Bapa mentua, menantu mati lemas



KAWASAN pantai yang meragut nyawa bapa mentua dan menantunya yang sedang mandi di Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu semalam.


DUNGUN – “Ayah bersungguh-sungguh mengajak kami sekeluarga bercuti di sini. Katanya, dia pernah membawa saya datang ke sini ketika saya berusia tiga tahun.”

Demikianlah cerita Nasrah Farahiyah Elias, 19, anak kepada Elias Ismail, 54, yang lemas bersama menantunya, Badrisham Abd. Majid, 29, di pantai Rantau Abang di sini semalam.

Turut menyaksikan kejadian yang menyayat hati itu adalah isteri kedua-dua mangsa, Natifah Abdullah, 50-an dan Atiqah Elias, 27, yang kini mengandung anak pertama empat bulan.

Menurut Nasrah Farahiyah, dia tidak menyangka kesungguhan bapanya untuk bercuti di Rantau Abang itu berakhir dengan tragedi yang mengorbankan bapa dan abang iparnya itu.

“Tujuan sebenar kami sekeluarga datang ke sini adalah untuk menemani kakak (Atiqah) menghadiri temu duga Pegawai Tadbir Diplomatik di Kemaman semalam (Sabtu).

“Abang ipar (Badrisham) dan kakak berkahwin Jun lalu dan mereka sedang menanti cahaya mata pertama,” katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Dungun.

Menurut Nasrah Farahiyah, mereka sekeluarga sampai di Cherating, Pahang pada petang Jumaat lalu dan meneruskan percutian di Dungun selepas urusan temu duga itu selesai.

Sumber: Kosmo


0 Responses So Far:

Monday, December 14, 2009

Bapa mentua, menantu mati lemas

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/14/2009 06:15:00 AM

KAWASAN pantai yang meragut nyawa bapa mentua dan menantunya yang sedang mandi di Pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu semalam.


DUNGUN – “Ayah bersungguh-sungguh mengajak kami sekeluarga bercuti di sini. Katanya, dia pernah membawa saya datang ke sini ketika saya berusia tiga tahun.”

Demikianlah cerita Nasrah Farahiyah Elias, 19, anak kepada Elias Ismail, 54, yang lemas bersama menantunya, Badrisham Abd. Majid, 29, di pantai Rantau Abang di sini semalam.

Turut menyaksikan kejadian yang menyayat hati itu adalah isteri kedua-dua mangsa, Natifah Abdullah, 50-an dan Atiqah Elias, 27, yang kini mengandung anak pertama empat bulan.

Menurut Nasrah Farahiyah, dia tidak menyangka kesungguhan bapanya untuk bercuti di Rantau Abang itu berakhir dengan tragedi yang mengorbankan bapa dan abang iparnya itu.

“Tujuan sebenar kami sekeluarga datang ke sini adalah untuk menemani kakak (Atiqah) menghadiri temu duga Pegawai Tadbir Diplomatik di Kemaman semalam (Sabtu).

“Abang ipar (Badrisham) dan kakak berkahwin Jun lalu dan mereka sedang menanti cahaya mata pertama,” katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Dungun.

Menurut Nasrah Farahiyah, mereka sekeluarga sampai di Cherating, Pahang pada petang Jumaat lalu dan meneruskan percutian di Dungun selepas urusan temu duga itu selesai.

Sumber: Kosmo

0 comments on "Bapa mentua, menantu mati lemas"

Post a Comment

Pendapatan