Pelacur Nafi Mungkir Janji

DE LEON

NEW YORK- Seorang jutawan hartanah di sini mendakwa dia menyelamat seorang wanita daripada kancah pelacuran seperti aksi Richard Gere dalam filem Pretty Woman tetapi dia sebenarnya bapak ayam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh wanita yang menjadi mangsa saman jutawan berkenaan Lindsey De Leon.

"Cuba menyelamat saya daripada menjadi pelacur? Sudah tentu tidak, dia yang menyebabkan saya terjebak menjadi teman sosial," kata De Leon, 26 kepada akhbar New York Post.

Wanita itu menyatakan demikian semasa mendedahkan perilaku sebenar lelaki tersebut, Robert Brot.

Brot, 57 sebelum ini menyaman De Leon bagi menuntut lebih AS$100,000 (RM326,500 ) iaitu wang yang diberikan kepada wanita itu bagi mengubah kehidupannya.

"Brot memberitahu saya, dia akan menunjukkan cara untuk hidup mewah kepada saya. Dia kemudian melakukannya (dengan melacurkan saya)," jelas wanita itu.

Menurut De Leon, Brot membayar sejumlah wang supaya dia berpindah dari kawasan pedalaman di Wyoming ke sini, 'membelanya' di sebuah apartmen dan menghantar iklan di laman pelacuran untuknya.

Brot, katanya, membenarkan dia menggunakan kereta syarikat untuk menemui pelangggan.

De Leon berkata, Brot kemudian mengusirnya dari apartmen tersebut pada Februari tahun lalu, setelah dia bertekad untuk berhenti menjadi pelacur. 

Sumber: Agensi

Pemimpin agama letak jawatan sebab pita seks

BANGALORE - Seorang pemimpin kerohanian India, Paramhamsa Nityananda yang mendakwa memiliki dua juta pengikut di seluruh dunia meletak jawatan semalam selepas polis melancarkan siasatan berhubung pita seks dirinya.

Dia yang berusia 32 tahun menjadi perhatian pelbagai pihak selepas beberapa stesen televisyen menyiarkan rakaman video yang menunjukkan Nityananda sedang membelai dua wanita tidak dikenali di atas katil.

"Saya meletak jawatan sebagai ketua Dhyanapeetam dan di semua cawangan berkaitan namun saya akan terus tinggal dalam kehidupan kerohanian untuk suatu tempoh yang tidak ditetapkan," katanya menerusi siaran video dalam satu laman webnya.

Nityananda cukup popular dan mempunyai ramai pengikut di selatan India. Sebuah pusat aktiviti kerohanian miliknya berpusat dekat bandar raya Bangalore selain 26 buah lagi di serata dunia.

Penduduk kampung tempatan yang marah dengan penyiaran video skandal seks itu pernah menyerang pusat kerohanian kelolaan Nityananda pada 3 Mac lalu sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa memberi perlindungan khas kepadanya.

Bagaimanapun, ramai pengikut Nityananda mendakwa rakaman video tersebut sebagai palsu dan ia dilakukan oleh seseorang yang cemburu dengan popularitinya. 

Sumber: AFP

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh

MAHMOUD

LONDON - Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. 

Sumber: Agensi

Kapal Tentera Korea Selatan Karam

SEORANG wanita di Seoul melihat siaran berita mengenai kapal tentera Korea Selatan karam dibedil torpedo di Laut Kuning semalam.

SEOUL - Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang membawa lebih 100 krew tenggelam semalam selepas disyaki terkena tembakan torpedo jirannya, Korea Utara.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan berkata, operasi menyelamat telah dilakukan tetapi ramai kelasi dikhuatiri terbunuh.

Pihak berkuasa memberitahu, kapal peronda itu mula karam sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan di Laut Kuning.

Ketika kejadian, kapal berkenaan membalas tembakan ke arah sebuah kapal yang tidak dikenal pasti ke arah Korea Utara.

Susulan insiden itu, pemeritah Korea Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan tindakan lanjut. 

Sumber: Agensi

Tiga UFO Di Langit Sydney

GAMBAR yang dirakamkan oleh Hartigan disiarkan oleh sebuah akhbar di Australia semalam yang menunjukkan objek terbang tidak dikenali (dalam bulatan) di langit Sydney.

Seorang wanita, Fiona Hartigan merakamkan gambar yang dipercayai beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar semalam.

Objek berbentuk piring itu muncul di sebalik awan dan menjunam rendah di sebatang jalan raya yang sibuk di sini sebelum memecut ke ufuk barat.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja keluar dari keretanya pada petang Ahad lepas untuk merakamkan gambar matahari terbenam apabila kejadian aneh itu berlaku.

"Semasa saya hendak merakamkan gambar, objek hitam ini (UFO) muncul dan mula bergerak pada jarak kira-kira 800 meter tetapi ia semakin dekat," katanya.

"Setelah berada pada jarak kira-kira 400 meter, dua lagi piring terbang kecil muncul di langit tanpa mengeluarkan bunyi," tambah wanita itu.

Menurutnya, UFO besar itu kemudian memecut ke satu arah manakala dua UFO kecil hilang daripada penglihatan. 

Sumber: Agensi

Bapa Bercakap Dengan Roh Anak

STEVE IRWIN

BRISBANE - Bob Irwin, bapa pemburu buaya dari Australia, mendiang Steve Irwin yang meninggal dunia hampir empat tahun lalu mendakwa bercakap dengan roh anaknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Bob, perbualan dengan anaknya itu berlangsung hasil bantuan seorang pakar psikik ternama, Deb Webber.

Dia memberitahu sebuah majalah Australia, Webber yang menjadi perantara dengan roh itu memberitahunya bahawa Steve bertanya, apakah yang dilakukan oleh Bob terhadap sepasang stoking lama dan topinya yang direnyuk.

"Dia (Steve) menyatakan semuanya baik dan meminta saya tidak bersedih tetapi terus berjuang menjaga nasib haiwan," kata Bob yang juga pengasas Zoo Australia bersama Steve dan kini mengurus sebuah pusat penjagaan haiwan.

Pakar psikik itu berkata, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat dua beranak itu menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.

Steve meninggal dunia semasa berusia 44 tahun selepas jantungnya tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. 

Sumber: Agensi

Potong hidung isteri kerana aibkan mentua

Bibi Aisha menunjukkan telinganya yang rabit di Kabul Afghanistan semalam.

KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya. 

Dalam satu wawancara yang disiarkan televisyen tempatan, mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.

Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya.

Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun.

Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.

Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat dan diberi perlindungan oleh sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang turut mengurus ribuan kes serupa. 

"Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi. 

Sumber: Agensi

Yu paus dua tan ditemui

Orang ramai menyaksikan ikan yu paus yang dinaikkan di Pangkalan Kekal Lestari, Pasir Putih, Kelantan semalam.

Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.

Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.

Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Roket Nasr 1 Iran

NASR 1 merupakan roket jelajah jarak dekat yang dapat memusnahkan sasaran seberat 3,000 tan.

MENTERI pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi memperkenalkan roket pengebom Nasr 1 atau bermaksud kemenangan di sebuah kilang di Teheran kepada orang ramai melalui televisyen.

Senjata baru itu merupakan roket jelajah jarak dekat yang mampu menghancurkan sasaran seberat 3,000 tan.
Iran sering membuat pengumuman tentang kemajuan barunya dalam teknologi tentera yang masih belum dapat disahkan.

Situasi itu meresahkan musuh-musuh Iran terutama Amerika Syarikat yang melihat negara tersebut semakin ghairah menghasilkan senjata perang berteknologi tinggi.

Hak Asasi atau Keselamatan

AGENSI-AGENSI keselamatan seluruh dunia, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengakui keperluan untuk mengesan rangkaian dengan lebih teliti ancaman tersembunyi, sama ada membabitkan pengganas atau tindakan kekerasan individu. 

Justeru, pelbagai pengimbas berteknologi tinggi mula diperkenalkan dengan fokus utama di pintu-pintu masuk sesebuah negara seperti di lapangan terbang. 

Hakikatnya sistem pengimbas berkembang maju seiring dengan keperluan menapis sebarang bentuk peluang untuk menyeludup barangan larangan terutama bahan letupan, senjata api dan dadah daripada dibawa keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara.

Bagaimanapun, penjenayah menggunakan pelbagai tipu helah terutama meletak atau menyembunyikan bahan larangan dalam pakaian di tubuh mereka.

PENUMPANG perlu melalui mesin pengimbas yang dapat mengimbas tubuh dalam masa beberapa saat sahaja.

Adakalanya teknik pengimbasan konvensional gagal mengesan objek-objek tertentu sehingga menyebabkan penyeludup atau penjenayah berjaya meloloskan diri.

Kini, sistem keselamatan lapangan terbang dipertingkatkan lagi dengan pengenalan teknologi millivision iaitu sebuah teknologi yang mengimbas tubuh manusia yang melalui mesin khas itu.

Salah sebuah produk yang diperkenalkan menggunakan sistem itu dikenali sebagai Millivision Portal System 350 yang direka dengan aplikasi mudah dan diletakkan di pos pemeriksaan.

Kebaikan sistem tersebut sudah tentunya ia mampu mengimbas dan mengesan dengan lebih berkesan biarpun objek tertentu disembunyikan di sebalik baju seseorang.

Malah, lebih menarik, dalam masa sejam sahaja, pengimbas enam saat itu dapat mengimbas kira-kira 250 orang dan menggunakan portal dalam talian.

Bagaimanapun, produk Millivision Walk-By System 350 pula dapat mengimbas sehingga 900 orang dalam masa sejam kerana ia menggunakan kaedah laluan dan dilihat menerusi sistem dalam talian.

Satu lagi produk yang diperkenalkan ialah Millivision Stand-Off System 350, sebuah sistem berdiri secara bebas dengan pilihan pelaksanaan imbasan secara terang-terangan mahupun bersembunyi. Ia juga mempunyai kapasiti imbasan yang tinggi iaitu sehingga 900 orang dan mampu mengimbas dalam jarak tiga hingga empat meter.

Apa yang pasti, kita tidak perlu lagi bergantung kepada pengimbas logam biasa atau mengharapkan pegawai pemeriksaan keselamatan melakukan imbasan konvensional.

Bahan-bahan dilarang seperti senjata, pisau seramik dan plastik letupan amat mudah diseludup melalui rutin pengawasan keselamatan biasa.

Teknologi millivision mengambil berat semua kepentingan itu dengan menyediakan sistem yang selamat, tepat dan secara efisien untuk mengesan ancaman atau penyeludupan tersembunyi.

Dalam setiap barisan produk Millivision terdapat Millivision Passive Millimeter Wave Imager yang menggunakan teknologi gelombang millimeter pasif sebagaimana alat pengesan ancaman automatik (ATD) yang dipatenkan. 

Pengimejan itu dapat dilaksanakan dalam satu daripada tiga konfigurasi tersebut iaitu Millivision Portal System 350, Millivision Walk-by System 350, dan Millivision Stand-off System 350.

Teknologi pengimbas itu dikatakan mampu melihat di sebalik baju untuk mengesan senjata api dan barangan berbahaya, malah lebih penting tidak lagi memerlukan seseorang membuka baju atau membiarkan tubuh diraba oleh pegawai pemeriksaan yang menjadi satu isu di kalangan wanita.

Bagaimanapun, timbul satu lagi isu sensitif apabila teknologi terbaru pengimbasan tersebut menyebabkan ia boleh mengimbas lebih jelas bentuk badan seseorang di sebalik baju sehingga menyebabkan ramai yang melihat ia seperti satu pencabulan hak asasi seseorang.

Isu sensitif

Penulis EE Times, Dylan McGrath dalam laporannya tiga tahun lalu berkata, pengkaji teknologi gelombang millimeter dari Northrop-Grumman membangunkan teknologi itu yang membolehkan sebuah kamera yang kecil melihat objek yang ada di dalam baju yang dikenali sebagai teknologi Passive Millimeter Wave.

Berdasarkan maklumat yang disediakan oleh penganjur International Solid-State Circuits Conference (ISSCC), kehebatan teknologi itu ialah ia juga dapat melihat melalui salji yang lebat.
Passive Millimeter Wave membabitkan penguat berfrekuensi tinggi yang mencapai sehingga 300 gigahertz dan kebolehan pengesan merasakan serta memproses kadar kuasa picowatt.

KEBANYAKAN lapangan terbang masih menggunakan teknik pengimbasan konvesional.

Berdasarkan pihak penganjur ISSCC, operasi frekuensi itu memerlukan penggunaan teknologi indium-phosphide (InP) dengan saiz ciri 75- dan 35-nanometer, sebagaimana kebolehan pengesan memproses pemancar gelombang millimeter.

Penguat yang digunakan dalam Passive Millimeter Wave dibina dengan mobiliti transistor InP berelektron tinggi dan digunakan di hadapan kamera pengimejan pasif. Maklumat ISSCC mengatakan teknologi itu memaparkan hanya imej kelabu tetapi penyokong hak peribadi berfikir sebaliknya, apatah lagi teknologi itu mampu melihat di sebalik baju dengan jelas.

Mereka bimbang sekiranya teknologi itu berkembang dan kualiti gambar-gambar ditingkatkan, bahkan sekiranya foto itu disalahgunakan di Internet, ia boleh menjadi satu isu yang lebih besar.

Pihak penganjur ISSCC menggambarkan teknologi itu seperti yang digunakan dalam filem Total Recall lakonan Arnold Schwarzenegger di mana penumpang diimbas secara elektronik melalui baju untuk melihat senjata api atau sebarang ancaman tersembunyi.

Otak Manusia Mengecil

GAMBAR tiga dimensi (3-D) replika otak 28,000 tahun lalu menunjukkan ia 20 peratus lebih besar berbanding otak manusia sekarang.

PARIS - Otak manusia semakin mengecil, kata beberapa saintis yang membina semula replika tengkorak berusia 28,000 tahun yang ditemui di Perancis. 

Satu pasukan saintis menyatakan otak manusia itu 20 peratus lebih besar berbanding sekarang. 

Tengkorak berusia 28,000 tahun itu dikenali sebagai Cro Magnon 1 iaitu nama yang diambil sempena sebuah gua di Dordogne iaitu lokasi ia ditemui. Kajian itu menunjukkan bahawa otak manusia menjadi semakin efisien seperti komputer yang saiznya kian kecil. 

Projek itu mencetuskan persoalan iaitu: "Sekiranya kepala manusia mula mengecut, kenapakah ia berlaku?," lapor sebuah akhbar semalam.

Cro Magnon 1 disimpan di Muzium Nasional Sejarah Alam Semulajadi Perancis di Paris sejak ia ditemui bersama lima rangka manusia pada 1868. 

Tengkorak itu milik seorang lelaki yang memiliki tubuh yang sempurna dan setinggi 1.8 meter. Beberapa teori timbul untuk menerangkan misteri pengecilan otak. 

Salah satunya ialah kepala bersaiz besar perlu bagi kehidupan manusia paleolitik awal dalam cuaca sejuk dan terlibat dalam aktiviti luar rumah. 

Sumber: Agensi

Ikan Bertubuh Sasa

LONDON - Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan trout yang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai 'otot' seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island. 

Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa. 

Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya. 

Sumber: Agensi

Garam Kena Haram

PENGHASILAN garam banyak terdapat di kawasan pantai yang kering.

RIBUAN restoran di sini bakal dikenakan hukuman denda AS$1,000 (RM3,310) setiap kali menggunakan garam dalam hidangan untuk pelanggan ekoran pengenalan rang undang-undang baru oleh seorang wakil rakyat, Felix Ortiz.

Langkah drastik itu ekoran 1.5 juta penduduk bandar raya itu menderita penyakit tekanan darah tinggi dan menyebabkan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg melancarkan kempen menggalakkan masyarakat kurang mengambil garam.

Namun, langkah itu dibantah ramai tukang masak yang membentuk kumpulan dikenali MakananKu, PilihanKu, dan mendakwa, hukuman tersebut sepatutnya disabitkan ke atas restoran makanan segera yang banyak meletakkan garam.

"Jika secubit garam pun haram, kami yakin ramai pelanggan tidak akan datang lagi, padahal selama ini pelanggan boleh meminta garam dikurangkan atas sebab kesihatan," kata seorang bintang program Top Chef, Tom Colicchio. 

Sumber: Agensi

Jamuan Tengahari Terpanjang di Dunia

SEJUMLAH orang menikmati makanan percuma pada jamuan makan tengah hari terpanjang
di Melbourne semalam.

MELBOURNE - Seramai 5,000 orang makan tengah hari di meja sepanjang 400 meter dengan melibatkan 900 pelayan di sini semalam.

Acara itu dikenali sebagai jamuan makan tengah hari paling panjang di dunia yang diadakan sempena Festival Makanan Melbourne di Australia.

Ia merupakan majlis kebajikan hasil inisiatif Pertubuhan Hospitaliti, Pekerjaan dan Latihan yang dianjurkan untuk membantu golongan yang merempat. 

Sumber: Agensi

Hujan Burung

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.

BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.
Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.

Sumber: Agensi

Pembunuh perdaya 6,000 wanita

GAMBAR menunjukkan antara gadis yang menjadi rakan Chapman di sebuah laman web perkongsian sosial.

LONDON - Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet, seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000 wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Chapman yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000 rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti Facebook dan Bebo.

Menamakan dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun, bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.

Dia berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut. 

Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian. 

Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.

Ashleigh ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall." 

Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya. 

Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur. 

Bagi membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada 10'. 

Seorang gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10." 

Malah, ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada malam pertama berjumpa dengan saya?

"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?" 

Seorang ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.

"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.

Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya. 

"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun." 

Seorang lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks bersama. 

"Saya memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya. 

Semalam, Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi Internet, selain menjadi lebih berhati-hati. 

Ibu Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks. 

Ibu kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi. 

Beliau mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih setahun. 

"Saya sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea. 

Sumber: Agensi

Kapal dipukul ombak gergasi misteri

KAPAL Louis Majesty berlabuh di sebuah pelabuhan di Barcelona semalam.

BARCELONA - Dua orang maut, banyak kabin dibanjiri air, tingkap-tingkap sebuah restoran pula pecah manakala ramai penumpang diselubungi ketakutan selepas sebuah kapal persiaran di Laut Mediterranean dipukul tiga ombak gergasi misteri, kata seorang penumpang, Calude Cremex semalam.

Cremex, 73, dari Marseille, Perancis berkata, dia sedang berehat di kabinnya kerana laut bergelora apabila ombak-ombak gergasi itu menghentam kapal persiaran Louis Majesty yang membawa 1,350 penumpang dan 580 krew di kawasan pesisir timur laut Sepanyol ketika ia dalam perjalanan dari Barcelona menuju ke Genoa, Itali kelmarin.

Pemilik kapal itu, syarikat Louis Cruise Lines memberitahu, kapal berkenaan dihentam tiga ombak gergasi lebih 10 meter tinggi yang memecahkan banyak tingkap kaca bahagian hadapan.

Menurut kenyataan syarikat itu, seorang penumpang warga Jerman dan Itali maut akibat terkena serpihan kaca dan dihempap perabut manakala 14 yang lain pula cedera ringan.

Cremex berkata, dia tidak melihat ombak tersebut tetapi menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku selepas itu.

"Kesan ombak itu dahsyat," katanya semasa kapal berkenaan berlabuh di sebuah pelabuhan di Barcelona sehari selepas kejadian.

"Air melimpah masuk. Banyak kabin dibanjiri," kata Cremex yang melancong bersama isterinya.

Jurucakap Louis Cruise Lines, Michael Maratheftis berkata, semua 1,350 penumpang itu akan dihantar pulang dengan pesawat manakala kapal itu akan meneruskan pelayaran seperti biasa setelah kerja pembaikan selesai hujung bulan ini.

"Ombak kedua dan ketiga menyebabkan kemusnahan besar. Insiden itu berlaku tanpa dijangka kerana cuaca ketika itu, tidak begitu buruk," jelasnya.
Bagaimanapun, seorang jurucakap agensi pegawal pantai Marseilles berkata, tiga ombak misteri itu mungkin sebahagian ombak besar tsunami yang terpencil. 

Sumber: Agensi

Wednesday, March 31, 2010

Pelacur Nafi Mungkir Janji

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/31/2010 07:52:00 AM 0 comments

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/31/2010 07:47:00 AM 0 comments
BANGALORE - Seorang pemimpin kerohanian India, Paramhamsa Nityananda yang mendakwa memiliki dua juta pengikut di seluruh dunia meletak jawatan semalam selepas polis melancarkan siasatan berhubung pita seks dirinya.

Dia yang berusia 32 tahun menjadi perhatian pelbagai pihak selepas beberapa stesen televisyen menyiarkan rakaman video yang menunjukkan Nityananda sedang membelai dua wanita tidak dikenali di atas katil.

"Saya meletak jawatan sebagai ketua Dhyanapeetam dan di semua cawangan berkaitan namun saya akan terus tinggal dalam kehidupan kerohanian untuk suatu tempoh yang tidak ditetapkan," katanya menerusi siaran video dalam satu laman webnya.

Nityananda cukup popular dan mempunyai ramai pengikut di selatan India. Sebuah pusat aktiviti kerohanian miliknya berpusat dekat bandar raya Bangalore selain 26 buah lagi di serata dunia.

Penduduk kampung tempatan yang marah dengan penyiaran video skandal seks itu pernah menyerang pusat kerohanian kelolaan Nityananda pada 3 Mac lalu sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa memberi perlindungan khas kepadanya.

Bagaimanapun, ramai pengikut Nityananda mendakwa rakaman video tersebut sebagai palsu dan ia dilakukan oleh seseorang yang cemburu dengan popularitinya. 

Sumber: AFP

Tuesday, March 30, 2010

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/30/2010 06:22:00 AM 0 comments

MAHMOUD

LONDON - Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. 

Sumber: Agensi

Saturday, March 27, 2010

Kapal Tentera Korea Selatan Karam

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/27/2010 06:13:00 AM 0 comments

SEORANG wanita di Seoul melihat siaran berita mengenai kapal tentera Korea Selatan karam dibedil torpedo di Laut Kuning semalam.

SEOUL - Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang membawa lebih 100 krew tenggelam semalam selepas disyaki terkena tembakan torpedo jirannya, Korea Utara.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan berkata, operasi menyelamat telah dilakukan tetapi ramai kelasi dikhuatiri terbunuh.

Pihak berkuasa memberitahu, kapal peronda itu mula karam sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan di Laut Kuning.

Ketika kejadian, kapal berkenaan membalas tembakan ke arah sebuah kapal yang tidak dikenal pasti ke arah Korea Utara.

Susulan insiden itu, pemeritah Korea Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan tindakan lanjut. 

Sumber: Agensi

Thursday, March 25, 2010

Tiga UFO Di Langit Sydney

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/25/2010 06:19:00 AM 0 comments

GAMBAR yang dirakamkan oleh Hartigan disiarkan oleh sebuah akhbar di Australia semalam yang menunjukkan objek terbang tidak dikenali (dalam bulatan) di langit Sydney.

Seorang wanita, Fiona Hartigan merakamkan gambar yang dipercayai beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar semalam.

Objek berbentuk piring itu muncul di sebalik awan dan menjunam rendah di sebatang jalan raya yang sibuk di sini sebelum memecut ke ufuk barat.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja keluar dari keretanya pada petang Ahad lepas untuk merakamkan gambar matahari terbenam apabila kejadian aneh itu berlaku.

"Semasa saya hendak merakamkan gambar, objek hitam ini (UFO) muncul dan mula bergerak pada jarak kira-kira 800 meter tetapi ia semakin dekat," katanya.

"Setelah berada pada jarak kira-kira 400 meter, dua lagi piring terbang kecil muncul di langit tanpa mengeluarkan bunyi," tambah wanita itu.

Menurutnya, UFO besar itu kemudian memecut ke satu arah manakala dua UFO kecil hilang daripada penglihatan. 

Sumber: Agensi

Wednesday, March 24, 2010

Bapa Bercakap Dengan Roh Anak

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/24/2010 07:38:00 PM 0 comments

STEVE IRWIN

BRISBANE - Bob Irwin, bapa pemburu buaya dari Australia, mendiang Steve Irwin yang meninggal dunia hampir empat tahun lalu mendakwa bercakap dengan roh anaknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Bob, perbualan dengan anaknya itu berlangsung hasil bantuan seorang pakar psikik ternama, Deb Webber.

Dia memberitahu sebuah majalah Australia, Webber yang menjadi perantara dengan roh itu memberitahunya bahawa Steve bertanya, apakah yang dilakukan oleh Bob terhadap sepasang stoking lama dan topinya yang direnyuk.

"Dia (Steve) menyatakan semuanya baik dan meminta saya tidak bersedih tetapi terus berjuang menjaga nasib haiwan," kata Bob yang juga pengasas Zoo Australia bersama Steve dan kini mengurus sebuah pusat penjagaan haiwan.

Pakar psikik itu berkata, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat dua beranak itu menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.

Steve meninggal dunia semasa berusia 44 tahun selepas jantungnya tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. 

Sumber: Agensi

Sunday, March 21, 2010

Potong hidung isteri kerana aibkan mentua

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/21/2010 06:57:00 AM 0 comments

Bibi Aisha menunjukkan telinganya yang rabit di Kabul Afghanistan semalam.

KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya. 

Dalam satu wawancara yang disiarkan televisyen tempatan, mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.

Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya.

Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun.

Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.

Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat dan diberi perlindungan oleh sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang turut mengurus ribuan kes serupa. 

"Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi. 

Sumber: Agensi

Saturday, March 20, 2010

Yu paus dua tan ditemui

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/20/2010 08:28:00 AM 0 comments

Orang ramai menyaksikan ikan yu paus yang dinaikkan di Pangkalan Kekal Lestari, Pasir Putih, Kelantan semalam.

Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.

Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.

Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Roket Nasr 1 Iran

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/20/2010 12:19:00 AM 0 comments

NASR 1 merupakan roket jelajah jarak dekat yang dapat memusnahkan sasaran seberat 3,000 tan.

MENTERI pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi memperkenalkan roket pengebom Nasr 1 atau bermaksud kemenangan di sebuah kilang di Teheran kepada orang ramai melalui televisyen.

Senjata baru itu merupakan roket jelajah jarak dekat yang mampu menghancurkan sasaran seberat 3,000 tan.
Iran sering membuat pengumuman tentang kemajuan barunya dalam teknologi tentera yang masih belum dapat disahkan.

Situasi itu meresahkan musuh-musuh Iran terutama Amerika Syarikat yang melihat negara tersebut semakin ghairah menghasilkan senjata perang berteknologi tinggi.

Friday, March 19, 2010

Hak Asasi atau Keselamatan

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/19/2010 08:44:00 PM 0 comments

AGENSI-AGENSI keselamatan seluruh dunia, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengakui keperluan untuk mengesan rangkaian dengan lebih teliti ancaman tersembunyi, sama ada membabitkan pengganas atau tindakan kekerasan individu. 

Justeru, pelbagai pengimbas berteknologi tinggi mula diperkenalkan dengan fokus utama di pintu-pintu masuk sesebuah negara seperti di lapangan terbang. 

Hakikatnya sistem pengimbas berkembang maju seiring dengan keperluan menapis sebarang bentuk peluang untuk menyeludup barangan larangan terutama bahan letupan, senjata api dan dadah daripada dibawa keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara.

Bagaimanapun, penjenayah menggunakan pelbagai tipu helah terutama meletak atau menyembunyikan bahan larangan dalam pakaian di tubuh mereka.

PENUMPANG perlu melalui mesin pengimbas yang dapat mengimbas tubuh dalam masa beberapa saat sahaja.

Adakalanya teknik pengimbasan konvensional gagal mengesan objek-objek tertentu sehingga menyebabkan penyeludup atau penjenayah berjaya meloloskan diri.

Kini, sistem keselamatan lapangan terbang dipertingkatkan lagi dengan pengenalan teknologi millivision iaitu sebuah teknologi yang mengimbas tubuh manusia yang melalui mesin khas itu.

Salah sebuah produk yang diperkenalkan menggunakan sistem itu dikenali sebagai Millivision Portal System 350 yang direka dengan aplikasi mudah dan diletakkan di pos pemeriksaan.

Kebaikan sistem tersebut sudah tentunya ia mampu mengimbas dan mengesan dengan lebih berkesan biarpun objek tertentu disembunyikan di sebalik baju seseorang.

Malah, lebih menarik, dalam masa sejam sahaja, pengimbas enam saat itu dapat mengimbas kira-kira 250 orang dan menggunakan portal dalam talian.

Bagaimanapun, produk Millivision Walk-By System 350 pula dapat mengimbas sehingga 900 orang dalam masa sejam kerana ia menggunakan kaedah laluan dan dilihat menerusi sistem dalam talian.

Satu lagi produk yang diperkenalkan ialah Millivision Stand-Off System 350, sebuah sistem berdiri secara bebas dengan pilihan pelaksanaan imbasan secara terang-terangan mahupun bersembunyi. Ia juga mempunyai kapasiti imbasan yang tinggi iaitu sehingga 900 orang dan mampu mengimbas dalam jarak tiga hingga empat meter.

Apa yang pasti, kita tidak perlu lagi bergantung kepada pengimbas logam biasa atau mengharapkan pegawai pemeriksaan keselamatan melakukan imbasan konvensional.

Bahan-bahan dilarang seperti senjata, pisau seramik dan plastik letupan amat mudah diseludup melalui rutin pengawasan keselamatan biasa.

Teknologi millivision mengambil berat semua kepentingan itu dengan menyediakan sistem yang selamat, tepat dan secara efisien untuk mengesan ancaman atau penyeludupan tersembunyi.

Dalam setiap barisan produk Millivision terdapat Millivision Passive Millimeter Wave Imager yang menggunakan teknologi gelombang millimeter pasif sebagaimana alat pengesan ancaman automatik (ATD) yang dipatenkan. 

Pengimejan itu dapat dilaksanakan dalam satu daripada tiga konfigurasi tersebut iaitu Millivision Portal System 350, Millivision Walk-by System 350, dan Millivision Stand-off System 350.

Teknologi pengimbas itu dikatakan mampu melihat di sebalik baju untuk mengesan senjata api dan barangan berbahaya, malah lebih penting tidak lagi memerlukan seseorang membuka baju atau membiarkan tubuh diraba oleh pegawai pemeriksaan yang menjadi satu isu di kalangan wanita.

Bagaimanapun, timbul satu lagi isu sensitif apabila teknologi terbaru pengimbasan tersebut menyebabkan ia boleh mengimbas lebih jelas bentuk badan seseorang di sebalik baju sehingga menyebabkan ramai yang melihat ia seperti satu pencabulan hak asasi seseorang.

Isu sensitif

Penulis EE Times, Dylan McGrath dalam laporannya tiga tahun lalu berkata, pengkaji teknologi gelombang millimeter dari Northrop-Grumman membangunkan teknologi itu yang membolehkan sebuah kamera yang kecil melihat objek yang ada di dalam baju yang dikenali sebagai teknologi Passive Millimeter Wave.

Berdasarkan maklumat yang disediakan oleh penganjur International Solid-State Circuits Conference (ISSCC), kehebatan teknologi itu ialah ia juga dapat melihat melalui salji yang lebat.
Passive Millimeter Wave membabitkan penguat berfrekuensi tinggi yang mencapai sehingga 300 gigahertz dan kebolehan pengesan merasakan serta memproses kadar kuasa picowatt.

KEBANYAKAN lapangan terbang masih menggunakan teknik pengimbasan konvesional.

Berdasarkan pihak penganjur ISSCC, operasi frekuensi itu memerlukan penggunaan teknologi indium-phosphide (InP) dengan saiz ciri 75- dan 35-nanometer, sebagaimana kebolehan pengesan memproses pemancar gelombang millimeter.

Penguat yang digunakan dalam Passive Millimeter Wave dibina dengan mobiliti transistor InP berelektron tinggi dan digunakan di hadapan kamera pengimejan pasif. Maklumat ISSCC mengatakan teknologi itu memaparkan hanya imej kelabu tetapi penyokong hak peribadi berfikir sebaliknya, apatah lagi teknologi itu mampu melihat di sebalik baju dengan jelas.

Mereka bimbang sekiranya teknologi itu berkembang dan kualiti gambar-gambar ditingkatkan, bahkan sekiranya foto itu disalahgunakan di Internet, ia boleh menjadi satu isu yang lebih besar.

Pihak penganjur ISSCC menggambarkan teknologi itu seperti yang digunakan dalam filem Total Recall lakonan Arnold Schwarzenegger di mana penumpang diimbas secara elektronik melalui baju untuk melihat senjata api atau sebarang ancaman tersembunyi.

Monday, March 15, 2010

Otak Manusia Mengecil

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/15/2010 07:07:00 AM 0 comments

GAMBAR tiga dimensi (3-D) replika otak 28,000 tahun lalu menunjukkan ia 20 peratus lebih besar berbanding otak manusia sekarang.

PARIS - Otak manusia semakin mengecil, kata beberapa saintis yang membina semula replika tengkorak berusia 28,000 tahun yang ditemui di Perancis. 

Satu pasukan saintis menyatakan otak manusia itu 20 peratus lebih besar berbanding sekarang. 

Tengkorak berusia 28,000 tahun itu dikenali sebagai Cro Magnon 1 iaitu nama yang diambil sempena sebuah gua di Dordogne iaitu lokasi ia ditemui. Kajian itu menunjukkan bahawa otak manusia menjadi semakin efisien seperti komputer yang saiznya kian kecil. 

Projek itu mencetuskan persoalan iaitu: "Sekiranya kepala manusia mula mengecut, kenapakah ia berlaku?," lapor sebuah akhbar semalam.

Cro Magnon 1 disimpan di Muzium Nasional Sejarah Alam Semulajadi Perancis di Paris sejak ia ditemui bersama lima rangka manusia pada 1868. 

Tengkorak itu milik seorang lelaki yang memiliki tubuh yang sempurna dan setinggi 1.8 meter. Beberapa teori timbul untuk menerangkan misteri pengecilan otak. 

Salah satunya ialah kepala bersaiz besar perlu bagi kehidupan manusia paleolitik awal dalam cuaca sejuk dan terlibat dalam aktiviti luar rumah. 

Sumber: Agensi

Ikan Bertubuh Sasa

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/15/2010 07:05:00 AM 0 comments

LONDON - Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan trout yang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai 'otot' seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island. 

Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa. 

Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya. 

Sumber: Agensi

Sunday, March 14, 2010

Garam Kena Haram

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/14/2010 11:26:00 AM 0 comments

PENGHASILAN garam banyak terdapat di kawasan pantai yang kering.

RIBUAN restoran di sini bakal dikenakan hukuman denda AS$1,000 (RM3,310) setiap kali menggunakan garam dalam hidangan untuk pelanggan ekoran pengenalan rang undang-undang baru oleh seorang wakil rakyat, Felix Ortiz.

Langkah drastik itu ekoran 1.5 juta penduduk bandar raya itu menderita penyakit tekanan darah tinggi dan menyebabkan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg melancarkan kempen menggalakkan masyarakat kurang mengambil garam.

Namun, langkah itu dibantah ramai tukang masak yang membentuk kumpulan dikenali MakananKu, PilihanKu, dan mendakwa, hukuman tersebut sepatutnya disabitkan ke atas restoran makanan segera yang banyak meletakkan garam.

"Jika secubit garam pun haram, kami yakin ramai pelanggan tidak akan datang lagi, padahal selama ini pelanggan boleh meminta garam dikurangkan atas sebab kesihatan," kata seorang bintang program Top Chef, Tom Colicchio. 

Sumber: Agensi

Saturday, March 13, 2010

Jamuan Tengahari Terpanjang di Dunia

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/13/2010 08:59:00 AM 0 comments

SEJUMLAH orang menikmati makanan percuma pada jamuan makan tengah hari terpanjang
di Melbourne semalam.

MELBOURNE - Seramai 5,000 orang makan tengah hari di meja sepanjang 400 meter dengan melibatkan 900 pelayan di sini semalam.

Acara itu dikenali sebagai jamuan makan tengah hari paling panjang di dunia yang diadakan sempena Festival Makanan Melbourne di Australia.

Ia merupakan majlis kebajikan hasil inisiatif Pertubuhan Hospitaliti, Pekerjaan dan Latihan yang dianjurkan untuk membantu golongan yang merempat. 

Sumber: Agensi

Thursday, March 11, 2010

Hujan Burung

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/11/2010 06:42:00 AM 0 comments

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam menunjukkan sejumlah burung perling mati di halaman rumah Julie di Bath pada Ahad lalu.

BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.
Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.

Sumber: Agensi

Wednesday, March 10, 2010

Pembunuh perdaya 6,000 wanita

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/10/2010 08:08:00 AM 0 comments

GAMBAR menunjukkan antara gadis yang menjadi rakan Chapman di sebuah laman web perkongsian sosial.

LONDON - Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet, seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000 wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Chapman yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000 rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti Facebook dan Bebo.

Menamakan dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun, bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.

Dia berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut. 

Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian. 

Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.

Ashleigh ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall." 

Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya. 

Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur. 

Bagi membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada 10'. 

Seorang gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10." 

Malah, ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada malam pertama berjumpa dengan saya?

"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?" 

Seorang ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.

"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.

Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya. 

"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun." 

Seorang lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks bersama. 

"Saya memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya. 

Semalam, Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi Internet, selain menjadi lebih berhati-hati. 

Ibu Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks. 

Ibu kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi. 

Beliau mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih setahun. 

"Saya sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea. 

Sumber: Agensi

Friday, March 5, 2010

Kapal dipukul ombak gergasi misteri

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 3/05/2010 07:19:00 AM 0 comments

KAPAL Louis Majesty berlabuh di sebuah pelabuhan di Barcelona semalam.

BARCELONA - Dua orang maut, banyak kabin dibanjiri air, tingkap-tingkap sebuah restoran pula pecah manakala ramai penumpang diselubungi ketakutan selepas sebuah kapal persiaran di Laut Mediterranean dipukul tiga ombak gergasi misteri, kata seorang penumpang, Calude Cremex semalam.

Cremex, 73, dari Marseille, Perancis berkata, dia sedang berehat di kabinnya kerana laut bergelora apabila ombak-ombak gergasi itu menghentam kapal persiaran Louis Majesty yang membawa 1,350 penumpang dan 580 krew di kawasan pesisir timur laut Sepanyol ketika ia dalam perjalanan dari Barcelona menuju ke Genoa, Itali kelmarin.

Pemilik kapal itu, syarikat Louis Cruise Lines memberitahu, kapal berkenaan dihentam tiga ombak gergasi lebih 10 meter tinggi yang memecahkan banyak tingkap kaca bahagian hadapan.

Menurut kenyataan syarikat itu, seorang penumpang warga Jerman dan Itali maut akibat terkena serpihan kaca dan dihempap perabut manakala 14 yang lain pula cedera ringan.

Cremex berkata, dia tidak melihat ombak tersebut tetapi menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku selepas itu.

"Kesan ombak itu dahsyat," katanya semasa kapal berkenaan berlabuh di sebuah pelabuhan di Barcelona sehari selepas kejadian.

"Air melimpah masuk. Banyak kabin dibanjiri," kata Cremex yang melancong bersama isterinya.

Jurucakap Louis Cruise Lines, Michael Maratheftis berkata, semua 1,350 penumpang itu akan dihantar pulang dengan pesawat manakala kapal itu akan meneruskan pelayaran seperti biasa setelah kerja pembaikan selesai hujung bulan ini.

"Ombak kedua dan ketiga menyebabkan kemusnahan besar. Insiden itu berlaku tanpa dijangka kerana cuaca ketika itu, tidak begitu buruk," jelasnya.
Bagaimanapun, seorang jurucakap agensi pegawal pantai Marseilles berkata, tiga ombak misteri itu mungkin sebahagian ombak besar tsunami yang terpencil. 

Sumber: Agensi

Pendapatan

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget