Jusco Melaka meletup: Satu maut, 16 cedera



MEDAN selera di tingkat bawah bangunan Jusco rosak teruk akibat letupan.


MELAKA - Seorang penyelia restoran, Tiau See Peing, 25, maut manakala 16 cedera apabila medan selera di tingkat bawah pusat beli-belah Jusco di Jalan Panglima Awang di sini yang dijadual beroperasi Khamis ini meletup.

Daripada kesemua mangsa yang cedera, tujuh cedera parah dengan tiga berada dalam keadaan kritikal.

Mereka yang kritikal ialah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32, dan Ooi Kok On, 33.

Semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Melaka (HM).

Mangsa yang terkorban dan cedera merupakan antara kira-kira 20 orang yang sedang melakukan kerja-kerja terakhir di medan selera bangunan dua tingkat itu.

Letupan yang memecahkan dinding kaca dan turut mengeluarkan api itu telah menyebabkan serpihan kaca yang berterbangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, letupan pada pukul 12.50 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di sebuah restoran yang bakal dibuka di pusat beli-belah itu.


0 Responses So Far:

Tuesday, December 15, 2009

Jusco Melaka meletup: Satu maut, 16 cedera

Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh at 12/15/2009 07:10:00 AM

MEDAN selera di tingkat bawah bangunan Jusco rosak teruk akibat letupan.


MELAKA - Seorang penyelia restoran, Tiau See Peing, 25, maut manakala 16 cedera apabila medan selera di tingkat bawah pusat beli-belah Jusco di Jalan Panglima Awang di sini yang dijadual beroperasi Khamis ini meletup.

Daripada kesemua mangsa yang cedera, tujuh cedera parah dengan tiga berada dalam keadaan kritikal.

Mereka yang kritikal ialah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32, dan Ooi Kok On, 33.

Semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Melaka (HM).

Mangsa yang terkorban dan cedera merupakan antara kira-kira 20 orang yang sedang melakukan kerja-kerja terakhir di medan selera bangunan dua tingkat itu.

Letupan yang memecahkan dinding kaca dan turut mengeluarkan api itu telah menyebabkan serpihan kaca yang berterbangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, letupan pada pukul 12.50 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di sebuah restoran yang bakal dibuka di pusat beli-belah itu.

0 comments on "Jusco Melaka meletup: Satu maut, 16 cedera"

Post a Comment

Pendapatan