Wanita 98 tahun bunuh rakan usia 100 tahun


DARTMOUTH - Seorang wanita yang berumur 98 tahun, Laura Lundquist mencatat rekod sebagai suspek paling tua didakwa berhubung jenayah pembunuhan di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.




Dia dituduh mencekik sehingga mati seorang rakan sebiliknya, Elizabeth Barrow (gambar) yang berusia 100 tahun di sebuah rumah penjagaan warga tua di sini.

Beberapa sumber menyatakan Lundquist tidak melayan rakan sebiliknya dengan baik beberapa minggu sebelum membunuhnya.

Kedua-dua mangsa berbalah berhubung siapa yang berhak untuk mendapatkan ruang lebih besar dalam bilik penginapan mereka di rumah penjagaan itu.

Mayat Barrow ditemui di katilnya dengan kepalanya ditutup dengan beg plastik.

Polis pada awalnya mengesyaki mangsa membunuh diri tetapi menahan rakan sebiliknya itu setelah bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat dicekik pada 24 September lalu.

Suspek telah dihantar ke sebuah hospital mental untuk menjalani pemeriksaan selepas peguamnya Carl Levin memberitahu, Lundquist menghidap penyakit nyanyuk selain kecacatan kognitif sekali gus menyukarkan perbicaraan.

Setakat ini, pihak pendakwa raya mahu mendakwa warga emas itu dengan tuduhan membunuh tanpa niat kerana percaya suspek cukup bijak untuk merancang pembunuhan tersebut.

Sumber: Agensi


0 Responses So Far:

Monday, December 14, 2009

Wanita 98 tahun bunuh rakan usia 100 tahun

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/14/2009 06:21:00 AM

DARTMOUTH - Seorang wanita yang berumur 98 tahun, Laura Lundquist mencatat rekod sebagai suspek paling tua didakwa berhubung jenayah pembunuhan di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.




Dia dituduh mencekik sehingga mati seorang rakan sebiliknya, Elizabeth Barrow (gambar) yang berusia 100 tahun di sebuah rumah penjagaan warga tua di sini.

Beberapa sumber menyatakan Lundquist tidak melayan rakan sebiliknya dengan baik beberapa minggu sebelum membunuhnya.

Kedua-dua mangsa berbalah berhubung siapa yang berhak untuk mendapatkan ruang lebih besar dalam bilik penginapan mereka di rumah penjagaan itu.

Mayat Barrow ditemui di katilnya dengan kepalanya ditutup dengan beg plastik.

Polis pada awalnya mengesyaki mangsa membunuh diri tetapi menahan rakan sebiliknya itu setelah bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat dicekik pada 24 September lalu.

Suspek telah dihantar ke sebuah hospital mental untuk menjalani pemeriksaan selepas peguamnya Carl Levin memberitahu, Lundquist menghidap penyakit nyanyuk selain kecacatan kognitif sekali gus menyukarkan perbicaraan.

Setakat ini, pihak pendakwa raya mahu mendakwa warga emas itu dengan tuduhan membunuh tanpa niat kerana percaya suspek cukup bijak untuk merancang pembunuhan tersebut.

Sumber: Agensi

0 comments on "Wanita 98 tahun bunuh rakan usia 100 tahun"

Post a Comment

Pendapatan