Mengaku intip wartawan wanita

LOS ANGELES - Seorang eksekutif insurans, Michael David Barrett kelmarin mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini kerana merakamkan gambar video bogel wartawan sukan stesen televisyen ESPN, Erin Andrews.

BARRETT

Barrett mengaku menyewa sebuah hotel bersebelahan dengan Erin sebanyak tiga kali dan membuat rakaman video sebanyak dua kali semasa pengacara itu sedang berbogel.

ERIN

Lelaki itu turut dituduh mengedarkan video tersebut di Internet dan cuba untuk menjualnya kepada laman gosip selebriti TMZ yang beribu pejabat di Los Angeles pada tahun ini.

Barrett berdiri selama 10 minit semasa tuduhan dibacakan.

"Ya, Yang Arif," katanya semasa diminta untuk mengesahkan kebenaran tuduhan itu.

Semasa Hakim Manuel Real membacakan tuduhan bahawa Barrett cuba membeli maklumat mengenai Erin di Internet, wartawan itu menggelengkan kepala. Namun, Erin menitiskan air mata selepas lelaki tersebut membuat pengakuan bersalah.

Erin turut meminta hakim menjatuhkan hukuman yang berat dan tidak membenarkan Barrett diikat jamin.

Selepas perbicaraan itu, Erin menyatakan rakaman video tersebut masih berada di online dan tidak boleh dikeluarkan dari Internet.

Video itu menunjukkan gerak-geri Erin di bilik hotelnya tanpa memakai sebarang pakaian.

Erin kemudiannya bercakap kepada hakim dan pemberita bahawa dia kini mengalami paranoid apabila memasuki hotel.

Hakim akan memutuskan hukuman terhadap Barrett pada satu tarikh lain.

Sumber: Agensi

0 Responses So Far:

Thursday, December 17, 2009

Mengaku intip wartawan wanita

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/17/2009 03:17:00 PM

0 comments on "Mengaku intip wartawan wanita"

Post a Comment

Pendapatan