuntahkan untuk letusan ke-50.

Ia kecil berbanding letusan terakhir pada 2006 menyaksikan 60 juta meter padu lahar penuh gas berbahaya sulfur dioksida. Saintis menjangka kekurangan itu mungkin akibat Mayon terlalu kerap meletus dalam jangka waktu yang hampir.

Data diperoleh hasil pemantauan berkala Phivolcs menerusi tiga unit telemetrik yang dipasang di lereng gunung itu dan dianalisis ibu pejabat agensi tersebut di Ligñon Hill, 10 kilometer dari situ dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Filipina.

Tenaga geotermal

Adakah ramalan Phivolcs itu sekadar menutup kelemahan selepas dikritik ramai pihak kerana kurang efektif atau mungkin juga ini menandakan zaman Mayon sebagai gunung berapi aktif bakal berakhir tidak lama lagi?
Sementara itu, Profesor Dr. Azman Abdul Ghani dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berkata, gunung berapi memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada hidupan lain. Namun, tanpa kita sedari gunung berapi juga memberi impak yang baik.

"Paling besar ia boleh mengakibatkan bencana alam. Kita tidak dapat menganggarkan bila gunung berapi akan meletup walaupun pelbagai alat canggih digunakan. Apabila berlakunya letupan besar serta-merta kematian akan berlaku.

PELANCONG tidak melepaskan peluang merakamkan gambar mereka berlatarbelakang Mayon.

"Walau bagaimanapun, bukan semua gunung berapi memberi impak negatif. Sebaliknya ia dapat mengeluarkan tenaga geotermal. Tenaga panas yang tersimpan dalam perut bumi yang memberi manusia alternatif bagi menggantikan tenaga elektrik.

"Tetapi tidak semua gunung berapi mengeluarkan tenaga geotermal. Hanya gunung berapi di Jepun dan New Zealand didapati mempunyai tenaga geotermal," katanya.

Bagaimana kejadian gunung berapi boleh berlaku?

"Gunung berapi terjadi apabila plat tektonik berlanggar antara satu sama lain. Plat tektonik ini merupakan kerak bumi yang disokong oleh cairan lahar yang dikenali sebagai magma di bawahnya.

"Apabila berlakunya pergerakan antara plat tektonik, ia akan memberi tekanan kepada magma untuk keluar daripada gunung berapi," katanya yang memberitahu di Asia terdapat tiga negara yang mempunyai gunung berapi iaitu Jepun, Indonesia dan Filipina.

Tambahnya, gunung berapi juga memberi kesan yang buruk kepada hidupan. Ini kerana, pengoksidaan SO2 yang berterusan daripada gunung berapi akhirnya menyebabkan hujan asid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan dan kereta menjadi pudar, mudah rosak dan cepat berkarat.

Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Objek misteri hentam bumi

GAMBAR menunjukkan objek misteri (dalam bulatan) dilihat dari Balai cerap

Skylive-Grove di New South Wales, Australia.

SYDNEY - Beberapa saintis kehilangan punca untuk mengenal pasti satu objek misteri yang bergerak amat laju semasa melintasi bumi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Objek yang dinamakan 2010 AL30 itu cuma bersaiz antara 10 meter hingga 15 meter dan ia dipercayai tidak menyebabkan kemusnahan besar semasa menghentam bumi.

Ia turut dilihat oleh beberapa ahli astronomi di Amerika Syarikat (AS).

Dua saintis Itali, Ernesto Guido dan Giovanni Sostero berkata, objek tersebut mungkin sampah angkasa.

Ruang angkasa sekitar bumi dicemari berbilion-bilion sampah angkasa pelbagai saiz termasuk serpihan roket dan satelit sejak bekas Kesatuan Soviet melancarkan roket Sputnik One 53 tahun lalu.

Namun, seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan objek itu mungkin sebutir tahi bintang kecil berdasarkan laluan yang lebih hampir dengan planet Marikh dan Zuhal.

Sumber: Agensi

500,000 dipercayai maut

GAMBAR menunjukkan kemusnahan di Port-au-Prince, Haiti kelmarin.

PORT-AU-PRINCE - Permulaan yang dahsyat baru sahaja bermula di Haiti selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di bandar ini pada Selasa lalu.

Penduduk mula mencari mayat mangsa di celah runtuhan dan mencari tempat berlindung di padang terbuka dan stadium apabila ribuan bangunan dipercayai runtuh.

Perdana Menteri Haiti, Jean Max Bellerive menyatakan jumlah kematian mungkin melebihi 100,000 manakala Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menyatakan tiga juta orang mungkin menerima kesan.

Seorang ahli politik Haiti, Senator Youri Latortue menyatakan angka kematian mungkin meningkat setinggi 500,000 orang.

Angka kematian sebenar masih belum diperoleh kerana kerja-kerja mencari mayat sedang dilakukan.

Beberapa kumpulan wanita menyanyi lagu keagamaan dalam suasana gelap dan berdoa untuk mangsa yang mati.

Seorang lelaki menjerit ke arah beberapa pemberita dalam bahasa Inggeris dan menyatakan: "Terlalu ramai orang yang mati. Kami memerlukan bantuan antarabangsa. Tidak ada perkhidmatan kecemasan, tidak ada makanan, tidak ada telefon, tidak ada air dan tiada ada apa-apa pun."

Sebahagian penduduk Haiti bertindak mencuri barang-barang bekalan makanan di kedai-kedai yang rosak.

Sumber: Agensi

SEORANG lelaki yang terperangkap menunggu untuk diselamatkan di Port-au-Prince kelmarin.

SEORANG kanak-kanak yang cedera termenung di Port-au-Prince.

Pakar nuklear Iran dibom guna kaedah Zionis

SEBAHAGIAN orang mengusung jenazah Massoud untuk dikebumikan di Teheran semalam.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan bom yang berlaku ke atas seorang pakar saintis nuklear Iran di sini menggunakan kaedah serangan rejim Zionis, kata satu laporan.

"Kita dapat lihat tahap dendam musuh dalam cara dia (saintis) dibunuh.

"Kaedah pengeboman itu seperti dilakukan oleh Zionis," kata Mahmoud seperti dipetik oleh agensi berita Mehr.
 
Saintis itu, Massoud Ali Mohammadi, meninggal dunia apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan dengan alat kawalan jauh ketika saintis tersebut sedang meninggalkan rumah pada pagi Selasa lalu di Teheran.

"Beliau ialah seorang profesor universiti yang beriman dan berkhidmat untuk rakyatnya," kata Mahmoud.

"Pihak musuh yang membunuh elit kami tidak mampu untuk membawa lari maklumat dari negara Iran," katanya.

Beberapa pegawai Iran menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perkhidmatan perisikan Mossad milik Israel mendalangi serangan bom itu.

Sumber: AFP

Mumia wanita 4,000 tahun diimbas

BECKETT (kiri) membalut tubuh mumia wanita di Muzium Barnum, Bridgeport pada Selasa lalu.

BRIDGEPORT - Sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) kini menggunakan teknologi imbasan terbaru untuk menganalisis satu mumia wanita dari Mesir dalam usaha merungkai rahsia kehidupan di zaman purba.

Antara jawapan yang dicari termasuk sama ada satu paket misteri dalam mumia itu merupakan persembahan kepada dewa-dewa bagi membantu wanita tersebut di alam kehidupan selepas mati.

Beberapa penyelidik itu berkata, imbasan yang dilakukan di Universiti Quinnipiac di sini semalam turut berperanan untuk menentukan usia mumia dan mengenal pasti sama ada si mati pernah melahirkan anak.

"Setiap mumia mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap maklumat yang diperoleh dapat membantu kami untuk lebih memahami dunia Mesir purba," kata pengarah bersama Institut Bioantropologi Universiti Quinnipiac, Ronald Beckett.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai bukan berasal daripada keturunan bangsawan kerana analisis gigi mendapati dia makan makanan yang dimakan penduduk bukan bangsawan pada zaman itu.

Mumia itu yang dikenali sebagai Pa-Ib dan dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun sebelum ini disimpan di Muzium Barnum di sini sejak tahun 1890-an.

Ia dihantar ke kampus universiti berkenaan dengan diiringi kawalan ketat polis.

Sumber: AP

AS salah serang Iraq - Suruhanjaya Belanda

DAVIDS menunjukkan laporan penyiasatan perang Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di The Hague, Belanda semalam.

THE HAGUE, Belanda - Pencerobohan ke atas Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003 jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata satu suruhanjaya bebas semalam yang menyiasat sokongan politik Belanda berhubung tindakan kontroversi itu.

"Tiada asas yang kukuh bagi pencerobohan itu," kata pengerusi suruhan jaya berkenaan, Willibrord Davids kepada pemberita di sini.

Dalam laporannya, suruhanjaya itu menyatakan, Resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan bermakna mana-mana negara anggota PBB diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan tentera bagi memaksa Iraq mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.

Resolusi Majlis Keselamatan itu yang diluluskan pada 2002, memberi peluang terakhir supaya Baghdad mematuhi tuntutan PBB dengan memusnahkan senjata pemusnah miliknya.

Suruhanjaya sama turut mendapati agensi perisikan Belanda tidak mempunyai bukti kukuh bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah iaitu alasan utama AS untuk menyerang negara berkenaan.

Davids pernah menjadi Presiden Mahkamah Agung Belanda.

Sehingga kini tiada senjata pemusnah pernah ditemui di Iraq seperti didakwa Barat.

Suruhanjaya itu, yang memulakan tugas pada Mac tahun lalu, ditubuhkan oleh kerajaan susulan tekanan pembangkang dan awam berhubung dakwaan sebelum ini bahawa terdapat pihak yang sengaja menyembunyikan maklumat penting bagi mengabui Parlimen Belanda supaya menyokong AS.

Walaupun gagal mendapat maklumat perisikan terperinci, Parlimen Belanda memutuskan untuk menyokong serangan tersebut dengan menghantar 1,100 askar ke Iraq pada Julai 2003.

Pada bulan lalu, seorang bekas penyiasat senjata PBB memberitahu, bekas presiden AS, George W. Bush dan bekas perdana menteri Britain, Tony Blair memejamkan mata berhubung kekurangan bukti kukuh bagi menyerang Iraq.

Mereka sebaliknya berusaha mengabui mata rakyat dengan berulang kali menuduh bekas presiden Iraq, Saddam Hussein sebagai ancaman kepada dunia.
Sumber: AFP

Dua penjenayah ditembak mati

BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan dua
penjenayah ditembak mati di Sungai Bakap, Pulau Pinang semalam.

NIBONG TEBAL - Dua penjenayah yang sangat-sangat dikehendaki mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tasek, Sungai Bakap di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, kedua-dua penjenayah yang masing-masing berusia 25 tahun dan 40-an itu bukan sahaja melepaskan tembakan tetapi juga cuba melempar sebutir bom tangan ke arah polis.

Bagaimanapun bom itu tidak meletup dan tersangkut pada pintu sebelum bergolek semula ke dalam kereta jenis Nissan Sentra yang mereka naiki.

Empat bas hangus dibakar

PUVANESVARI mengutip barangan jualannya yang rosak di hadapan empat buah bas yang hangus dibakar di Stesen Bas Medan Kidd, Ipoh semalam.

IPOH - Dua buah syarikat bas melaporkan kerugian ratusan ribu ringgit apabila empat buah bas henti-henti milik mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai angkara khianat awal pagi semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi di Stesen Bas Medan Kidd di sini itu melibatkan tiga buah bas milik Reliance Omnibus Company Sdn. Bhd. (Reliance Omnibus) manakala sebuah lagi milik Kinta Omnibus Company Sdn. Bhd. (Kinta Omnibus).
Turut terbakar ialah kaunter tiket Reliance Omnibus dan sebahagian daripada tingkat dua stesen bas tersebut yang menempatkan pejabat syarikat bas terbabit.
Selain itu, sebuah gerai menjual kacang putih milik L. Puvanesvari, 46, yang baru tiga hari beroperasi turut terbakar.

Mayat model ditemui dalam tong sampah

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan tempat mayat Paula ditemui di North Miami, Florida beberapa jam selepas kehilangannya dilaporkan pada Ahad lalu.

MIAMI - Mayat model majalah lucah Playboy, Paula Sladewski yang berumur 26 tahun ditemui dalam sebuah tong sampah di Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebelum ini bercuti bersama kekasihnya, Kevin Klym di bandar itu.

Kali terakhir dia dilihat ialah pada pukul 7 petang pada waktu tempatan beberapa jam selepas dia bergaduh dengan kekasihnya yang berumur 34 tahun.

Pasangan itu menyaksikan konsert penyanyi Lady Gaga pada sambutan tahun baru sebelum pergi ke kelab malam dan bar.

Mereka dilihat bergaduh di sebuah kelab malam pada awal pagi Ahad lalu.

Klym diarah keluar dari kelab tersebut manakala model itu dibenarkan berada di dalamnya walaupun dia terlalu mabuk.

Lelaki itu kemudian kembali ke hotel Miami Beach dan memberitahu polis bahawa kali terakhir dia melihat Paula ialah di kelab berkenaan.

Klym memfailkan kehilangan kekasihnya itu pada Ahad lalu.

Beberapa jam kemudian, seorang orang awam melaporkan kepada polis bahawa sebuah tong sampah terbakar di belakang sebuah jalan di North Miami dan mayat model Playboy itu kemudiannya ditemui.

Pengesahan identitinya dibuat kelmarin.

Seorang jurucakap polis, Leftenan Neal Cuevas berkata, mayatnya sukar dikenal pasti semasa ditemui.

Punca kematiannya masih disiasat. - Agensi

Akhbar Norway siar semula kartun Nabi Muhammad

OSLO - Akhbar Norway, Aftenposten semalam menerbitkan semula kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh Kurt Westergaard (gambar).

Sebelum ini, Westergaard menjadi mangsa percubaan membunuh oleh seorang lelaki di Denmark.

Dalam satu artikel di akhbar itu, ia menyiarkan satu daripada 12 kartun yang dilukis oleh Westergaard iaitu seorang pelukis kartun Denmark.

Kartun itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia apabila akhbar Jyllands-Posten menyiarkannya buat kali pertama pada 2005.

Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Somalia menceroboh rumah pelukis itu dengan menjerit untuk membalas dendam sebelum anggota polis menembak dan menangkapnya.

Menurut editor akhbar itu, Hilde Haugsgjerd, penyiaran kartun itu dianggap wajar kerana ia merupakan punca kejadian tersebut berlaku.

Sumber: AFP

Teh darah daging Russell

Meneruskan legasi datuknya, John Archibald (J.A) Russell membuka ladang dan perniagaan teh, Caroline Russell mempunyai impian supaya Boh terus menjadi minuman kebanggaan rakyat Malaysia.

SEJAK kecil teh bukan asing dalam hidupnya. Walaupun baru berumur setahun jagung, Caroline Russell sudah pandai membezakan rasa teh di hujung lidahnya.

Sehingga kini apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan akan dimulakan dengan secawan teh yang diminum bersama susu segar tanpa gula.

Wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu merupakan waris ketiga keluarga pemilik ladang teh sejak dimulakan oleh datuknya John Archibald (J.A) Russell pada tahun 1927.

Semasa kecil Russell dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Bapanya, Tristan Russell akan membawa Caroline dan abangnya ke ladang teh di Cameron Highlands sekerap mungkin. Di Cameron, mereka menginap di sebuah banglo yang dibina sekitar tahun 1930-an.

SETIAP teh mempunyai rasa dan aroma yang berbeza.

"Saya gemar bermain di ladang teh. Ketika itu saya mempunyai seekor kuda dan saya akan menunggangnya mengelilingi ladang setiap petang," ujar Russell mengimbas memori zaman kecilnya.

Menyingkap sejarah kewujudan ladang teh di Malaysia, ia bermula apabila J.A Russell yang ketika itu berusia tujuh tahun tiba di Malaysia pada tahun 1890 bersama bapanya.

Mendapat pendidikan di England, sekembalinya J.A Russell ke Malaysia dia bekerja dengan Straits Trading Company. Lebih istimewa, dia fasih berbicara dalam lima dialek bahasa termasuk bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Setelah terlibat dalam perusahaan getah, perlombongan dan pembukaan kawasan-kawasan baru, J.A melihat potensi teh sebagai hasil tanaman yang mampu menjana ekonomi Tanah Melayu yang ketika itu dijana oleh getah dan bijih timah.

RUSSELL bercita-cita mahu menjadikan jenama teh Boh minuman nombor satu di Malaysia.

Berbekalkan sebuah jentera penggelek, beberapa pekerja dan beberapa pedati J.A dan penanam teh veteran dari Ceylon, A.B. Milne mengubah hutan di Cameron Highlands menjadi ladang teh pertama Malaysia.

J.A meninggal dunia pada tahun 1933 ketika umurnya 50 tahun. Perniagaan beliau diambil alih oleh anak lelakinya Tristan Russell. Hari ini ia diwarisi oleh Caroline Russell. Russell menyertai Boh ketika syarikat itu telah pun stabil.

Kerja keras

"Saya tidak menjawat jawatan tinggi ketika menyertai syarikat ini, sebaliknya saya bekerja di bahagian pemasaran selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari University of Edinburgh, Scotland," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun 1998, Russell dilantik sebagai pengurus besar syarikat sebelum menjawat jawatan sebagai ketua pengawai eksekutif lima tahun kemudian. "Walaupun mewarisi perniagaan datuk, namun sama seperti pekerja lain saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boh Plantations Sdn. Bhd. itu tanpa berselindung.

Sepanjang lebih dua dekad menerajui syarikat tersebut, Russell telah membuka sebuah ladang teh di Sungai Palas, Cameron Highlands. Sebelum ini Boh Plantations memiliki ladang di Habu dan Fairlie, Cameron Highlands.

SALAH satu pemandangan menarik di Pusat Teh Boh Boh, ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands.

Seiring dengan perubahan zaman, Russell mengakui penggunaan alat bantuan memetik daun teh sehinggalah mengilanngnya juga berubah.

"Dahulu daun teh dipetik dengan tangan. Hari ini mereka menggunakan alat khas bagi membantu mempercepatkan proses itu. Bagaimanapun kualiti setiap daun yang dipetik perlu dijaga dengan teliti," kata wanita yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu.

Sebagai peneraju jenama teh nombor satu negara, tanggungjawab yang dipikul oleh Russell bukan calang-calang. Beliau perlu memastikan produknya sentiasa digemari pengguna selain memenuhi kehendak pengguna baik dari segi kualiti mahupun harga.

"Ketika saya menyertai syarikat ini ia sedang menyambut ulang tahun yang ke-60. Tahun ini Boh menyambut ulang tahun ke-80. Genap dua dekad saya menyertai syarikat ini," kata ibu kepada dua anak yang berumur antara empat hingga enam tahun itu.

Karakter teh

Sebagai seorang ibu dan isteri Russell memberitahu, dia perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

"Dengan jadual kerja yang padat, saya akan pastikan sentiasa berada di sisi anak-anak pada acara penting sekolah mereka," jelasnya.

Meskipun berbangsa Inggeris, namun Russell mengakui Malaysia terlalu dekat di hatinya. "Saya adalah warganegara Malaysia. Begitu juga dengan dua anak saya," ujarnya yang dibesarkan di Kuala Lumpur sehingga umurnya 12 tahun.

Russell kemudian dihantar ke sekolah berasrama di United Kingdom dan kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya.

Dibesarkan dalam keluarga yang menerajui perniagaan teh, Russell mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai teh. Namun Russell amat meminati bidang antropologi dan arkeologi serta pernah bercita-cita mempunyai karier dalam bidang tersebut.

"Saya minat Sejarah tapi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat universiti saya tidak mengambil bidang itu sebaliknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.

"Mungkin ia sudah menjadi darah daging saya. Selepas tamat pengajian saya terus menyertai syarikat dan meneruskan legasi yang ditinggalkan keluarga," katanya.

Apakah pandangan beliau tentang Cameron Highlands dulu dan kini? "Cameron Highlands dahulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Dulu, Cameron Highlands adalah tempat bagi orang Inggeris melarikan diri daripada kesibukan kota bagi menikmati suasana segar dan sejuk. Kini, ia sudah semakin membangun dan terdapat laluan alternatif untuk sampai ke sana," katanya.

Russell juga bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa cuaca di Cameron Highlands tidak sesejuk seperti zaman kecilnya.

Mewarisi perniagaan teh, hidup Russell seakan tidak lengkap tanpa minuman tersebut. Bahkan, lidahnya sudah sebati dengan teh sehingga beliau boleh menentukan sama ada minuman yang diminum itu jenama Boh atau sebaliknya.

DARI kanan: Tristan Russell, Bekas Exco Negeri Pahang, Maznah Mazlan dan Caroline Russell bertemu pada majlis perasmian Pusat Teh Boh di Cameron Highlands tiga tahun lalu.

"Anak-anak saya juga begitu. Setiap teh mempunyai karakter yang berbeza dan unik walaupun ia datang dari ladang yang sama. Kita boleh tahu melalui rasanya.

"Sebab itulah Boh mempunyai pelbagai produk mengikut selera masyarakat tempatan. Ada yang lebih keras rasanya seperti jenama asli Boh dan juga yang lebih ringan seperti Cameronian," katanya.

Cara mengilang, faktor cuaca, tanah dan juga cara pembuatan minuman juga boleh menjejaskan karakter teh tersebut.

"Jika saya menikmati teh di hotel saya tidak dapat membezakan sama ada ia teh Boh atau tidak kerana cara penyediaan di hotel telah merosakkan karakter teh tersebut. Di hotel kebiasaanya mereka menggunakan air yang dipanaskan semula.

"Mereka juga sering meletakkan jag di atas pemanas dan ia dipanaskan berulang kali. Teh sebaiknya dihidangkan dengan air yang baru dimasak," jelas Russell bahawa Boh juga komited dalam usaha melindungi spesies haiwan terancan seperti Orang Utan.

Pertemuan Russell dengan sekumpulan penyelidik di Kinabatangan membuatkan dia berminat dalam melakukan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran ramai mengenai haiwan-haiwan terancam ini.

"Ramai orang mengenali Orang Utan tetapi sejauh mana mereka tahu bahawa habitat haiwan ini semakin terancam dan kita harus membantu memberi haiwan-haiwan ini keselesaan. Tidak ramai juga menyedari usaha-usaha yang dilakukan penyelidik dalam mengkaji spesies ini.

"Banyak program menarik kami sediakan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Sambutannya sangat luar biasa," katanya.

Ayam pun ada perasaan

Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, Zulkifli Idrus mahu orang ramai tahu bahawa kebajikan ayam juga perlu dijaga sepanjang hayatnya. Namun, berapa ramai orang awam dan mereka yang terlibat dalam industri ternakan sedar tentang isu ini?

HIDANGAN ayam yang dimasak apa pun, digoreng, dibuat sup, masak kurma, madu berempah atau masak kari memang sentiasa membangkitkan selera.

Sebagai pengguna, selain isu halal, pernahkan kita terfikir isu kebajikan haiwan ternakan itu sebelum dagingnya dimasak dan sampai ke meja hidangan.

Tayangan video sewaktu syarahan Profesor Dr. Zulkifli Idrus dari Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini membuka mata bagaimana ayam-ayam tersebut dikendalikan sebelum dihantar ke pusat penyembelihan.

Zulkifli bercakap mengenai Kebajikan Haiwan Ternakan Dalam Pertanian Moden: Peluang atau Ancaman? di kampus UPM di Serdang, Selangor.

Video itu menayangkan ayam-ayam ditangkap dengan cara yang kasar dari tempat ternakan dan dicampakkan ke dalam bekas yang tersedia di dalam lori.

Sama ada ayam-ayam itu tersepit, patah sayapnya atau tergolek itu tidak menjadi hal, asalkan matlamat memenuhkan bekas yang disediakan tercapai.

Teknologi yang diperkenal sepatutnya meningkatkan penjagaan kebajikan haiwan ternakan.

Kemudian bekas itu disusun bertingkat-tingkat oleh pekerja di dalam lori sebelum dibawa ke lokasi tertentu berjam-jam lamanya.

Bagi ayam yang kedudukan bekasnya di bahagian tepi, ia mungkin mendapat udara yang selesa tetapi bagaimana pula dengan ayam yang berada di tengah-tengah? Sudahlah tersepit, perjalanan yang panjang dalam keadaan yang tidak selesa, sangat-sangat menyeksakan.

ZULKIFLI turut dikenali sebagai Dr. Dolittle Malaysia.

Sungguhpun rakaman itu bukanlah senario yang berlaku di negara ini, namun dari segi logiknya, kita juga tentu terfikir bagaimana pula dengan ayam-ayam yang diselenggarakan oleh industri ternakan ayam dan itik di Malaysia.

Menurut Zulkifli, kesedaran terhadap penjagaan kebajikan ternakan ladang di Malaysia masih berada pada tahap sifar.

Zulkifli yang turut digelar Dr. Dolittle Malaysia oleh kalangan rakan sekerja berpendapat kesedaran itu perlu melibatkan semua pihak, orang ramai dan mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ternakan.

Kesedaran terhadap kebajikan haiwan ternakan itu perlu ada selagi ia di bawah jagaan kita dan selagi ia hidup.

Begitu jugalah dengan ayam dan itik. Contohnya ayam daging, katakanlah umur ayam itu enam minggu, sebelum disembelih, penternak perlu menjaga kebajikan haiwan ternakan itu semasa hayatnya.

Menunggu masa

Persepsi bahawa ayam-ayam itu akhirnya akan disembelih menyebabkan kebajikannya tidak dipeduli.

“Kenapa perlu jaga? Siapa peduli? Pada saya, ini persepsi yang salah. Sehingga ke akhir hayatnya kita perlu jaga kebajikannya.

DILEMA. Jika sangkar ayam dibesarkan untuk keselesaan haiwan itu, kos akan meningkat.

“Ini yang sering saya tekankan. Jika haiwan tersebut anjing dan kucing peliharaan, kita lihat orang jaga kebajikannya kerana ia menjadi sebahagian daripada keluarga,” katanya.

Beliau turut memberi senario keadaan ayam yang belum disembelih di tempat memproses ayam.

Ayam-ayam itu dibiarkan menunggu dalam tempoh yang lama dalam keadaan tanpa makanan dan air. Haiwan itudibiarkan berhimpit-himpit di dalam bekas yang sempit sehingga tidak boleh bergerak. Malah ada yang mati sebelum disembelih.

Perkara itulah yang perlu difikirkan oleh pengusaha mahupun pengguna, katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana ada negara yang sudah menjadi kebiasaan memasukkan kambing biri-biri yang diikat kaki ke dalam kereta.

“Itulah konsep yang kita nak tukar. Bukan setakat sembelih sahaja cara Islam atau cara betul, tetapi kita mahu dari awal lagi kita mengikut cara Islam,” jelasnya.

PERNAHKAH anda peduli dengan nasib ayam yang selalu anda makan?

Merujuk kepada laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan boleh menghasilkan output ladang yang maksimum.

Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Output yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli, kualiti dan pengurusan makanan/minuman, pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.

Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakkan kerana ia akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit.

Peringkat pembesaran

Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah baik mutunya dan mencukupi.

Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran.

KEBANYAKAN orang hanya tahu menikmati daging ayam yang sudah terhidang.

Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakkan stres dan pembaziran tetapi juga memastikan keseragaman pembesaran.

Teknologi yang diperkenal sepatutnya meningkatkan penjagaan kebajikan haiwan ternakan. Misalnya, perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara.

Jika dilihat kepada peruntukan yang dinyatakan itu, konsep ternakan ladang yang baik akan menghasilkan pulangan yang maksimum.

Namun begitu, adakah implementasinya oleh para penternak mengikut kriteria yang dinyatakan Jabatan Haiwan?

Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi ladang ternakan ayam sama ada yang tertutup ataupun tidak, berapa ramaikah penternak yang mengikuti kriteria itu?

Ayam juga memerlukan ruang lantai yang lebih besar tetapi masih ramai yang membiarkan ayam ternakan berhimpit-himpit di dalam kandang yang sempit, hendak makan terpaksa pijak-memijak sesama sendiri malah hendak air pun terpaksa berebut-rebut.

Ia turut menyumbang kepada penyakit. Misalnya, jangkitan kuman pada tapak kaki ayam yang nampak remeh pada kita, tetapi hakikatnya sangat menyakitkan buat ayam itu.

PROSES penyembelihan yang tidak sempurna boleh menyakitkan haiwan itu.

Zulkifli berkata, isu kebajikan ayam ini tidak begitu ditekankan di negara-negara Dunia Ketiga dan negara miskin seperti di Asia Tenggara dan Afrika.

Di negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom, misalnya, isu ini merupakan perkara yang besar.

Ia menjadi perkara kecil bagi negara-negara yang sedang membangun kerana keutamaan mereka adalah untuk menyediakan sumber makanan yang mencukupi bagi rakyat mereka, jadi tiada ruang untuk memikirkan kebajikan haiwan ternakan, katanya.

“Di Malaysia, kesedaran itu perlu ada kerana kita sudah mencapai taraf negara membangun. Kita boleh lihat ada banyak NGO (pertubuhan bukan kerajaan) memperjuang isu haiwan peliharaan dan juga haiwan di dalam zoo, tetapi belum ada lagi NGO yang memperjuangkan kebajikan haiwan ternakan.

“Kita perlu tahu bahawa tanggungjawab tersebut bukan hanya terletak di bahu penternak.

“Pengguna juga perlu main peranan. Jika mahu penternak ambil inisiatif, pengguna juga perlu sanggup bersama-sama menanggung kos yang dihadapi oleh penternak,” katanya.

Isu ini, kata Zulkifli, bukanlah isu yang mengancam industri atau isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang industri.

“Orang industri mungkin marah kerana seolah-olah menyusahkan dia. Kalau ini tidak boleh, itu tidak boleh dan kena luaskan kandang pula, tentu mereka tidak suka.

“Tetapi dari segi kos, memang tidak adil. Jika sangkar ayam diluaskan, harga telur akan naik. Tetapi pengguna juga tidak boleh biarkan penternak tanggung keseluruhan kos. Pengguna juga perlu bersedia untuk bayar lebih,” katanya.

AYAM juga perlukan rawatan.

Negara-negara EU meletakkan label pada telur dan daging ayam yang diternak dengan cara yang berbeza. Bagi yang miskin, kebajikan ayam jadi perkara kedua. Tetapi bagi yang mampu, mereka akan membelinya.

“Ia samalah dengan konsep telur Omega 3 di Malaysia, orang yang mampu akan membelinya. Pilihan sebenarnya di tangan pengguna.

“Kita mahu mereka yang berkemampuan seperti doktor, peguam dan profesional lain ada pengetahuan dan kesedaran tentang isu ini. Barulah kebajikan haiwan ternakan ini dapat ditingkatkan.

“Mungkin ramai yang ambil mudah. Ayam... apalah sangat. Tapi kita perlu ingat, ayam juga ada perasaan, rasa sakit dan derita.

“Saya yakin menerusi pendidikan yang berterusan, kesedaran ramai terhadap isu ini akan meningkat,” katanya. – Bernama

Kartunis hina nabi diserang

Westergaard

POLIS Denmark kelmarin menembak seorang lelaki Somalia kerana menyerang kartunis kontroversi, Kurt Westergaard, yang pernah menghina Nabi Muhammad di rumahnya di Aarhus, 157 kilometer dari sini.

Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Somalia, al-Shabab dan rangkaian militan al-Qaida di Afrika, kata ketua agensi perisikan Denmark, Jakob Scharf di sini semalam.

Westergaard, 74, mencetuskan kontroversi pada 2005 apabila melakarkan kartun menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dengan memakai serban berbentuk bom menerusi akhbar Jyllands-Posten.

Ketika kejadian, dia sempat membunyikan penggera dan polis yang tiba dua minit kemudian menembak lutut dan tangan suspek yang bersenjatakan sebilah kapak dan pisau.

Sumber: Agensi

Sunday, January 17, 2010

Bakar mayat dalam tong sampah

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/17/2010 08:17:00 AM 0 comments

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/17/2010 07:55:00 AM 0 comments

Friday, January 15, 2010

Objek misteri hentam bumi

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/15/2010 05:58:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan objek misteri (dalam bulatan) dilihat dari Balai cerap

Skylive-Grove di New South Wales, Australia.

SYDNEY - Beberapa saintis kehilangan punca untuk mengenal pasti satu objek misteri yang bergerak amat laju semasa melintasi bumi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Objek yang dinamakan 2010 AL30 itu cuma bersaiz antara 10 meter hingga 15 meter dan ia dipercayai tidak menyebabkan kemusnahan besar semasa menghentam bumi.

Ia turut dilihat oleh beberapa ahli astronomi di Amerika Syarikat (AS).

Dua saintis Itali, Ernesto Guido dan Giovanni Sostero berkata, objek tersebut mungkin sampah angkasa.

Ruang angkasa sekitar bumi dicemari berbilion-bilion sampah angkasa pelbagai saiz termasuk serpihan roket dan satelit sejak bekas Kesatuan Soviet melancarkan roket Sputnik One 53 tahun lalu.

Namun, seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan objek itu mungkin sebutir tahi bintang kecil berdasarkan laluan yang lebih hampir dengan planet Marikh dan Zuhal.

Sumber: Agensi

500,000 dipercayai maut

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/15/2010 05:55:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan kemusnahan di Port-au-Prince, Haiti kelmarin.

PORT-AU-PRINCE - Permulaan yang dahsyat baru sahaja bermula di Haiti selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di bandar ini pada Selasa lalu.

Penduduk mula mencari mayat mangsa di celah runtuhan dan mencari tempat berlindung di padang terbuka dan stadium apabila ribuan bangunan dipercayai runtuh.

Perdana Menteri Haiti, Jean Max Bellerive menyatakan jumlah kematian mungkin melebihi 100,000 manakala Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menyatakan tiga juta orang mungkin menerima kesan.

Seorang ahli politik Haiti, Senator Youri Latortue menyatakan angka kematian mungkin meningkat setinggi 500,000 orang.

Angka kematian sebenar masih belum diperoleh kerana kerja-kerja mencari mayat sedang dilakukan.

Beberapa kumpulan wanita menyanyi lagu keagamaan dalam suasana gelap dan berdoa untuk mangsa yang mati.

Seorang lelaki menjerit ke arah beberapa pemberita dalam bahasa Inggeris dan menyatakan: "Terlalu ramai orang yang mati. Kami memerlukan bantuan antarabangsa. Tidak ada perkhidmatan kecemasan, tidak ada makanan, tidak ada telefon, tidak ada air dan tiada ada apa-apa pun."

Sebahagian penduduk Haiti bertindak mencuri barang-barang bekalan makanan di kedai-kedai yang rosak.

Sumber: Agensi

SEORANG lelaki yang terperangkap menunggu untuk diselamatkan di Port-au-Prince kelmarin.

SEORANG kanak-kanak yang cedera termenung di Port-au-Prince.

Pakar nuklear Iran dibom guna kaedah Zionis

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/15/2010 05:52:00 AM 0 comments

SEBAHAGIAN orang mengusung jenazah Massoud untuk dikebumikan di Teheran semalam.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan bom yang berlaku ke atas seorang pakar saintis nuklear Iran di sini menggunakan kaedah serangan rejim Zionis, kata satu laporan.

"Kita dapat lihat tahap dendam musuh dalam cara dia (saintis) dibunuh.

"Kaedah pengeboman itu seperti dilakukan oleh Zionis," kata Mahmoud seperti dipetik oleh agensi berita Mehr.
 
Saintis itu, Massoud Ali Mohammadi, meninggal dunia apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan dengan alat kawalan jauh ketika saintis tersebut sedang meninggalkan rumah pada pagi Selasa lalu di Teheran.

"Beliau ialah seorang profesor universiti yang beriman dan berkhidmat untuk rakyatnya," kata Mahmoud.

"Pihak musuh yang membunuh elit kami tidak mampu untuk membawa lari maklumat dari negara Iran," katanya.

Beberapa pegawai Iran menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perkhidmatan perisikan Mossad milik Israel mendalangi serangan bom itu.

Sumber: AFP

Mumia wanita 4,000 tahun diimbas

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/15/2010 05:49:00 AM 0 comments

BECKETT (kiri) membalut tubuh mumia wanita di Muzium Barnum, Bridgeport pada Selasa lalu.

BRIDGEPORT - Sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) kini menggunakan teknologi imbasan terbaru untuk menganalisis satu mumia wanita dari Mesir dalam usaha merungkai rahsia kehidupan di zaman purba.

Antara jawapan yang dicari termasuk sama ada satu paket misteri dalam mumia itu merupakan persembahan kepada dewa-dewa bagi membantu wanita tersebut di alam kehidupan selepas mati.

Beberapa penyelidik itu berkata, imbasan yang dilakukan di Universiti Quinnipiac di sini semalam turut berperanan untuk menentukan usia mumia dan mengenal pasti sama ada si mati pernah melahirkan anak.

"Setiap mumia mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap maklumat yang diperoleh dapat membantu kami untuk lebih memahami dunia Mesir purba," kata pengarah bersama Institut Bioantropologi Universiti Quinnipiac, Ronald Beckett.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai bukan berasal daripada keturunan bangsawan kerana analisis gigi mendapati dia makan makanan yang dimakan penduduk bukan bangsawan pada zaman itu.

Mumia itu yang dikenali sebagai Pa-Ib dan dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun sebelum ini disimpan di Muzium Barnum di sini sejak tahun 1890-an.

Ia dihantar ke kampus universiti berkenaan dengan diiringi kawalan ketat polis.

Sumber: AP

Wednesday, January 13, 2010

AS salah serang Iraq - Suruhanjaya Belanda

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/13/2010 07:10:00 AM 0 comments

DAVIDS menunjukkan laporan penyiasatan perang Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di The Hague, Belanda semalam.

THE HAGUE, Belanda - Pencerobohan ke atas Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003 jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata satu suruhanjaya bebas semalam yang menyiasat sokongan politik Belanda berhubung tindakan kontroversi itu.

"Tiada asas yang kukuh bagi pencerobohan itu," kata pengerusi suruhan jaya berkenaan, Willibrord Davids kepada pemberita di sini.

Dalam laporannya, suruhanjaya itu menyatakan, Resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan bermakna mana-mana negara anggota PBB diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan tentera bagi memaksa Iraq mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.

Resolusi Majlis Keselamatan itu yang diluluskan pada 2002, memberi peluang terakhir supaya Baghdad mematuhi tuntutan PBB dengan memusnahkan senjata pemusnah miliknya.

Suruhanjaya sama turut mendapati agensi perisikan Belanda tidak mempunyai bukti kukuh bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah iaitu alasan utama AS untuk menyerang negara berkenaan.

Davids pernah menjadi Presiden Mahkamah Agung Belanda.

Sehingga kini tiada senjata pemusnah pernah ditemui di Iraq seperti didakwa Barat.

Suruhanjaya itu, yang memulakan tugas pada Mac tahun lalu, ditubuhkan oleh kerajaan susulan tekanan pembangkang dan awam berhubung dakwaan sebelum ini bahawa terdapat pihak yang sengaja menyembunyikan maklumat penting bagi mengabui Parlimen Belanda supaya menyokong AS.

Walaupun gagal mendapat maklumat perisikan terperinci, Parlimen Belanda memutuskan untuk menyokong serangan tersebut dengan menghantar 1,100 askar ke Iraq pada Julai 2003.

Pada bulan lalu, seorang bekas penyiasat senjata PBB memberitahu, bekas presiden AS, George W. Bush dan bekas perdana menteri Britain, Tony Blair memejamkan mata berhubung kekurangan bukti kukuh bagi menyerang Iraq.

Mereka sebaliknya berusaha mengabui mata rakyat dengan berulang kali menuduh bekas presiden Iraq, Saddam Hussein sebagai ancaman kepada dunia.
Sumber: AFP

Sunday, January 10, 2010

Dua penjenayah ditembak mati

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/10/2010 07:02:00 AM 0 comments

BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan dua
penjenayah ditembak mati di Sungai Bakap, Pulau Pinang semalam.

NIBONG TEBAL - Dua penjenayah yang sangat-sangat dikehendaki mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tasek, Sungai Bakap di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, kedua-dua penjenayah yang masing-masing berusia 25 tahun dan 40-an itu bukan sahaja melepaskan tembakan tetapi juga cuba melempar sebutir bom tangan ke arah polis.

Bagaimanapun bom itu tidak meletup dan tersangkut pada pintu sebelum bergolek semula ke dalam kereta jenis Nissan Sentra yang mereka naiki.

Empat bas hangus dibakar

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/10/2010 06:59:00 AM 0 comments

PUVANESVARI mengutip barangan jualannya yang rosak di hadapan empat buah bas yang hangus dibakar di Stesen Bas Medan Kidd, Ipoh semalam.

IPOH - Dua buah syarikat bas melaporkan kerugian ratusan ribu ringgit apabila empat buah bas henti-henti milik mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai angkara khianat awal pagi semalam.
Kejadian pukul 3.30 pagi di Stesen Bas Medan Kidd di sini itu melibatkan tiga buah bas milik Reliance Omnibus Company Sdn. Bhd. (Reliance Omnibus) manakala sebuah lagi milik Kinta Omnibus Company Sdn. Bhd. (Kinta Omnibus).
Turut terbakar ialah kaunter tiket Reliance Omnibus dan sebahagian daripada tingkat dua stesen bas tersebut yang menempatkan pejabat syarikat bas terbabit.
Selain itu, sebuah gerai menjual kacang putih milik L. Puvanesvari, 46, yang baru tiga hari beroperasi turut terbakar.

Saturday, January 9, 2010

Mayat model ditemui dalam tong sampah

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/09/2010 06:23:00 AM 0 comments

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan tempat mayat Paula ditemui di North Miami, Florida beberapa jam selepas kehilangannya dilaporkan pada Ahad lalu.

MIAMI - Mayat model majalah lucah Playboy, Paula Sladewski yang berumur 26 tahun ditemui dalam sebuah tong sampah di Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebelum ini bercuti bersama kekasihnya, Kevin Klym di bandar itu.

Kali terakhir dia dilihat ialah pada pukul 7 petang pada waktu tempatan beberapa jam selepas dia bergaduh dengan kekasihnya yang berumur 34 tahun.

Pasangan itu menyaksikan konsert penyanyi Lady Gaga pada sambutan tahun baru sebelum pergi ke kelab malam dan bar.

Mereka dilihat bergaduh di sebuah kelab malam pada awal pagi Ahad lalu.

Klym diarah keluar dari kelab tersebut manakala model itu dibenarkan berada di dalamnya walaupun dia terlalu mabuk.

Lelaki itu kemudian kembali ke hotel Miami Beach dan memberitahu polis bahawa kali terakhir dia melihat Paula ialah di kelab berkenaan.

Klym memfailkan kehilangan kekasihnya itu pada Ahad lalu.

Beberapa jam kemudian, seorang orang awam melaporkan kepada polis bahawa sebuah tong sampah terbakar di belakang sebuah jalan di North Miami dan mayat model Playboy itu kemudiannya ditemui.

Pengesahan identitinya dibuat kelmarin.

Seorang jurucakap polis, Leftenan Neal Cuevas berkata, mayatnya sukar dikenal pasti semasa ditemui.

Punca kematiannya masih disiasat. - Agensi

Akhbar Norway siar semula kartun Nabi Muhammad

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/09/2010 06:20:00 AM 0 comments

OSLO - Akhbar Norway, Aftenposten semalam menerbitkan semula kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh Kurt Westergaard (gambar).

Sebelum ini, Westergaard menjadi mangsa percubaan membunuh oleh seorang lelaki di Denmark.

Dalam satu artikel di akhbar itu, ia menyiarkan satu daripada 12 kartun yang dilukis oleh Westergaard iaitu seorang pelukis kartun Denmark.

Kartun itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia apabila akhbar Jyllands-Posten menyiarkannya buat kali pertama pada 2005.

Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Somalia menceroboh rumah pelukis itu dengan menjerit untuk membalas dendam sebelum anggota polis menembak dan menangkapnya.

Menurut editor akhbar itu, Hilde Haugsgjerd, penyiaran kartun itu dianggap wajar kerana ia merupakan punca kejadian tersebut berlaku.

Sumber: AFP

Tuesday, January 5, 2010

Teh darah daging Russell

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/05/2010 06:54:00 AM 0 comments

Meneruskan legasi datuknya, John Archibald (J.A) Russell membuka ladang dan perniagaan teh, Caroline Russell mempunyai impian supaya Boh terus menjadi minuman kebanggaan rakyat Malaysia.

SEJAK kecil teh bukan asing dalam hidupnya. Walaupun baru berumur setahun jagung, Caroline Russell sudah pandai membezakan rasa teh di hujung lidahnya.

Sehingga kini apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan akan dimulakan dengan secawan teh yang diminum bersama susu segar tanpa gula.

Wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu merupakan waris ketiga keluarga pemilik ladang teh sejak dimulakan oleh datuknya John Archibald (J.A) Russell pada tahun 1927.

Semasa kecil Russell dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Bapanya, Tristan Russell akan membawa Caroline dan abangnya ke ladang teh di Cameron Highlands sekerap mungkin. Di Cameron, mereka menginap di sebuah banglo yang dibina sekitar tahun 1930-an.

SETIAP teh mempunyai rasa dan aroma yang berbeza.

"Saya gemar bermain di ladang teh. Ketika itu saya mempunyai seekor kuda dan saya akan menunggangnya mengelilingi ladang setiap petang," ujar Russell mengimbas memori zaman kecilnya.

Menyingkap sejarah kewujudan ladang teh di Malaysia, ia bermula apabila J.A Russell yang ketika itu berusia tujuh tahun tiba di Malaysia pada tahun 1890 bersama bapanya.

Mendapat pendidikan di England, sekembalinya J.A Russell ke Malaysia dia bekerja dengan Straits Trading Company. Lebih istimewa, dia fasih berbicara dalam lima dialek bahasa termasuk bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Setelah terlibat dalam perusahaan getah, perlombongan dan pembukaan kawasan-kawasan baru, J.A melihat potensi teh sebagai hasil tanaman yang mampu menjana ekonomi Tanah Melayu yang ketika itu dijana oleh getah dan bijih timah.

RUSSELL bercita-cita mahu menjadikan jenama teh Boh minuman nombor satu di Malaysia.

Berbekalkan sebuah jentera penggelek, beberapa pekerja dan beberapa pedati J.A dan penanam teh veteran dari Ceylon, A.B. Milne mengubah hutan di Cameron Highlands menjadi ladang teh pertama Malaysia.

J.A meninggal dunia pada tahun 1933 ketika umurnya 50 tahun. Perniagaan beliau diambil alih oleh anak lelakinya Tristan Russell. Hari ini ia diwarisi oleh Caroline Russell. Russell menyertai Boh ketika syarikat itu telah pun stabil.

Kerja keras

"Saya tidak menjawat jawatan tinggi ketika menyertai syarikat ini, sebaliknya saya bekerja di bahagian pemasaran selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari University of Edinburgh, Scotland," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun 1998, Russell dilantik sebagai pengurus besar syarikat sebelum menjawat jawatan sebagai ketua pengawai eksekutif lima tahun kemudian. "Walaupun mewarisi perniagaan datuk, namun sama seperti pekerja lain saya bekerja keras untuk sampai ke tahap ini," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boh Plantations Sdn. Bhd. itu tanpa berselindung.

Sepanjang lebih dua dekad menerajui syarikat tersebut, Russell telah membuka sebuah ladang teh di Sungai Palas, Cameron Highlands. Sebelum ini Boh Plantations memiliki ladang di Habu dan Fairlie, Cameron Highlands.

SALAH satu pemandangan menarik di Pusat Teh Boh Boh, ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands.

Seiring dengan perubahan zaman, Russell mengakui penggunaan alat bantuan memetik daun teh sehinggalah mengilanngnya juga berubah.

"Dahulu daun teh dipetik dengan tangan. Hari ini mereka menggunakan alat khas bagi membantu mempercepatkan proses itu. Bagaimanapun kualiti setiap daun yang dipetik perlu dijaga dengan teliti," kata wanita yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu.

Sebagai peneraju jenama teh nombor satu negara, tanggungjawab yang dipikul oleh Russell bukan calang-calang. Beliau perlu memastikan produknya sentiasa digemari pengguna selain memenuhi kehendak pengguna baik dari segi kualiti mahupun harga.

"Ketika saya menyertai syarikat ini ia sedang menyambut ulang tahun yang ke-60. Tahun ini Boh menyambut ulang tahun ke-80. Genap dua dekad saya menyertai syarikat ini," kata ibu kepada dua anak yang berumur antara empat hingga enam tahun itu.

Karakter teh

Sebagai seorang ibu dan isteri Russell memberitahu, dia perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

"Dengan jadual kerja yang padat, saya akan pastikan sentiasa berada di sisi anak-anak pada acara penting sekolah mereka," jelasnya.

Meskipun berbangsa Inggeris, namun Russell mengakui Malaysia terlalu dekat di hatinya. "Saya adalah warganegara Malaysia. Begitu juga dengan dua anak saya," ujarnya yang dibesarkan di Kuala Lumpur sehingga umurnya 12 tahun.

Russell kemudian dihantar ke sekolah berasrama di United Kingdom dan kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya.

Dibesarkan dalam keluarga yang menerajui perniagaan teh, Russell mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai teh. Namun Russell amat meminati bidang antropologi dan arkeologi serta pernah bercita-cita mempunyai karier dalam bidang tersebut.

"Saya minat Sejarah tapi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat universiti saya tidak mengambil bidang itu sebaliknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.

"Mungkin ia sudah menjadi darah daging saya. Selepas tamat pengajian saya terus menyertai syarikat dan meneruskan legasi yang ditinggalkan keluarga," katanya.

Apakah pandangan beliau tentang Cameron Highlands dulu dan kini? "Cameron Highlands dahulu dan sekarang memang banyak perbezaannya. Dulu, Cameron Highlands adalah tempat bagi orang Inggeris melarikan diri daripada kesibukan kota bagi menikmati suasana segar dan sejuk. Kini, ia sudah semakin membangun dan terdapat laluan alternatif untuk sampai ke sana," katanya.

Russell juga bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa cuaca di Cameron Highlands tidak sesejuk seperti zaman kecilnya.

Mewarisi perniagaan teh, hidup Russell seakan tidak lengkap tanpa minuman tersebut. Bahkan, lidahnya sudah sebati dengan teh sehingga beliau boleh menentukan sama ada minuman yang diminum itu jenama Boh atau sebaliknya.

DARI kanan: Tristan Russell, Bekas Exco Negeri Pahang, Maznah Mazlan dan Caroline Russell bertemu pada majlis perasmian Pusat Teh Boh di Cameron Highlands tiga tahun lalu.

"Anak-anak saya juga begitu. Setiap teh mempunyai karakter yang berbeza dan unik walaupun ia datang dari ladang yang sama. Kita boleh tahu melalui rasanya.

"Sebab itulah Boh mempunyai pelbagai produk mengikut selera masyarakat tempatan. Ada yang lebih keras rasanya seperti jenama asli Boh dan juga yang lebih ringan seperti Cameronian," katanya.

Cara mengilang, faktor cuaca, tanah dan juga cara pembuatan minuman juga boleh menjejaskan karakter teh tersebut.

"Jika saya menikmati teh di hotel saya tidak dapat membezakan sama ada ia teh Boh atau tidak kerana cara penyediaan di hotel telah merosakkan karakter teh tersebut. Di hotel kebiasaanya mereka menggunakan air yang dipanaskan semula.

"Mereka juga sering meletakkan jag di atas pemanas dan ia dipanaskan berulang kali. Teh sebaiknya dihidangkan dengan air yang baru dimasak," jelas Russell bahawa Boh juga komited dalam usaha melindungi spesies haiwan terancan seperti Orang Utan.

Pertemuan Russell dengan sekumpulan penyelidik di Kinabatangan membuatkan dia berminat dalam melakukan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran ramai mengenai haiwan-haiwan terancam ini.

"Ramai orang mengenali Orang Utan tetapi sejauh mana mereka tahu bahawa habitat haiwan ini semakin terancam dan kita harus membantu memberi haiwan-haiwan ini keselesaan. Tidak ramai juga menyedari usaha-usaha yang dilakukan penyelidik dalam mengkaji spesies ini.

"Banyak program menarik kami sediakan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Sambutannya sangat luar biasa," katanya.

Monday, January 4, 2010

Ayam pun ada perasaan

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/04/2010 06:33:00 AM 0 comments

Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, Zulkifli Idrus mahu orang ramai tahu bahawa kebajikan ayam juga perlu dijaga sepanjang hayatnya. Namun, berapa ramai orang awam dan mereka yang terlibat dalam industri ternakan sedar tentang isu ini?

HIDANGAN ayam yang dimasak apa pun, digoreng, dibuat sup, masak kurma, madu berempah atau masak kari memang sentiasa membangkitkan selera.

Sebagai pengguna, selain isu halal, pernahkan kita terfikir isu kebajikan haiwan ternakan itu sebelum dagingnya dimasak dan sampai ke meja hidangan.

Tayangan video sewaktu syarahan Profesor Dr. Zulkifli Idrus dari Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini membuka mata bagaimana ayam-ayam tersebut dikendalikan sebelum dihantar ke pusat penyembelihan.

Zulkifli bercakap mengenai Kebajikan Haiwan Ternakan Dalam Pertanian Moden: Peluang atau Ancaman? di kampus UPM di Serdang, Selangor.

Video itu menayangkan ayam-ayam ditangkap dengan cara yang kasar dari tempat ternakan dan dicampakkan ke dalam bekas yang tersedia di dalam lori.

Sama ada ayam-ayam itu tersepit, patah sayapnya atau tergolek itu tidak menjadi hal, asalkan matlamat memenuhkan bekas yang disediakan tercapai.

Teknologi yang diperkenal sepatutnya meningkatkan penjagaan kebajikan haiwan ternakan.

Kemudian bekas itu disusun bertingkat-tingkat oleh pekerja di dalam lori sebelum dibawa ke lokasi tertentu berjam-jam lamanya.

Bagi ayam yang kedudukan bekasnya di bahagian tepi, ia mungkin mendapat udara yang selesa tetapi bagaimana pula dengan ayam yang berada di tengah-tengah? Sudahlah tersepit, perjalanan yang panjang dalam keadaan yang tidak selesa, sangat-sangat menyeksakan.

ZULKIFLI turut dikenali sebagai Dr. Dolittle Malaysia.

Sungguhpun rakaman itu bukanlah senario yang berlaku di negara ini, namun dari segi logiknya, kita juga tentu terfikir bagaimana pula dengan ayam-ayam yang diselenggarakan oleh industri ternakan ayam dan itik di Malaysia.

Menurut Zulkifli, kesedaran terhadap penjagaan kebajikan ternakan ladang di Malaysia masih berada pada tahap sifar.

Zulkifli yang turut digelar Dr. Dolittle Malaysia oleh kalangan rakan sekerja berpendapat kesedaran itu perlu melibatkan semua pihak, orang ramai dan mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ternakan.

Kesedaran terhadap kebajikan haiwan ternakan itu perlu ada selagi ia di bawah jagaan kita dan selagi ia hidup.

Begitu jugalah dengan ayam dan itik. Contohnya ayam daging, katakanlah umur ayam itu enam minggu, sebelum disembelih, penternak perlu menjaga kebajikan haiwan ternakan itu semasa hayatnya.

Menunggu masa

Persepsi bahawa ayam-ayam itu akhirnya akan disembelih menyebabkan kebajikannya tidak dipeduli.

“Kenapa perlu jaga? Siapa peduli? Pada saya, ini persepsi yang salah. Sehingga ke akhir hayatnya kita perlu jaga kebajikannya.

DILEMA. Jika sangkar ayam dibesarkan untuk keselesaan haiwan itu, kos akan meningkat.

“Ini yang sering saya tekankan. Jika haiwan tersebut anjing dan kucing peliharaan, kita lihat orang jaga kebajikannya kerana ia menjadi sebahagian daripada keluarga,” katanya.

Beliau turut memberi senario keadaan ayam yang belum disembelih di tempat memproses ayam.

Ayam-ayam itu dibiarkan menunggu dalam tempoh yang lama dalam keadaan tanpa makanan dan air. Haiwan itudibiarkan berhimpit-himpit di dalam bekas yang sempit sehingga tidak boleh bergerak. Malah ada yang mati sebelum disembelih.

Perkara itulah yang perlu difikirkan oleh pengusaha mahupun pengguna, katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana ada negara yang sudah menjadi kebiasaan memasukkan kambing biri-biri yang diikat kaki ke dalam kereta.

“Itulah konsep yang kita nak tukar. Bukan setakat sembelih sahaja cara Islam atau cara betul, tetapi kita mahu dari awal lagi kita mengikut cara Islam,” jelasnya.

PERNAHKAH anda peduli dengan nasib ayam yang selalu anda makan?

Merujuk kepada laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan boleh menghasilkan output ladang yang maksimum.

Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Output yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli, kualiti dan pengurusan makanan/minuman, pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.

Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakkan kerana ia akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit.

Peringkat pembesaran

Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah baik mutunya dan mencukupi.

Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran.

KEBANYAKAN orang hanya tahu menikmati daging ayam yang sudah terhidang.

Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakkan stres dan pembaziran tetapi juga memastikan keseragaman pembesaran.

Teknologi yang diperkenal sepatutnya meningkatkan penjagaan kebajikan haiwan ternakan. Misalnya, perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara.

Jika dilihat kepada peruntukan yang dinyatakan itu, konsep ternakan ladang yang baik akan menghasilkan pulangan yang maksimum.

Namun begitu, adakah implementasinya oleh para penternak mengikut kriteria yang dinyatakan Jabatan Haiwan?

Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi ladang ternakan ayam sama ada yang tertutup ataupun tidak, berapa ramaikah penternak yang mengikuti kriteria itu?

Ayam juga memerlukan ruang lantai yang lebih besar tetapi masih ramai yang membiarkan ayam ternakan berhimpit-himpit di dalam kandang yang sempit, hendak makan terpaksa pijak-memijak sesama sendiri malah hendak air pun terpaksa berebut-rebut.

Ia turut menyumbang kepada penyakit. Misalnya, jangkitan kuman pada tapak kaki ayam yang nampak remeh pada kita, tetapi hakikatnya sangat menyakitkan buat ayam itu.

PROSES penyembelihan yang tidak sempurna boleh menyakitkan haiwan itu.

Zulkifli berkata, isu kebajikan ayam ini tidak begitu ditekankan di negara-negara Dunia Ketiga dan negara miskin seperti di Asia Tenggara dan Afrika.

Di negara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom, misalnya, isu ini merupakan perkara yang besar.

Ia menjadi perkara kecil bagi negara-negara yang sedang membangun kerana keutamaan mereka adalah untuk menyediakan sumber makanan yang mencukupi bagi rakyat mereka, jadi tiada ruang untuk memikirkan kebajikan haiwan ternakan, katanya.

“Di Malaysia, kesedaran itu perlu ada kerana kita sudah mencapai taraf negara membangun. Kita boleh lihat ada banyak NGO (pertubuhan bukan kerajaan) memperjuang isu haiwan peliharaan dan juga haiwan di dalam zoo, tetapi belum ada lagi NGO yang memperjuangkan kebajikan haiwan ternakan.

“Kita perlu tahu bahawa tanggungjawab tersebut bukan hanya terletak di bahu penternak.

“Pengguna juga perlu main peranan. Jika mahu penternak ambil inisiatif, pengguna juga perlu sanggup bersama-sama menanggung kos yang dihadapi oleh penternak,” katanya.

Isu ini, kata Zulkifli, bukanlah isu yang mengancam industri atau isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang industri.

“Orang industri mungkin marah kerana seolah-olah menyusahkan dia. Kalau ini tidak boleh, itu tidak boleh dan kena luaskan kandang pula, tentu mereka tidak suka.

“Tetapi dari segi kos, memang tidak adil. Jika sangkar ayam diluaskan, harga telur akan naik. Tetapi pengguna juga tidak boleh biarkan penternak tanggung keseluruhan kos. Pengguna juga perlu bersedia untuk bayar lebih,” katanya.

AYAM juga perlukan rawatan.

Negara-negara EU meletakkan label pada telur dan daging ayam yang diternak dengan cara yang berbeza. Bagi yang miskin, kebajikan ayam jadi perkara kedua. Tetapi bagi yang mampu, mereka akan membelinya.

“Ia samalah dengan konsep telur Omega 3 di Malaysia, orang yang mampu akan membelinya. Pilihan sebenarnya di tangan pengguna.

“Kita mahu mereka yang berkemampuan seperti doktor, peguam dan profesional lain ada pengetahuan dan kesedaran tentang isu ini. Barulah kebajikan haiwan ternakan ini dapat ditingkatkan.

“Mungkin ramai yang ambil mudah. Ayam... apalah sangat. Tapi kita perlu ingat, ayam juga ada perasaan, rasa sakit dan derita.

“Saya yakin menerusi pendidikan yang berterusan, kesedaran ramai terhadap isu ini akan meningkat,” katanya. – Bernama

Sunday, January 3, 2010

Kartunis hina nabi diserang

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 1/03/2010 11:46:00 AM 0 comments

Westergaard

POLIS Denmark kelmarin menembak seorang lelaki Somalia kerana menyerang kartunis kontroversi, Kurt Westergaard, yang pernah menghina Nabi Muhammad di rumahnya di Aarhus, 157 kilometer dari sini.

Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Somalia, al-Shabab dan rangkaian militan al-Qaida di Afrika, kata ketua agensi perisikan Denmark, Jakob Scharf di sini semalam.

Westergaard, 74, mencetuskan kontroversi pada 2005 apabila melakarkan kartun menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dengan memakai serban berbentuk bom menerusi akhbar Jyllands-Posten.

Ketika kejadian, dia sempat membunyikan penggera dan polis yang tiba dua minit kemudian menembak lutut dan tangan suspek yang bersenjatakan sebilah kapak dan pisau.

Sumber: Agensi

Pendapatan

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget